Pages

Tuesday 8 December 2015

SEORANG LELAKI TUA YANG BERHIKMAH


Saya jumpa lelaki tua ini...
Selalu lepas Asar dia iktikaf di masjid.
Baca al Quran. Umur 70an. Duduk rumah dekat masjid.
Rumah agam besar dan menarik.
Hartanya disana sini, bangunan komesil tengah bandar. Milikan RM35juta. Pendapatan pasif kutip sewa RM70,000 sebulan. Belanja RM20,000. RM50,000 sedekah dan infaq.
Dia tenang bersendirian melayani anak cucu.
Saya mahu ambil gambar. Dia menolak. katanya malu.
Saya minta formula. Dia berikan 15. Saya catat dan mahu kongsikan. Bolehkah saya kongsikan?
#1 – Pertama, dia kata muliakan ibu bapa. Doa ibubapa adalah segala galanya. Ia tiada hijab terus termakbul. Raikan ibubapa. jaga mereka sepanjang usia. Doakan mereka apabila telah tiada.
#2 – Jaga masa. Ia datang dan berakhir. Urus masa antara 5 waktu solat. Atur kerja dengan sebaik cara. Pada setiap waktu ada perkara yang kita mulakan. Ada di masjid sebelum azan. masuk waktu terus solat. Selepas solat bertebaran berusaha cari rezeki.
#3 – Berdoa dengan khusyuk. Serah pada Allah. Tawakal. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.
#4 – Namun begitu kena usaha. Usaha pagi petang siang malam. Usaha sungguh sungguh. Usaha bermula dengan pasang niat. Lepas itu buat buat buat. Sampai dapat. Tidak dapat, usaha lain pula. Masa buat baca al Quran. Maka dia pun nasihatkan saya,
“Orang yang membaca surah Al-Ikhlas satu kali sama ganjarannya dengan memperoleh ganjaran membaca sepertiga Al-Quran. Jadi jika membaca surat Al-Ikhlas tiga kali mendapat ganjaran seperti membaca satu Al-Quran.
Rasulullah SAW pernah bertanya “Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit?” Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah UmarAl Khattab r.a telah mengatakan adalah mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat.
Ali Abi Talib r.a pun membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juzuk kitab Al-Quran. Apabila membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juzuk Al-Quran.
Sabda Rasullullah SAW: “Sesiapa membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ sebanyak 3 kali, dikurniakannya pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.”
Lelaki tua itu berkata, mulut dia tidak berhenti baca surah al Ikhlas. Kadang kadang sampai 1000 kali sehari. Dan tiap lepas asar masa dia iktikaf dan baca Al Quran.
#5 – Jaga Kesihatan. Jaga kesihatan. jaga kesihatan. Banyak berjalan kaki. Banyak. minum air masak atau air mineral. Jaga makanan.Kata lelaki tua ini lagi:
#6 – Hidup kena buat target. Ada wawasan. Ikat perut. Usah membazir. Mula dengan makanan. Makanan dan minuman mesti habiskan. Usah lagak orang kaya, padahal kita teman pada syaitan. Sentiasa belanja orang. Makan dikedai kecil. Perhatikan kebersihan kedai. Apabila bersih masuk. Disitu kita temui ramai orang susah. Belanja mereka..
#7 – Waktu maghrib usah ada atas jalan. Apabila dalam perjalanan berhenti. Cari masjid. Apabila dirumah, tutup pintu rapat rapat. Malam buang sampah sarap. Basuh pinggan mangkuk. Pastikan semua teratur sebelum tidur. Gunakan waktu antara maghrib dan isyak untuk tuntut ilmu agama. Boleh dengar orang mengajar. Boleh juga baca kitab. Lepas Isyak buat kira kira untung rugi. Siapkan bahan dan pakaian untuk kerja esok hari.
#8 – Usah takut jumpa orang. Walaupun 5 minit mahu berjumpa. Pergi sendiri. Usah pakai posmen apabila depani soal penting. Kita rangkak panjat bangunan. Tunggu. Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan. yang penting sampaikan dengan tangan sendiri.Tenung mata dan baca “ayat ayat pengasih”. Hehehe. (Nota tambahan: Surah Yusuf: Ayat 4)
#9 – Balik malam, usah cakap penat. Usah cakap letih. Usah cakap sakit. Apabila sakit senyum. Allah sedang luruhkan dosa. Lepas sakit kita lagi bertenaga. Siapakah dalam dunia yang tidak pernah rasa sakit. Jatuh. dihina. Semua termasuk Rasulullah SAW. Namun, baginda ajar kita maafkan semua orang.
#10 – Niat mahu kaya. Niat mahu bantu ramai orang. Niat mahu jadi manusia berguna.Niat itu macam tulis surat. Dulu tiada internet, Macam tulis surat la. Salah tulis alamat akan sampai salah tempatlah surat itu. Maka tulis alamat betul betul. Niat mahu kaya, supaya kita dapat bantu ramai lagi orang. Mahu membahagiakan ramai orang.
#11 – Mula berniaga, usah buat pinjaman. Cukup dengan apa yang ada ditangan. Itu masa kita belajar. Berniaga ini seni. Kita sahaja tahu maksud lakaran. Terbakar tangan biasa. Namun, dengan duit sedikit kita tak rasa sangat panasnya. Usah samakan orang dengan kita. Mereka lain tak serupa.
(Kedai mula mula di mulut sahaja.) Senyum mesra, mulut manis. Usah sombong.sentiasa tegur dan sapa manusia. Kita berniaga dengan manusia.Berniaga dengan siapa sahaja. Andai kata kita kaki surau. Berniaga dengan orang surau tidak jadikan kita kaya. Berniaga dengan semua orang walaupun dia haprak keparat. Yang penting tunai. Ada duit kita cerita. Ada barang kita jual.
