Pages

Saturday 13 July 2019

Kanak-kanak yang anda usir daripada masjid

Terdapat notis peringatan yang ditampal di sebuah masjid di negara Arab yang cukup menarik. Notis itu berbunyi seperti berikut: 
"Peringatan: Kanak-kanak yang anda usir daripada masjid itu kerana mengganggu; kanak-kanak itu juga yang anda akan harapkan pada masa hadapan agar dia bersolat di masjid. Maka bersabarlah atas gangguan mereka dan berikan tunjuk ajar kepada mereka dengan lemah lembut."
Saya selalu pesan kepada jemaah bahawa jangan terlalu keras menegur kanak-kanak apabila mendapati mereka bermain dan berbuat bising. Kita minta mereka senyap atau bermain di luar dewan solat. Karakter kanak-kanak memang penuh dengan keriangan. 
Kanak-kanak yang suka bermain inilah semasa besar nanti akan memeriahkan masjid dan mungkin menjadi imam di surau itu. Kita akan meningkat usia. Kanak-kanak inilah yang akan menggantikan jemaah di surau.
Tetapi ada juga individu yang mempertikai "Kawan saya semasa kecil yang bising-bising tiada pun menjadi imam". Orang begini tidak perlu dilayan sangat komennya. Biarkan dia dengan tanggapan negatifnya. 
Ibu bapa juga perlu nasihat dan menjelaskan adab-adab apabila ke masjid. Kanak-kanak boleh diletakkan di tepi ibu bapa atau dalam saf kanak-kanak supaya tidak menganggu jemaah lain. Tidak perlu berpolemik tentang saf kanak-kanak.
Sekiranya kanak-kanak itu sesuai berada di saf orang dewasa maka berikan tempat itu kepada mereka. Namun keutamaan diberikan kepada orang dewasa. Jangan hanya kerana tubuh kanak-kanak yang kecil maka kita menarik dia daripada saf tersebut. 
Didiklah kanak-kanak dengan baik dan lemah lembut tentang adab-adab di masjid kerana mereka adalah generasi pelapis pada masa hadapan.
Dr. Abdél Rahmanov
12 Julai 2019

Tuesday 9 July 2019

1 jam selepas Subuh

1 jam selepas subuh menentukan bagaimana hala tuju hidup kita.

Jadi, apakah yang perlu kita buat 1 jam selepas subuh?

1. Jangan tidur lepas subuh. Ia menutup banyak pintu rezeki malah akan membuatkan tubuh jadi lemah. Kalau terlalu penat, tunggu waktu syuruk jam 7.00 pagi ke atas. Dan selepas itu rehatlah tak mengapa.

2. Biasakan untuk mandi dan bersihkan diri. Mandi sebelum dan selepas subuh akan membantu sistem badan menjadi segar dan sihat. Juga membuatkan wajah menjadi awet muda. Cubalah!

3. Sarapan. Makan sikit diwaktu pagi membuatkan sistem penghadaman akan berfungsi dengan baik. Ambil sepotong roti pun takpe. Segelas susu dan kopi pun baik. Janji makan atau minum sikit.

4. Ini yang terpenting. Baca Al Quran. Zikir. Selawat. Nak buat atau nak baca atau nak pasang sahaja di Youtube pun tak mengapa. Asalkan kita niat untuk memberi makan buat hati. Hati akan jadi kuat dan tidak akan lemah.

1 jam kita buat semua ini, insyaAllah hidup akan bermakna.

Dan kita mampu melangkah lebih jauh dan bertenaga.

Wednesday 29 May 2019

Limited Edition susah nak dapat. 
Hargai apa-apa LIMITED Edition dalam kehidupan yang kita miliki... contoh macam saya pasangan hidup MFaizal adalah yang terbaik yang telah Allah kurniakan pada saya.
Selamat ulang tahun pernikahan kita yang ke 10(30.05.2009-30.05.2019)



Sunday 19 May 2019

AMALAN TETAP KECIL TAPI ADA NILAI

Pengasas Dnars, Faziani Rohnan Ahmad meninggal dunia dalam kepenatan beliau berulang alik memberi sedekah di Thailand.

Pemandu kepada pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Abd Ghani Ngah, meninggal dunia ketika sedang menunaikan solat tarawih.

Aishah Bahar, gadis Indonesia meninggal tahun lalu sebaik selesai membaca Al-Quran seusai solat Subuh.

