Pages

Sunday 8 October 2017

GIGI DAN MEMBACA AL QURAN

"Alaa..  gigi je pun, bukan mati"

Ini antara dialog orang yang padang remeh tentang penjagaan gigi. Percayalah, tanpa struktur gigi yang baik kita tidak akan dapat membaca Al-Quran dengan sebutan yang paling sempurna dan tepat.

Sebab utama yang membuatkan kita gagal menyebut huruf al-Quran dengan baik adalah kerana struktur gigi kita tidak elok dan sempurna.

Oleh yang demikian, MENJAGA GIGI boleh dikatakan satu perkara yang dituntut bagi setiap individu muslim sebagaimana saranan Rasulullah saw kerana secara tidak langsung ianya boleh membantu kita menyebut huruf al-Quran dengan ssmpurna, tepat, betul dan fasih.

Ibubapa WAJIB memantau dan menjaga gigi anak-anak bermula dari kecil agar gigi anak-anak kita sentiasa terjaga dengan baik.

Sekalipun mereka menangis takut dan malas nak gosok gigi atau pergi klinik, PAKSA mereka. Besar nanti baru mereka sedar akan kesannya.

Anak-anak kita mungkin akan menyalahkan kita (ibu bapa) di hadapan Allah kerana mereka tidak dapat mengaji al-Quran dengan baik. Ini berpunca kerana kita ibu bapa tidak menjaga gigi mereka dengan baik sedari kecil lagi.

Mereka yang dikurniakan struktur gigi yang baik dan sempurna belajarlah menghargai nikmat tersebut iaitu dengan cara mempelajari al-Quran sebaiknya dan penuh kesungguhan.

Pilihlah doktor yang mahir dan sahih terutama dalam urusan penjagaan gigi. Pahala besar bagi doktor yang merawat gigi. Kerana dengan gigilah pesakit tersebut dapat membaca al-Quran dengan baik dan pastinya ada saham akhirat buat si doktor.

- Muhd Bazli Zakaria

* * *

Untuk Info HUFFAZ yang lebih menarik jemput join channel ini : https://t.me/infoHUFFAZ

#MBZ #UBAZ
#infoHUFFAZ