Pages

Thursday 27 December 2012

JADUAL PUASA 2013

PUASA 1

Jadual Puasa 2013

Doa 1

Doa Pagi Jumaat

Bacaan Surah Al-Kahfi


Bacaan Surah Al-Kahfi 1

Telah menjadi rutin masyarakat Melayu Islam mengamalkan surah Yassin pada malam Jumaat tetapi masih ramai yang tidak mengetahui bahawa surah Al-Kahfi mempunyai banyak maanfaat/fadhilat yang sangat baik dikhususkan utk bacaan pada Hari Jumaat (bermula lepas Maghrib hari Khamis sehingga ke Solat Jumaat).
“Sesungguhnya barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, niscaya ia akan diterangi oleh cahaya antara dua Jum’at.” (HR Hakim 3349)
Daripada Muaz Ibnu Anas Al-Juhari, daripada bapanya, daripada Nabi SAW baginda bersabda:
“Sesiapa membaca dari Surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.” (HR Ahmad)
Daripada Umar beliau berkata, Nabi SAW telah bersabda:
“Sesiapa membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit, untuknya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat.” (HR Ibnu Katsir)
Rasulullah saw bersabda:“Maukah aku tunjukkan padamu suatu surat yang diikuti oleh seribu malaikat ketika diturunkan, dan keagungannya memenuhi antara langit dan bumi?” Sahabat menjawab: Mau. Rasulullah saw bersabda: “Surat Ashhabul Kahfi. Barangsiapa yang membacanya pada hari Jum’at, Allah akan mengampuni dosanya sampai Jum’at berikutnya dan ditambah tiga hari, diberi cahaya yang mencapai ke langit, dan akan terjaga dari fitnah Dajjal.” (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 3: 243)
Rasulullah saw bersabda:“Barangsiapa yang menjaga sepuluh ayat dari surat Al-Kahfi, ia akan memiliki cahaya pada hari kiamat.” Hadis ini bersumber dari Abu Darda’ dari Nabi saw. (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 3: 243)
Daripada al-Barra ra katanya: Di kala seorang lelaki membaca surah al-Kahfi, tiba-tiba ia melihat binatang peliharaannya berlari dan ia melihat bagaikan sekumpulan mega atau awan, lalu ia datang menemui Rasulullah SAW dan menyebutkan mengenainya kepada Rasulullah SAW. Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Itu adalah as-Sakinah (ketenangan) yang turun bersama al-Quran atau turun di atas al-Quran”. (al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi)
Dalam surah al-Kahfi, diceritakan tentang kisah Ashaabul Kahfi (pemuda-pemuda beriman), kisah Nabi Musa as dan Nabi Khidir as serta kisah Dzulkarnain dan Ya’juj dan Ma’juj. Dalam beberapa hadis, Rasulullah SAW menggalakkan kita agar membaca dan menghafal surah ini kerana dengan membacanya dapat menghindarkan diri dari fitnah (musibah).
Menurut Ibnu Kathir dalam tafsirnya: Hadith yang diriwayatkan dalam musnad Ahmad, Sahih al-Bukhari dan Muslim bahawa al-Bara bin `Azib menceritakan seorang sahabat yang bernama Usaid bin al-Khudair telah membaca surah ini di rumahnya, sehingga akhirnya kuda di rumahnya meronta-ronta. Lalu sahabat ini telahpun meninjau keluar rumahnya lalu didapatinya di luar rumah ada sekumpulan awan berdekatatn kudanya, lalu ditanya kepada Nabi s.a.w maka baginda telah menjelaskan itulah dia as-sakinah yang diturunkan Allah kepada orang yang mengamalkan membaca surah ini.
Nabi s.a.w amat menggalakkan umat baginda agar menghafaz surah ini. Sebagai contohnya sesiapa yang menghafaz 10 ayat yang awal daripada Surah al-Kahfi akan selamat dari gangguan Dajjal seperti yang diriwayatkan oleh Muslim, Abu Dawud, al-Nasa`ei dan al-Trimizi. Dalam riwayat al-Tirmizi:”Sesiapa yang menghafaz tiga ayat yang awal dari surrah al-Kahfi”.
Hadis lain, diriwayatkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak dan dianggapnya sahih isnad, maksudnya: “Sesiapa yang membaca al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya Allah akan mengurniakan baginya nur antara Jumaat tersebut hingga ke Jumaat yang seterusnya.” Hadis ini dinilai sebagai hasan, kata al-Albani.
Di dalam surah al-Kahfi ini terkandung isyarat penting mengenai hari akhirat, sepertimana yang dipelajari daripada kisah-kisah yang dipaparkan iaitu pengalaman Ashabul Kahfi yang tinggal dalam sebuah masyarakat yang kufur kepada Allah SWT, Nabi Musa as yang banyak belajar daripada Nabi Khidir as dan tentang sebuah pemerintahan dalam kisah Dzulkarnain, yang kesimpulannya dapat memberikan kita pengertian tentang nilai-nilai keimanan yang sebenar.
Kandungan Utama Surah Al-Kahfi
1. Hikayat Sohibul Kahfi (pemuda2 beriman)
2. Kisah Nabi Musa & Nabi Khidir AS
3. Kisah Zulkarnain dan Ya’juj & Ma’juj
Moga kita dilindungi daripada Fitnah Dajjal & mendapat Nur di akhirat kelak