Ahmad Ammar, meninggal dunia ketika sedang dalam perjalanan menghadiri kuliahnya, beberapa tahun dulu.

Ada beberapa lagi kisah ajaib dan indahnya pengakhiran sebuah hayat. Banyak sangat.

Mereka semua ni sihat.
Langsung takda apa-apa penyakit.

Sungguh sihat walafiat.

Lebih hebat lagi adalah.....

Meninggal ketika sedang buat amalan yang mereka suka buat.

Saya ingat beberapa tahun lepas, di tempat saya bekerja, ada seorang Medical Assisstance (MA).

Arwah ni orang yang disenangi sebab tak sombong dan mudah berurusan dengan beliau.

Satu hari, kami dikejutkan dengan berita kematian arwah. Di surau tempat kerja. Sebaik habis menunaikan solat sunat Dhuha.

Sahabat-sahabat kata, arwah memang tak pernah tinggal solat tu. Ajaibnya dalam sibuk-sibuk bekerja, arwah terlihat sentiasa diberi kelapangan rezeki untuk menunaikan Dhuha.

Sentiasa Allah beri kemudahan itu.

Saya teringat Ustaz Don pernah nasihat dalam satu ceramahnya....

Kita ni manusia biasa. Biasa sangat-sangat. Bukan Rasul. Bukan Nabi. Bukan sahabat. Bukan solehin. Bukan tabiin. Bukan alim ulama. Bukan ustaz ustazah. Bukan siapa-siapa pun.

Jadi, fahamlah kalau kita punya tahap ibadah tak setaraf dengan golongan di atas.

Tapi, kita mesti cari satu ibadah yang kita suka dan senang nak buat.
Ikut kederat kita, mampu kita, masa kita. Mesti!

Bila dah jumpa, kita amalkan dengan istiqomah. Buat sampai jadi sebati dalam diri. Istiqomah ni maksudnya, bila kita tak buat, kita jadi susah hati. Macam ada benda yang tak selesai untuk hari itu.

Kalau senang mengaji, mengaji.
Kalau senang sedekah, sedekah.
Kalau senang solat sunat, solat.
Kalau senang puasa, puasa.
Kalau senang tolong orang, tolong.
Kalau senang zikir, zikir.
Kalau senang berjemaah, pergi.

Buat dan buat dan buat. Jangan tinggal. Biar dia jadi kawan paling rapat kita dekat mana-mana pun. Yang bila kita tak tinggal dia, dia tak sampai hati nak tinggal kita.

Berdoalah, semoga kita mati dalam amalan yang kita selalu buat ni. Dengan sahabat baik yang kita tak pernah tinggal ni.

Begitu saya rasa nasihat Ustaz Don ni kena tepat dengan kisah kematian yang manis-manis macam di atas.

Meninggal masa sedang buat amalan yang mereka selalu buat. Yang mereka suka buat. Amalan yang dah jadi sahabat.

Husnul khotimah.

Bila dah ada matlamat, dah tanam niat, usahakan dengan sepenuh keringat.

InsyaAllah!
Buat sampai jadi tabiat.

#self reminder

Monday 18 March 2019

Ujian Allah

Allah menjanjikan 3 tahapan ujian kepada manusia,
Didalam Al-Quran.

Levelnya,

Al-Ba'sa ( Ringan )
Ad-Dharra' ( Sederhana )
Zulzil ( Berat )

.

Kita akan diuji tahapan demi tahapan,
Mula-mula level ringan,
Angin sepoi-sepoi sahaja,
Lepastu bila Allah tengok kita dah 'stabil' dengan ujian level ringan,
Allah bagi level sederhana,
Angin kencang sedikit,
Bilamana Allah tengok kita dah ok dengan level kencang ni,
Tengok kita boleh bawak diri dengan ujian ini,
Allah akan berikan level berat,
Iaitu puting beliung, taufan,
Sehingga boleh tercabut bumbung rumah, istilahnya.

Level berat ni,
Adalah level yang amat menggoncangkan jiwa,
Sebab Allah nak tengok tahap keimanan kita,
Apakah teguh meredhai Allah,
Atau memungkiri Allah.

Bukan kita sahaja melaluinya,
Malah para Nabi lebih dahsyat lagi

Nabi Ayub,
Diuji anak mati 12 orang,
Tanaman dan ternakannya musnah,
Tiada yang hidup,
Kemudian diberikan kemelaratan sakit yang membuatkan dia tak boleh duduk dekat dengan orang,
Perlu diasingkan,
Selama bertahun-tahun.

