Pages

Wednesday 22 February 2017

MODEL EKONOMI NABI YUSUF (7 TAHUN) : MENYIMPAN


Sedar atau tidak urusan bajet(BELANJAWAN) ini telah lama dibicarakan dan dilaksana sejak zaman dahulu. Masyarakat harus mencontohi dan mempelajari perancangan kewangan yang dicetuskan oleh Nabi Yusuf a.s. Hebatnya perancangan kewangan ini sehingga ia tercatat di dalam al-Quran Surah Yusuf ayat 47 hingga 49.
Intipati daripada ayat ini adalah sangat besar dan luas yang merangkumi pelbagai aspek seperti model ekonomi, perancangan jangka panjang, kemahiran, teknologi, penyelidikan dan pembangunan, tenaga kerja yang cekap, pengeluaran yang optimum dan lain-lain lagi. Setiap perancangan yang dibuat akan melalui dua fasa, iaitu fasa ekonomi sedang berkembang dan fasa kemelesetan ekonomi. Setiap fasa mengambil tempoh masa selama tujuh tahun.
Model ekonomi yang diasaskan oleh Nabi Yusuf ini adalah satu model yang terbaik dan sesuai diaplikasi pada setiap zaman termasuklah sekarang. Walaupun model ini lebih merujuk kepada perancangan ekonomi negara, namun ia juga sesuai untuk dipraktikkan dalam pengurusan ekonomi keluarga.

Surat Yusuf Ayat 47

قَالَ تَزْرَعُونَ سَبْعَ سِنِينَ دَأَبًا فَمَا حَصَدْتُمْ فَذَرُوهُ فِي سُنْبُلِهِ إِلَّا قَلِيلًا مِمَّا تَأْكُلُونَ
"Supaya kamu bertanam tujuh tahun (lamanya) sebagaimana biasa; maka apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan dibulirnya kecuali sedikit untuk kamu makan.


Surat Yusuf Ayat 48

ثُمَّ يَأْتِي مِنْ بَعْدِ ذَٰلِكَ سَبْعٌ شِدَادٌ يَأْكُلْنَ مَا قَدَّمْتُمْ لَهُنَّ إِلَّا قَلِيلًا مِمَّا تُحْصِنُونَ
Kemudian sesudah itu akan datang tujuh tahun yang amat sulit, yang menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya (tahun sulit), kecuali sedikit dari (bibit gandum) yang kamu simpan.


Surat Yusuf Ayat 49


مَّ يَأْتِي مِنْ بَعْدِ ذَٰلِكَ عَامٌ فِيهِ يُغَاثُ النَّاسُ وَفِيهِ يَعْصِرُونَ
Kemudian setelah itu akan datang tahun yang padanya manusia diberi hujan (dengan cukup) dan dimasa itu mereka memeras anggur".


Mengenai panduan menyimpan menurut Surah Yusuf : 47-48 yang dibincangkan .Ayat tersebut berbunyi :

Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang tanam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya ; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan. Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih) ” Surah Yusuf : 47-48

Daripada ayat di atas terutama ayat 47, ada tiga isi utama yang dapat kita fahami iaitu:

1. Menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang tanam.
2. Biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya.
3. Kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan.

Panduan Pertama

Dari isi pertama ayat di atas, kita perlu menyimpan dahulu pendapatan yang kita perolehi dan bukannya berbelanja dahulu dan menyimpan sekiranya ada lebihan. Formula yang sebetulnya untuk menyimpan adalah seperti berikut:

Gaji – Simpanan = Perbelanjaan

Adakah anda biasa mendengar bahawa ada yang mengatakan bahawa “Duit di hadapan mata jangan harap akan disimpan.” Ini adalah kerana bahawa kita akan menggunakan duit tersebut walaupun kita telah mengasingkannya dengan akaun lain. Memang betul, saya pun mengalami perkara sebegini. Ini adalah kerana kita akan berasa ‘gatal tangan’ untuk menggunakan duit tersebut setelah sampai satu ketika. Bagaimana supaya ia ‘tidak kelihatan di hadapan mata kita’ ? Tidak lain dan tidak bukan ialah kita perlu membuat potongan gaji ke tempat duit ini tidak dapat diambil ataupun di tempat yang tidak mempunyai kad ATM supaya menyekat tangan kita dari mengambilnya. Tidak lain dan tidak bukan ialah di Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), Tabung Haji (TH) ataupun di Koperasi syarikat anda,. Buat sahaja potongan gaji, InsyaAllah, ia akan membentuk disiplin anda untuk menyimpan. 

Duit perlu disimpan walaupun sedikit. Mungkin ada antara kita yang mungkin tidak mengusik gajinya sehingga tiga bulan dan ada yang tidak mampu menyimpan sehingga RM1,000 sebulan. Sedikit atau banyak pendapatan kita, kita perlu menyimpannya jua kerana prinsip utama pengurusan kewangan adalah menyimpan.

Kita bekerja dari bulan ke bulan. Jika kita menyimpan RM500 pada bulan ini, bulan depan kita menyimpan RM500 lagi, ini menjadikan kita lebih kaya pada bulan hadapan berbanding bulan ini sebanyak RM500. Menyimpan dan terus menyimpan. Kita tidak mungkin menjadi lebih kaya dengan berbanding orang lain. Pegang sahaja prinsip rezeki orang jangan diusik, rezeki diri sendiri kita pertahankan. Anda bagaimana?

Panduan Kedua

Biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya. Ayat ini menunjukkan bahawa gandum perlu dibiarkan pada tangkainya sahaja dan disimpan. Ini adalah untuk mengekalkan khasiat gandum sebelum tujuh tahun sebelum ia digunakan sewaktu tujuh tahun zaman kesusahan.

Apa yang kita boleh tamsilkan ayat ini kepada kita? Sudah tentu ayat ini menyuruh kita agar menukarkan duit kita kepada dalam bentuk aset ataupun komoditi seperti emas, perak, hartanah dan sebagainya. Kita perlu menukar duit kita dalam bentuk aset kerana supaya duit simpanan kita itu kalis inflasi. Duit RM50 dalam poket kita pada hari ini adalah tidak sama dengan nilainya untuk tempoh  5 tahun akan datang. Sekiranya anda tidak mahu menukar dalam bentuk aset sekalipun, anda boleh menyimpannya ditempat-tempat yang memberi pulangan dividen yang lebih tinggi daripada nilai inflasi tahunan semasa. 

Setiap pendapat boleh diterima dan ditolak. Saya tertarik dengan ceramah Sheikh Imran Hussein yang menyatakan bahawa Islam hanya membenarkan urus niaga secara tunai sahaja. Memang betul, sekiranya kita ingin menukarkan duit kita ke dalam bentuk komoditi seperti emas pastikan ianya dibeli secara tunai.

Panduan Ketiga

Kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan. Ayat menyeru kepada kita supaya berbelanja setelah kita memperuntukkan jumlah untuk disimpan. Kita perlu tahu komitmen kita setiap bulan untuk makan minum, bil-bil, sewa, hutang-hutang dan sebagainya. Adalah tidak cerdik dipandang orang apabila kita berbelanja melebihi pendapatan kita setiap bulan. Wallhua’lam

No comments:

Post a Comment