#12 – Modal kita adalah daya penarik yang pada diri kita. Daya penarik adalah ciri yang ada dalam diri yang buat orang lain rasa senang dengan kita. Cari ilmu tentang produk. Apabila orang tanya jawab dengan lancar dan petah. Jelas. sebut satu demi satu. Usah ragu ragu dan termanggu. Kongsi bukan jual. Ingat sentiasa kongsi dengan semangat membara. Orang jatuh cinta dengan semangat kita.
#13 – Apa lagi..ahaaa..masa mula niaga biar mendalam dulu. Usah cepat mahu melebar.Fahamkah apa pakcik cakap. Maksudnya biar berjaya satu demi satu. Apabila mula guna modal sendiri, kemudian buat sungguh sungguh sampai berjaya. Lepas dah nampak hasil, mula lebarkan. Masa itu boleh la mahu buat pinjaman. Kita sudah ada ilmu bisnes.
***
(Cukuplah tu. Masa ni Lelaki Tua Berkain Pelikat sudah mahu berhenti. Saya senyum peluk dia dan kata, “baharu ada 13 anak sungai di syurga. Tambah sampai 20″. Saya buat contengan kata dia dalam kepala..
#14 – Kita kena buat promosi apa jua yang kita bisnes. Produk tak boleh bercakap.Sejak bila pula lah produk boleh bercakap. Orang kena tahu apa yang kita buat. Caranya buka bank emosi dengan setiap pelanggan kita. Pelanggan yang puas hati datang lagi. Datang lagi. Sekarang pun Pak Cik masih buat bisnes sikit sikit. Perumahan. Pak Ciik buat lima rumah sekali siap. Siap baharu jual. Pak Cik buat cantik. Jual mahal. Orang beratur mahu beli. Jual barang siap. Usah jual barang dalam laut yang tidak tahu tersangkut pada pukat atau tidak. Tidak berkat begitu.
#15 – Apabila bisnes sudah maju, usah berlagak. Dahulu Pak Cik suka gunting rambut kedai Nawi. Dia tanya “Bagaimana Pak Cik mahu gunting rambut? Pak Cik jawab , “Dengan senyap senyap tapi cantik”. Anak fahamkah apa Pak Cik cakap ni? Jawab saya, “Faham Pak Cik, saya juga gunting rambut disitu sejak umur 15 tahun”. Hehehe. Maksudnya usah gosip sana gosip sini, balun orang sana balun orang sini. Usah peduli rambut atas kepala orang lain. Apa yang utama rambut kita tersisir rapi.Bijak anak ni. Apa nama? Yesss. Dia sudah tanya nama saya. Maknanya saya sudah dapat Mentor Lelaki Tua Berkain Pelikat.
#16 – Anak..ingat kita hidup sungguh sebentar, macam main bola sahaja. 90 minit tamatlah permainan. Itulah lebih kurang bandingan hidup didunia ini. Kita kejar bola. Cuba jaringkan gol. Apabila sampai tiupan wisel, tahulah keputusan. Apabila malaikat maut datang jemput kita, habislah kita. Ada dunia kekal abadi di sana. Usahlah kita berlagak sombong masa berjalan atas bumi Tuhan ini.
Paku yang nampak tidak rapat ke papan, akan diketuk oleh Tuan Rumah. Itulah perumpamaan hidupan. Rapat ke bumi. Sujud pada Tuhan.
Bacalah surah ar Rahman ayat 46, “Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua syurga”
#17 – Pak Cik bersyukur sampai ke tahap ini. Pak cik bersyukur. Syukur itu tandanya apabila Pak Cik rasa tak layak terima, namun Allah berikan juga. Pak Cik habiskan masa dalam waktu kecemasan ini dengan memandang yang memberi nikmat bukan pada nikmatnya. Anakku bersyukurlah. Masih punya masa mengatur tapak menjejaki orang hebat dalam agama.
Dunia ini tidak lebih dari sayap nyamuk sahaja. Usah letak dunia di hati. Tetapi berusahalah supaya dunia dalam genggaman tangan kita. Pak Cik pakai kereta besar, bukan untuk apa namun Pak Cik mahu menikmati apa rasa sayap nyamuk itu. Kalau sayap nyamuk itu sudah rasa nikmatnya, bayangkan nikmat di syurga.
#18 – Anak… Apabila mahu makan nasi, dapatkan beras. Cakap cakap dan sembang sembang tidak hasilkan beras. Rajin usaha. sampai waktu solat. Solat itu tiang agama. Usah terjerat dengan penyakit umat akhir zaman. Mereka cintakan dunia. Takutkan mati. Hakikatnya mati itu pasti. Namun, jangan kerana takutkan mati duduk atas masjid semata mata dan harapkan hidangan turun dari langit.
Tidak boleh begitu. Cuba beri masa untuk semua perkara. Umur macam Pak Cik sekarang, hari hari biasa, 6 jam tidur. 6 jam bekerja. 6 jam duduk atas masjid. 6 jam bersama anak cucu cicit. Anak, ada Pak Cik ingat, Nabi SAW sebut, “Peliharalah lidahmu, luaskan rumahmu dan tangislah dosamu”. Cuba anak check siapa perawinya. (nota: Hadis riwayat at Tirmizi)
#19 – Anakku kita bukan orang sufi. Mereka lain. Kita orang biasa,
“Apabila kemiskinan datang bertandang mengetuk di pintu, kasih sayang segera terbang keluar ikut jendela. Saat itu sahabat dekat mula menjauh, kesusahan bagaikan banjir besar menghanyutkan segalanya pergi dan ianya hanya kembali apabila kita kaya semula”
Rajinlah berusaha. Wang bukan segala galanya. Namun banyak perkara dalam dunia sekarang perlukan wang anakku. Wang bukan raja. Wang adalah hamba perkasa yang memudahkan banyak perkara. ramai orang sedikit sedikit sebut Tuhan, pada hal hati mereka bersimpang simpang.
#20 – Cuba sedaya upaya supaya ada wuduk pada tubuh kita. Ianya adalah cara terbaik cucikan diri. Cuba mandi setiap kali sebelum masuk waktu. Tidak dapat kerana banyak masa di pejabat, mandi 3 kali sehari. Sebelum subuh, sebelum maghrib dan sebelum isya’. InsyaAllah kita rasa bersih dan tenang dari segi luaran. Sewaktu berdiri mahu solat, rasakan ketakutan luar biasa. Kita sedang menghadap Allah Raja dan Tuan kepada segala Raja...
CB : Dato Roslan Abd Hamid
Silakan share dengan gembira semoga memberi manfaat n inspirasi tuk semua..