BERMAIN BERSAMA 3

Tepuk amai amai belalang kupu-kupu

 Ini semasa umi menyuapkan bubur nasi kepada Zikry Mustaqim

Bahan ABM

BAHAN ABM CUTI SEKOLAH






BERMAIN BERSAMA 2

Bermain bola berbunyi bersama


KOPIAH IKUT SUNNAH NABI


(1) KOPIAH
Menutup kepala dengan berserban dan kopiah bagi kaum lelaki adalah as-Sunnah S.A.W. sepertimana yang telah disebutkan di dalam pelbagai riwayat. Di antara kitab yang elok dijadikan rujukan mengenai peribadi baginda S.A.W. (samada cara pemakaian S.A.W. atau lain-lain) adalah kitab Syamail Muhammadiyyah karangan Imam Tarmizi. Di antara hadis-hadis yang boleh dijadikan panduan berkenaan pemakaian serban ini antaranya: Hendaklah kamu memakai serban dan labuhkan (hujungnya) ke belakang kamu kerana sesungguhnya ia tanda para malaikat. (Riwayat at-Tabarani dan al-Baihaqi). Berserbanlah kerana para malaikat itu berserban. (Riwayat at-Tabarani). Berserbanlah nescaya bertambah kesabaran kamu. (Riwayat al-Bazzar dan at-Tabarani). Sebahagian ulama berpendapat bahawa ayat al-Quran al-Karim pada surah al-Araf ayat 31 menunjukkan pemakaian yang elok dan cantik ketika solat (termasuklah memakai serban dan kopiah) adalah digalakkan. Bahkan ada yang berpendapat digalakkan juga dipakai di luar solat (bukan ketika solat sahaja). Imam Nawawi berpendapat memakai serban bewarna putih adalah lebih diutamakan berbanding warna-warna yang lain. Selain itu, jika tidak salah saya, Imam Sayuti pernah memperakui bahawa pemakaian serban dan kopiah (dibawah serban) adalah as-Sunnah S.A.W. Adapun memakai songkok juga diharuskan memandangkan tiada dalil yang melarang memakai songkok. Bahkan ia juga sebagai pemakaian penutup kepala. Songkok adalah pemakaian adat Melayu yang tidak bercanggah dengan Islam. Ini berdasarkan kaedah fiqhiyyah mengatakan: Adat juga boleh diiktiraf sebagai hukum.

 Abang Zikry Mustaqim gemar berkopiah. Kadang-kadang tidur pun berkopiah ;) 

MEMBACA DOA 1

Doa Makan 1

Sebelum minum susu dan makan doa dibaca
Umi tak perasaan pun bila Zikry Mustaqim dah pandai baca..
Dengar betul-betul erk....

Wednesday 26 December 2012

BERMAIN BERSAMA 1

Bermain enjit-enjit semut bersama Mustaqim dan Mursyid


Mursyid berqasidah Ya Hanana (bertuahnya kami)


Bahasa ENGLISH yang dipelajari abi dari Zikry Mustaqim "ikan disebut FISH"
Bahasa lain Umi kena perhati betul2 semula..... ;)
Umi tak sempat secara FORMAL nak mengajar Zikry Mustaqim sebab 2010 2012  bersambung 2013 nak siapka TESIS master umi....
Insya  ALLAH 2013 umi Konvo

KELUARGA SAKINAH

KELUARGA SAKINAH itu keluarga yang bahagia di dunia akhirat kerana setiap anggota keluarganya menikmati taat kpd ALLAH, saling cinta, saling berkongsi, saling berlumba untuk membahagiakn & saling mendoakan. 
Al-Qur'an & Sunnah menjadi landasannya,bacaan Al-Quraan terdengar di setiap maghrib dan subuh, kajian keluarga setiap minggu, tahajjud & dhuha pun terjaga, setiap kali selesai solat berjumpa, kajian & berpergian, mereka saling cium, ikhtiarnya pada rezeki yg halal dan semuanya rindu REDHA & SYURGA ALLAH.



Rumah Kami Syurga Kami di Dunia


Persaudaraan hingga ke Syurga.

Beraktiviti bersama (Minum susu)

Gambar SEKELUARGA 4 beranak di MAHA 2012

USAHA BERJAYA

BERTAMBAH LANGKAH 

Syukur umur 10 bulan bertatih dan umur 11 bulan anak Abi dan Umi Mursyid dah banyak bertatih.
Abaikan Mursyid tak pakai seluar. Memang suka tanggalkan seluar macam Mustaqim semasa sebaya umur. Sebab itu Umi suka pakaikan Rompers tak boleh buang. ;)

LANGKAH PERTAMA

BANGUN SENDIRI DAN BERTATIH


1 Muharram 1434 H (15 November 2012) langkah pertama Mursyid (10 bulan)
Abaikan tangisan Mustaqim dalam video akibat ditinggalkan abi yang pergi solat di Masjid Binjai sebelah rumah kami


