Pages

Wednesday 31 May 2017

3 jenis GAP

Research gap terbahagi kepada tiga jenis iaitu gap dari segi teori, empirikal (kaedah pengumpulan data & analisis statitistik) dan praktikal. Gap dari segi teori boleh diisi dengan membuat kajian yang boleh menambahbaik teori yang sediaada. Mungkin kita boleh menambah beberapa pembolehubah yang baru, contohnya. menambah IV yang baru. Kita juga boleh masukkan 'mediating variable' dan juga 'moderating variable' yang baru. Ini membolehkan kita menjelaskan sesebuah teori itu dengan lebih baik lagi. Yang terbaik adalah sekiranya kita boleh mencabar teori yang terkini dan terbaik dan membina satu teori yang lebih baik. Bagaimana kita boleh membina teori yang lebih baik? Kita perlulah mengetahui kajian yang dibuat oleh semua pengkaji atau penyelidik tersohor dalam bidang kita dan menguasai semua teori yang berkaitan dalam bidang kita. Kaji apakah kelemahan teori-teori yang terkini dan terbaik dan melihat teori-teori ini dari pelbagai perspektif yang berbeza. Disinilah pentingnya keupayaan kita untuk mengalisis secara kritis.
Contohnya dalam kajian 'job demand'. Kajian terdahulu melihat 'job demand' dari segi perspektif negatif sahaja iaitu bebanan kerja yang tinggi akan menyebabkan peningkatan tekanan kerja. Namun bila difikirkan adakalanya bebanan kerja juga boleh memberi hasil yang positif kepada pekerja contohnya meningkatkan 'self esteem' pekerja. Bila seseorang pekerja diberikan tugasan yang lebih ia mungkin secara tidak langsung bermakna majikan mengakui pekerja tersebut mampu, berkebolehan dan lebih dipercayai untuk melakukan tugasan tersebut. Jadi pengkaji boleh melihat sesuatu isu itu dari pelbagai sudut yang berbeza.
Gap dari segi empirikal pula ialah bagaimana kaedah penyelidikan yang digunakan dalam kajian kita boleh menambahbaik kaedah penyelidikan yang sediaada. Kita boleh mulakan dengan menyatakan kelemahan-kelemahan kaedah-kaedah penyelidikan yang sering digunakan dalam kajian-kajian terdahulu seperti mendapatkan maklumat dari satu sumber sahaja, menggunakan satu kaedah pengumpulan data sahaja, kajian yang dibuat diperingkat individu sahaja dan kajian yang dibuat secara 'cross sectional' sahaja. Seperti yang diterangkan oleh Podsakoff et. al (2012) dalam artikelnya yang bertajuk "Sources of Method Bias in Social Science Research and Recommendations on How to Control It' kelemahan kaedah-kaedah ini ialah ia boleh  menyebabkan 'common method variance (bias)' yang menyebabkan hasil kajian kita menjadi kurang valid. Untuk menutup gap dari segi method ini kita mungkin boleh menggunapakai kaedah penyelidikan yang lebih baik, contohnya kita cuba dapatkan data dari pelbagai sumber, menggunakan kaedah pengumpulan data yang perlbagai, mengkaji sesuatu di pelbagai peringkat kumpulan atau membuat kajian secara 'longitudinal'
Kemudian kita juga boleh menggunakan alat statistik yang lebih baik. Contohnya, mungkin kita boleh menggunakan AMOS atau PLS atau HLM atau mungkin juga Mplus. Walaubagaimanapun, pengunaan alat menganalisa ini hendaklah bersesuaian dengan jenis data dan analisis yang kita lakukan.
Gap dari segi praktikal pula adalah bagaimana hasil penyelidikan kita boleh dipraktikkan dan boleh memberi sumbangan kepada masyarakat, organisasi dan sebagainya. Contohnya, melalui kajian, kita boleh membangunkan satu produk atau sistem yang baru dan lebih baik dari produk atau sistem yang terdahulu
Satu lagi perkara yang penting ialah jika kita hendak mencari jurang penyelidikan sebaik-baiknya biarlah gap itu bersifat global. Bagaimana mahu mendapatkan gap yang global? Kita perlulah mencari kelompongan atau kekurangan kajian-kajian yang telah diterbitkan didalam jurnal-jurnal yang hebat didalam bidang kita. Gap yang jelas dan bersifat global beserta kaedah pengumpulan dan analisis data yang lebih baik serta gaya penulisan yang mantap akan menghasilkan satu penyelidikan dan penulisan yang hebat dan lebih mudah diterbitkan di jurnal-jurnal yang tersohor yang bertaraf Q1 dan Q2.
Gaps of research.


