Pages

Thursday 19 January 2017

Surah al Qasas

📚Tadabbur juz 20 Surah al-Qasas
👵🏼Para ibu perlu menjiwai hati ibu nabi Musa a.s.
😭makin tua ni selalu sangat tersentuh hati ibu ini bila baca ayat ini
(وَأَصْبَحَ فُؤَادُ أُمِّ مُوسَىٰ فَارِغًا ۖ إِنْ كَادَتْ لَتُبْدِي بِهِ لَوْلَا أَنْ رَبَطْنَا عَلَىٰ قَلْبِهَا لِتَكُونَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ)
[Surat Al-Qasas 10]

Dan (sepeninggalan nya) menjadilah hati ibu Musa kosong; sesungguhnya ia nyaris-nyaris menyatakan perihal anaknya itu dengan berterus-terang jika tidaklah Kami kuatkan hatinya (dengan perasaan sabar dan tenang tenteram), supaya tetaplah ia dari orang-orang yang percaya (akan janji Allah).
😭apa yang dimaksudkan dengan hatinya menjadi kosong (fuad farigha)? Mengapa Allah swt tidak menggunakan kalimah "qalbu" tetapi guna kalimah 'fuadu"...
📗Ahli tafsir pun ada pelbagai pendapat.(kena masuk kuliah tafsir)
😭apa yang dimaksudkan dengan hati farigha ini? sukar diungkap dengan kata-kata.
😭Ibu-ibu yang sudah merasainya sahaja yang memahaminya
- ketika anak ketika kecil ditimpa penyakit yang mencemaskan
- ketika berpisah dengan anak pada jarak yang jauh dan masa yang lama
- ketika anak menjauhkan diri daripada ibu kerana merajuk
- ketika anak tidak mahu pulang ke pangkuan ibu sekian lama
- ketika anak ditimpa masalah tetapi ibu tidak ada kudrat membantunya
- ketika anak membelakangkan pandangan atau suruhan ibubapa yang berkaitan kewajipan syara'
- ketika anak berkongsi kesedihan dan kekecewaan dalam hidupnya
- ketika anak ditimpa musibah sehingga mendapat kecacatan anggota
- ketika anak hilang dari pandangan mata tanpa sebarang khabar
- ketika anak yang dipinjamkan oleh ALLAH diambil semula...
(Ya Allah, pada saat menulis ini, hati ibu ini bagai ditusuk sembilu)
🔋Namun, hanya ALLAH swt tempat ibu mengubat jiwanya dengan mengulang-ngulangi ayat sebelumnya sebagai doa yang berterusan untuk mengisi jiwa yang farighah
وَأَوْحَيْنَا إِلَىٰ أُمِّ مُوسَىٰ أَنْ أَرْضِعِيهِ ۖ فَإِذَا خِفْتِ عَلَيْهِ فَأَلْقِيهِ فِي الْيَمِّ وَلَا تَخَافِي وَلَا تَحْزَنِي ۖ إِنَّا رَادُّوهُ إِلَيْكِ وَجَاعِلُوهُ مِنَ الْمُرْسَلِينَ)
[Surat Al-Qasas 7]

🖌Ibu-ibu yang lain boleh berkongsi rasa di sini💎

📌Salam jumu'ah mubarakah, Dr UsWah, Kampus ibu kandung suluh budiman, Tanjong Mu'allim, 21 R.Akhir 1438/20 Jan 2017

Friday 6 January 2017

Rumah ibu bapa adalah rumah bg anak-anak tapi tak semua rumah anak-anak adalah rumah ibu bapa

*Anak- anak boleh bebas dlm rumah ibubapa*
*Makan apa sahaja...*
*Tengok siaran tv ikut suka...*
*Guna apa saja kepunyaan ibubapa ikut suka...*
*Tapi...*
*Ibubapa tak boleh buat sesuka hati kat rumah anak- anak....*
*Tak boleh masak sesuka hati...*
*Makan apa yg ada dlm peti ais ikut suka.....*
*Buat apa sahaja ikut suka....*
*Anak tetap akan berkecil hati dgn ibu bapa..*
*Begitu juga...*
*Kenderaan ibu bapa adalah kenderaan anak-anak.....*
*Anak-anak boleh guna kenderaan ibu bapa ikut suka hati.....*
*Minyak penuh balik kosong pun ibubapa tak kisah.*
*Kalau rosak semua ibubapa tanggung..*
*Tapi...*
*Tak semua kenderaan anak-anak ibubapa boleh guna.....*
*Apatah lg dgn sesuka hati.*
*Takut rosak lah...*
*Takut langgar lah...*
*Takut calar lah.....*
*Kalau guna pun...*
*Pastikan minyak penuh semula.....*
*Kalau rosak pun ibubapa kena hantar pomen baiki sebelum bagi kpd anak- anak....*
*Itulah bezanya ibu bapa dgn anak- anak....*
*Ibubapa sentiasa mengasihi anak-anak....*
*Tetapi anak-anak...*
*Belum tentu mengasihi ibubapa....*
*Mereka kasih kepada harta mereka melebihi ibubapa....*
*Mereka ada masa utk membetulkan moto kesayangan mereka bila rosak tetapi mereka tiada masa hantar ibubapa ke klinik bila emak memerlukan...*
*Mereka ada masa untuk membawa anak isteri bercuti...*
*Tetapi mereka tiada masa utk cuti menziarahi ibubapa yg rindukan mereka...*
*Mereka sayang ambil cuti utk melawat emak...*
*Sibok dengan kerja dan tak boleh cuti menjadi alasan...*
*Tetapi mereka tidak sayang ambil cuti bila kawan baik kawin...*
*Ibubapa ingin melihat anak-anak sempurna walaupun semampu yg ada..*
*Tetapi...*
*Anak- anak belum tentu boleh sempurnakan hajat ibubapa walaupun anak-anak berharta...*
*Bila isteri bercerita anak tahu apa yg isteri mahukan...Tetapi bila ibubapa bercerita anak2 buat tak faham apa yg ibubapa mahukan...Ibubapa tidak akan meminta secara terus kpd anak2nya kerana ibubapa takut anak akan terasa*
*Inilah diantara isi kandungan kuliah yg sgt terkesan & realistik dlm keadaan dunia di akhir zaman ini...*

Salah satu ciri anak yang soleh@solehah  adalah anak yang menjaga orang tua dengan penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang*

Mudah2an kita tergolong sebagai anak2 yang berbakti kepada orang tua kita dan tak disisihkan atau diabaikan semasa kita sudah meningkat tua nanti.