Sunday 23 December 2012

CAR SEAT


CAR SEAT
Model:
LB308
Features:-
*Suitable from 9kg to 18kg
*Forward facing seats with 3-positions adjustable backrest
*Adjustable head support to suit growing child
*Attached with cup holder
Price:
RM159.00
Weight:
5.30kg
Model:
LB308
Jenama Sweet Cherry juga tapi PLIKO
Sebelum ni Mursyid pakai barang secondhand abang Mustaqim. untuk Car seat dapat yang baru. ;)

\

Sunday 16 December 2012

KELAHIRAN

ZURIAT PERTAMA (1) 
23 APRIL 2010 hari ke 3 kelahiran.
Inilah gambar pertama diambil oleh umi menggunakan handphone untuk anak pertama
Muhammad Zikry Mustaqim bin Mohd Faizal gambar pertama anak pertama

Muhammad Zikry Mustaqim dilahirkan pada 21 APRIL 2010(RABU) bersamaan 8 Jamadil Awal 1431 bertempat di hospital Kajang Selangor pada jam 1235am pada 38++minggu   kandungan.

Hari Pertama Kelahiran:  Berat 2.4kg    Panjang 49cm Lilitan kepala 32cm
                        1 bulan : Berat 3.8kg    Panjang 55cm Lilitan kepala 36cm
                        2 bulan : Berat 5.0kg
                        3 bulan : Berat 5.6kg    Panjang 59cm Lilitan kepala 40cm
                        4 bulan : Berat 6.35kg  Panjang 63cm Lilitan kepala 43cm

                        5 bulan : Berat 6.7kg    Panjang 65.5cm
                        6 bulan : Berat 7.0kg    Panjang 67cm
                        9 bulan : Berat 7.9kg    Panjang 72cm Lilitan kepala 44cm
                      10 bulan : Berat 10.0kg
      12 bulan ( 1 tahun ) : Berat 8.5kg    Panjang 79cm Lilitan kepala 44cm
18 bulan ( 1 1/2 tahun ) : Berat 9.5kg    Panjang 81cm Lilitan kepala 46cm
                       2 tahun  : Berat 12.0kg
           2 tahun 9bulan  : Berat 13.0kg
           4 tahun   : Berat 15.0kg

ZURIAT KEDUA (2) 

 Inilah gambar  diambil oleh umi menggunakan handphone untuk anak kedua
Muhammad Zihni Mursyid bin Mohd Faizal gambar anak kedua

Muhammad Zihni Mursyid dilahirkan pada 16 JANUARI 2012(ISNIN) bersamaan 22 safar 1433 bertempat di hospital DUNGUN Terengganu pada jam 2257pm pada 38++minggu   kandungan.

Hari Pertama Kelahiran 16 Jan 2012:  Berat 3.75kg    Panjang 52cm Lilitan kepala 33cm
    Hari ke 10 Kelahiran 26 Jan 2012:  Berat 3.9kg
     Hari ke 21 Kelahiran 6 Feb 2012:  Berat 4.0kg

                        1 bulan : Berat 4.75kg   Panjang 56cm Lilitan kepala 37cm
                        2 bulan : Berat 5.8kg
                        3 bulan : Berat 6.4kg
                        4 bulan : Berat 7.0kg    Panjang 64cm Lilitan kepala 41cm

                        5 bulan : Berat 7.3kg  
                        6 bulan : Berat 7.7kg    Panjang 64cm Lilitan kepala 42.5cm
                        9 bulan : Berat 8.1kg  
                      10 bulan : Berat 8.1kg
    12 bulan ( 1 tahun ) : Berat   8.4  kg
18 bulan ( 1 1/2 tahun ) : Berat   8.8  kg
                       2 tahun  : Berat  11.0 kg
           2 tahun 9bulan  : Berat      kg

ZURIAT KETIGA (3) 

Mujahidah kami yang bernama Nur Zahra Marwa telah dilahirkan pada 8 JULAI 2014(SELASA) bersamaan 10 Ramadhan 1435 bertempat di hospital DUNGUN Terengganu

pada jam 725am pada 39++ minggu   kandungan.

  Hari Pertama Kelahiran 8 Julai 2014 :  Berat 3.5kg    Panjang 49cm Lilitan kepala 33cm
    Hari ke 10 Kelahiran 19 Julai 2014 :  Berat 3.7kg
   Hari ke 22 Kelahiran 30 Julai 2014  :  Berat 4.0kg

                        1 bulan : Berat 4.75kg   Panjang 54cm Lilitan kepala 37cm
                        2 bulan : Berat       kg
                        3 bulan : Berat      kg
                        4 bulan : Berat      kg    Panjang   cm Lilitan kepala   cm

                        5 bulan : Berat     kg
                        6 bulan : Berat     kg    Panjang     cm Lilitan kepala    cm
                        9 bulan : Berat     kg
                      10 bulan : Berat     kg
    12 bulan ( 1 tahun ) : Berat      kg
18 bulan ( 1 1/2 tahun ) : Berat     kg
                       2 tahun  : Berat     kg
           2 tahun 9bulan  : Berat      kg