๐ต๐ตTerima kasih buat penulis bait indah ini.
๐๐๐๐๐
๐ฒ๐ฒAku melihat hidup orang lain begitu nikmat,
Rupanya dia menutup kekurangannya tanpa perlu berkeluh kesah.
๐ฒ๐ฒAku melihat hidup teman-temanku tak ada duka dan kepedihan,
Rupanya dia pandai menutup dukanya dengan bersyukur dan redha.
๐ฒ๐ฒAku melihat hidup saudaraku tenang tanpa ujian,
Rupanya dia begitu menikmati badai hujan dlm kehidupannya.
๐ฒ๐ฒAku melihat hidup sahabatku begitu sempurna,
Rupanya dia berbahagia dengan apa yang dia ada.
๐ฒ๐ฒAku melihat hidup jiran tetanggaku sangat beruntung,
Ternyata dia selalu tunduk pada Allah untuk bergantung.
๐ฒ๐ฒSetiap hari aku belajar memahami dan mengamati setiap hidup orang yang aku temui..
Ternyata aku yang kurang mensyukuri nikmat Allah..
Bahawa di satu sudut dunia lain masih ada yang belum beruntung memiliki apa yang aku ada saat ini.
๐ฒ๐ฒDan satu hal yang aku ketahui, bahawa Allah tak pernah mengurangkan ketetapan-Nya.
Hanya akulah yang masih saja mengkufuri nikmat suratan takdir Ilahi.
๐ฒ๐ฒMaka aku merasa tidak perlu iri hati dengan rezeki orang lain.
๐ฒ๐ฒMungkin aku tak tahu dimana rezekiku. Tapi rezekiku tahu dimana diriku berada.
๐ฒ๐ฒDari lautan biru, bumi dan gunung, Allah telah memerintahkannya menuju kepadaku.
๐ฒ๐ฒAllah menjamin rezekiku, sejak 9 bulan 10 hari aku dalam kandungan ibuku.
๐ฒ๐ฒAmatlah keliru bila bertawakkal rezeki dimaknai dari hasil bekerja.
Kerana bekerja adalah ibadah, sedang rezeki itu urusan-Nya..
๐ฒ๐ฒMelalaikan kebenaran dan gelisah dengan apa yang dijamin-Nya, adalah kekeliruan berganda..
๐ฒ๐ฒManusia membanting tulang, demi angka simpanan gaji, yang mungkin esok akan ditinggal mati.
๐ฒ๐ฒMereka lupa bahawa hakikat rezeki bukan apa yang tertulis dalam angka, tapi apa yang telah dinikmatinya.
๐ฒ๐ฒRezeki tak selalu terletak pada pekerjaan kita, Allah menaruh sekehendak-Nya.
๐ฒ๐ฒSiti Hajar berulang alik dari Safa ke Marwah, tapi air Zam-zam muncul dari kaki anaknya, Ismail.
๐ฒ๐ฒIkhtiar itu perbuatan. Rezeki itu kejutan.
Dan yang tidak boleh dilupakan, setiap hakikat rezeki akan ditanya kelak, "Dari mana dan digunakan untuk apa"
๐ฒ๐ฒKerana rezeki hanyalah "hak pakai", bukan "hak milik"...
๐ฒ๐ฒHalalnya dihisab dan haramnya diazab.
Maka, aku tidak boleh merasa iri pada rezeki orang lain.
๐ฒ๐ฒBila aku iri pada rezeki orang, sudah seharusnya juga iri pada takdir kematiannya.
No comments:
Post a Comment