Pages

Tuesday 22 January 2013

Saturday 19 January 2013

KECANGGIHAN TEKNOLOGI

PENGGUNAAN TEKNOLOGI KE ARAH KEBAIKAN

18 Januari
Selepas solat Subuh, umi seperti biasa mengemas rumah dan mencuci pakaian.
Menyapu dedaun di laman rumah kami yang kecil

Jam 8pagi umi kejutkan dan mandikan anak-anak. Biasanya hari persekolahan kami 3 beranak umi, Mustaqim dan Mursyid bangun seawal 530pagi. ....... Berkejaran untuk ke sekolah kerana sebelum jam 7pagi atau paling lewat 655pagi dah kena berada di dalam kereta untuk menghindari trafic

Sesudah mandikan anak, abi mengarah umi menyimpan pakain anak sehelai dua untuk ke KUANTAN....
Abi nak beli kasut bola.......

MODEN : Apa yang umi nak celotehkan ialah..... umi solat ZOHOR di masjid Sultan Ahmad Shah Kuantan Pahang....Dalam hujan yang lebat, sesudah salam umi memandang di sudut sebelah kanan umi. Ada seorang wanita sedang membaca al quran menggunakan teleponnya.   Canggih betul.....

TRADISIONAL :Waktu solat asar sesudah abi membeli barang keperluan dapur di Giant Kuantan Jalan Air Putih kami solat asar di sebuah Masjid. Abi solat bergilir dengan umi kemudian umi mandikan anak-anak. di suatu sudut umi memerhatikan pengawal keselamatan masjid kemas beruniform membaca al quraan tradisi.....Semoga barakah kepada pengawal tersebut...

BARU : Baju, Kopiah dan Kereta Ben 10 ( Hadiah dari Abi)

2 helai baju Abi beli kat FOS East Coast Mall, 2 kopiah Mustaqim dibelikan Abi kat Masjid Sultan Ahmad Shah Kuantan selepas solat Jumaat (satu warna putih dan satu warna hijau), Mursyid dapat 1 kopiah warna hitam putih sama macam abi punya pun putih. Umi belikan kopiah warna coklat untuk Mustaqim sebab Mustaqim suka pakai kopiah. Kereta BEN 10 pula abi belikan dekat Giant.

Kami makan malam di tanjung lumpur kuantan..... Menuju jalan ke PEKAN atas sedikit dari tanjung lumpur kami solat maghrib .... Masjid tersebut ada pengajaran menadah kitab moden oleh imam masjid negeri Kuantan

Download di sini
http://www.quranflash.com/en/quranflash.html

Kini al quran boleh dibaca di mana sahaja kita berada dengan telefon pintar
disebab melihat kecanggihan teknologi pintar oleh telefon pintar menyebab umi membelinya untuk kebaikan
kami sekeluarga

Wednesday 16 January 2013

KAMI KE NURSERY SMV DUNGUN


 16 JANUARI 2013

Anak umi hari ni hanya menukar pampers dan tidak mandi hari ni



Dalam nak cepat sampai kat pintu pagar belakang asrama masih berkunci.......Nasib umi dah punch card kat pejabat
Mursyid masih ketiduran

Pintu pagar aspuri masih terkunci

Mustaqim sempat membaca buku sementara menunggu pintu dibuka

Senyum abang Mustaqim


Menelaah sementara menunggu pagar dibuka



Tuesday 15 January 2013

PAGAR KESELAMATAN SIRI 1

Perlu bagi Umi untuk anak-anak umi

Terima kasih Pok Din tolong pasang untuk kami

Pagar yang dibuat sendiri oleh Pok Din

Bahan terbuang digunakan untuk membuat pagar keselamatan menghala ke bilik Pok Din
RM100 harganya dibeli di kedai perabot
RM100 harga pagar yang dibeli di kedai Perabot sebelah Pasaraya You Hoe Dungun.
Umi tengok dekat Manjaku Kemaman RM139.90 harganya

Harga dipasaran ada RM189+++

Zihni Mursyid 1 tahun

16 Januari 2012 ----16 Januari 2013

Muhammad Zihni Mursyid dah 1 tahun

Belajar bersama 

16 Januari 2013 : Bersiap ke sekolah

Lagu kegemaran kami YA Hanana (alangkah bertuahnya kami)

Thursday 10 January 2013

TM & Me-S GIVEAWAY



Klik di sini untuk 

Bismillahirrahmanirrahim.

Dijemput semua Sahabat Mawaddah dan para tetamu untuk menyertai Giveaway 
yang pertama pada Tahun 2013 ini. 
Kerjasama Teratak Mawaddah dan Mawaddah e-Store (^__^). 

Syaratnya cukup mudah :
1- Mesti ada blog. Taip entry ringkas bertajuk "TM & Me-S GIVEAWAY"
2- Letak banner di atas dalam entry
4- Jika ada FB, boleh Like kami di SINI (pilihan)
5- Tag 2 orang rakan anda untuk sama-sama menyertai GA ini
6- Dah siap, sila letakkan url anda di kotak komen beserta ID Follower / FB

Saya tag Nona Julia Hashim dan Ummi Amna Maryam serta semua yang berminat.
GA ini berlangsung selama 7 hari SAHAJA
08/01/2013 ~ 14/01/2013

Wednesday 9 January 2013

Jodoh



Jodoh Ketentuan Allah
Mohd Alias dan Khairunisa'

Jodoh adalah ketentuan dari Allah. Namun cikgu Bishanani dan suami mengucapkan terima kasih kerana dengan asbab Alias dengan izin Allah kami bertemu jodoh hanya dengan pemberian nombor telefon. 
31 Mei 2009 kami dinikahkan dan dari saat itu kami belum sempat bertemu dengan Alias.
5 Januari 2013 pada majlis sambut menantu Mohd Alias dan Khairunisa' kami sekeluarga 4 beranak hadir untuk meraikan majlis tersebut.
Majlis Sambut Menantu 5 Januari 2013 @Seberang Tayor

Bagi sebahagian orang waktu belajar ialah waktu yang sama jatuh cinta dan nikah. Bagi saya tidak kerana niat belajar ingin mendapat kerja yang elok dan ingin membantu keluarga. Walau ada insan yang pernah mengetuk hati ini tapi alasan yang diberi ingin berbakti kepada ibubapa dahulu.
Walaupun lambat jodohku menjelang umur 31 tahun namun, aku akur kerana dapat ketenangan dalam hidup dapat berbakti kepada keluarga seadanya. 
"Allah akan memberi yang terbaik dalam hidup kita dengan kemampuan kita".
Aku bersyukur dengan kurniaan Allah S.W. T. Amin......


Sunday 6 January 2013

Doa Anak Pintar Soleh


Ramai ibu bapa selalu lupa untuk menasihati anak-anak ketika anak sedang tidur.
Ini ada satu petua

1.setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.

2.membaca surah al fatehah 1 kali, alam nasyrah 1 kali

3.bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.

4.apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.

5.ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.

Cubalah petua itu dan insya allah kesannya akan anda dapat lihat sendiri.

Selamat mencuba......