Gaps hanya bermula bila baca kajian terhebat dlm bidang anda. Jgn kata oh study ini tak buat lg kat Malaysia. Oh. Kita nak tunjukkan keunikan Malaysia yg berbeza. Itu kempen blh la.

Kajian mesti membaca sifu terbaik. Lihat kekurangan kajiannya baik method, teori, content etc. Jadi tikamlah kelemahan beliau yg hebat itu. 

Jgn baca jurnal pasar malam. Mengkritik org bodoh tidak menjadikan anda pandai. Mencari kelemahan org pandai itulah kepandaian.

Tetapi utk faham semua ini, kena ada ilmu. Ilmu ini datang dari berguru dan membaca buku2 dan jurnal yg baik. Jadi inilah senjata kita. Org tak kisah pun kalau kita teori yg paling hebat itu lemah, janji ada justification.

Sbb itu, jgn kelam kabut dok cari gap lihat variables saja. Lihat semua sudut. Banyak baca. Jgn baca buku Melayu. Tak banyak benda baru.

Satu lg..bila grads jgn sombong. Sebab sewaktu kita pakai topi konvo itu, seribu lagi research yg hebat telah muncul. 

Faham😤😤😤😤😡😤😡😤😡🏃

C&P Dr Mohd Awang Idris

Monday 15 May 2017

Hari Guru 16 Mei

*Selamat Hari Guru*

*Assalamualaikum wbt..*

16/5/2017 (Selasa)

*Guru dan Pahala Yang Berterusan*

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Dari Abu Hurairah RA, bahwa Rasulullah SAW bersabda:

*"Apabila salah seorang manusia meninggal dunia, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat baginya dan anak soleh yang selalu mendoakannya."*
(HR Muslim No: 3084) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

*1.  Setiap Muslim bergantung dengan amal yang mereka lakukan semasa hidup...*

*2.  Ada amalan yang dilakukan oleh seorang Muslim semasa hidup akan berterusan mengalir pahalanya walaupun dia telah meninggal...*

*3.  Sedekah yang pernah kita buat semasa hidup sama ada berbentuk wakaf, derma, pemberian, hadiah dan sebagainya. Selagi ia dimanafaatkan oleh makhluk samada manusia, binatang mahupun tumbuhan, ganjaran pahalanya akan tetap berterusan untuk orang yang mati...*

*4.  Ilmu bermanfaat sama ada ilmu agama mahupun ilmu dunia yang digunakan untuk kemaslahatan hidup termasuk buku, artikel, juga dalam bentuk elektronik seperti laman sesawang, FB, telegram, whatsapp.    Selagi ilmu tersebut diamalkan atau faedahnya dimanfaatkan, maka ganjaran pahala akan diperolehi oleh mereka yang menyampaikan atau yang memulakan...*

*5.  Anak solleh yang sentiasa mendoakan rahmat dan keampunan kepada kedua ibu bapa...*

*TAHNIAH kepada semua guru sempena hari guru pada hari ini...*

Jazakumullahhu khairan katsira kepada guru sama ada yang mengajar di Nurseri, Tadika, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Madrasah, Masjid dan Surau, Institusi Pengajian Tinggi seperti Kolej, IPG, dan  Universiti. Juga kepada setiap individu yang menyampaikan ilmu yang bermanfaat.

Semoga usaha para penyampai ilmu yang bermanfaat, akan menjadi penerus amal yang mendatangkan ganjaran pahala berterusan walaupun setelah meninggal dunia...

Semuga bermanfaat...
Slmt hri pendidik semua💐💐💐💐

CnP