Pages

Tuesday 27 December 2016

MARAH UMI SUPAYA ANAK MENJADI SOLEH

Wahai anakku ! Sekiranya kedua ibu bapamu memarahimu kerana sesuatu kesalahan yang telah kamu lakukan maka kemarahan kedua mereka itu adalah seperti baja untuk menyuburkan tanaman.
Wahai anakku ! Tidaklah dinamakan kebaikan sekalipun kamu sibuk mencari dan mengumpul ilmu pengetahuan tetapi tidak pernah mengamalkannya. Perbuatan ini tak ubah seperti seorang pencari kayu api yang sentiasa menambah timbunan kayunya sedangkan ia tidak mampu untuk mengangkatnya.
Wahai anakku ! Berhati-hatilah terhadap tutur kata dan bicaramu, peliharalah budi bahasamu dan sentiasalah bermanis muka nescaya kamu akan disenangi dan disukai oleh orang yang berada di sekelilingmu. Perumpamaannya seolah mereka telah mendapat barang yang amat berharga darimu.
***
Dipetik drpd pesanan Lukmanul Hakim kepada anaknya.

Bacaan Doa Pembuka Majlis Konvokesyen THI 2016


Mursyid menawarkan diri sukarela menjadi imam solat Taska 

No comments:

Post a Comment