.

Nabi Muhammad,
Bukan saja orang caci maki,
Malah fizikalnya pun dicederakan dengan balingan batu sehingga berdarah-darah tubuhnya.
Baginda juga diuji dengan pemergian anak lelakinya satu demi satu.

.

Nabi Zakaria Allah uji dengan ketiadaan zuriat,
Dari awal perkahwinan sehingga isterinya menopause,
Dan Allah berikan anak ketika usia mereka sudah terlalu lanjut,
Ketika Nabi Zakaria berpuluh-puluh tahun tidak berputus asa berdoa.

.

Nabi Ibrahim,
Diuji dengan dibakar jasadnya,
Diuji dengan lambat memperolehi cahaya mata,
Dah dapat cahaya mata,
Perlu dipisahkan pula nun jauh beribu batu jauhnya,
Kemudian diuji apabila anak dah besar,
Minta disembelih pula.

.

Maryam,
Bukan Nabi dan Rasul tetapi Allah jamin syurga,
Dengan kelahiran Isa,
Dia dicaci, difitnah merata-rata,
Bahawa beliau melakukan zina.

.

Ini diantara golongan yang DIJAMIN SYURGA,
Orang kata dah ada tempat dan istana dalam syurga,
Signage Nama dah terpacak dah dalam syurga.

Namun,
Kita ini,
Nama pun takde lagi dalam syurga,
Tak ketahuan lagi destinasi akhir kita di syurga atau neraka,
Apakah layak untuk kita berkeluh kesah atas ujian menimpa ?
Apakah layak untuk kita menyalahkan takdir atas apa yang berlaku ?

Apakah layak kita menuntut Firdausi,
andai kita tidak mahu di duga dan diuji ?

.

Berbahagialah saat diuji,
kerana Allah sedang menaikkan level kita ke makam tertinggi,
mungkin asbab ujian ini menjadikan kita
mendapat husnulkhatimah,
kematian yang dicemburui seluruh manusia,
mendapat bebas seksa kubur,
disaat golongan lain dihimpit jasadnya,
didatangi malaikat yang kasar, ular, lipan dan kala,
mendapat 'fast track' di laluan sirat,
mendapat tempat di syurga Allah.

Destinasi pengakhiran kita bukan di sini,
kita ada destinasi lebih abadi.

Sunday 15 July 2018

DOA UNTUK ANAK-ANAK

SEKELUMIT DO'A..
~Ya ALlah Ya Rahman Ya Rahim
MUHAMMAD ZIKRY MUSTAQIM BIN MOHD FAIZAL, MUHAMMAD ZIHNI MURSYID BIN MOHD FAIZAL, NUR ZAHRA MARWA BINTI MOHD FAIZAL
بسم الله الرحمن الرحيم
الْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ 
Anak2 kami Ya ALlah,
Jadikanlah mereka yg tetap dan menjaga soLat mereka. Sesungguhnya Kau memaqbulkan segala do'a.
(Ibrahim :40)
Jadikanlah mereka anak yg soleh dan solehah, musleh dan muslehah, elokkanlah mereka dgn keta'atan dan 'aqidah Ahlus Sunnah yg benar dengan syariat fiqih yg muktabar diamalkan semuanya, dengan akhlak yang mulia demi menjaga maruah agama, bangsa, dan keluarga.
Ya ALlah, sudikanlah mereka memandikan kami di saat kami tidak mampu lagi menggosok tubuh badan kami. Ya ALlah, sudikanlah mereka memakaikan pakaian kapan kpd kami nanti... 😭
Ya ALlah, sudikanlah mereka utk menjadi imam solat jenazah kami.. 😢
Ya ALlah, sudikanlah mereka turun ke liang lahad untuk mengebumikan kami, ya ALlah, mereka membaringkan kami dgn penuh sopan dan lemah lembut sepertimana dahulu kami meletakkan mereka di dalam buaian. Itu lah anak2 kami buah hati kami ya ALlah. 
Kami jaga mereka dengan kasih sayangMu ya ALlah. 😭
Ya ALlah Kau perintahkan kami berdo'a; sekarang di Ramadhan yg mulia kami meminta; sesungguhnya Kau tidak memungkiri janji.
Maqbulkan jua do'a kami ini.
آمين.. آمين... يا رب.. يا رب