Saturday 28 November 2015

SUBHANALLAH

renungn pagi :
SubhanAllah...Baik petikan ini
Saya telah membaca hadis ini maka mengalir, kedua air mata
memohon kepada Rab'bi agar dpat di sampaikan perkara ini kpada semua yg saya sayangi

           Dari Hadith Qudsi.
 Yang menggetarkan segenap
    tubuh serta menunjukkan,
    kebesaran Sang Pencipta.
        Allah Swt. BerFirman :

          Wahai anak adam..
   Aku jadikan engkau dalam
  perut ibu mu ,, dan aku tutup
    wajahmu dengan penutup
         supaya tak lemas/
terhidu engkau dalam rahim.

           Dan Aku jadikan
    engkau tenang dilindungi
       disebalik rahim ibumu.
   Aku cukupkan bagi engkau
               makanan mu.

            Dan Aku jadikan
 di samping kanan dan kirimu
             tempat berpaut.
    Di kananmu hati. { liver }
     dan di kirimu hempedu
           { spleen } ibumu.

                 Setelah itu,
         Aku ajarkan engkau
       untok tetap dan duduk
      di dalam badan ibu mu.
            Adakah yang lain
  selain dari Ku yang mampu
menjadikannya sedemikian.??

 Setelah berakhir penciptaan
     mu dan disempurnakan
                kejadian mu,
     aku arahkan kerajaanKu
              dengan penuh
           kasih dan sayang
     untok mengeluarkan mu
                  dari rahim,
  maka dikeluarkanlah dirimu.

         Tiada bagi mu gigi
          untok mengunyah,
jua tangan, untok menggapai,
      juga kaki untok berdiri
    Engkau tidak punya apa2.

           Aku jadikan susu
     yang lengkap lagi bersih
            dari dada ibuMu,
  yang sejuk di musim panas
   dan panas di musim sejuk.

      Dan Aku letakkan cinta
    dan kasih kepada engkau
 dalam diri kedua org tua mu.
     Tidak meniarap engkau
           sebelum mampu,
        tidak duduk. engkau  
           sebelum mampu,
    tidak merangkak engkau
           sebelum mampu,
         tidak berdiri engkau
            sebelum mampu.

    Apabila engkau telah kuat
      untok berjalan sekarang,
           engkau bermaksiat
 sa'at engkau berseorangan.!!
         Dan engkau langsung
            tidak malu padaKu.

 Maka Aku tetap peringatkan:
          Jika engkau berdoa,
              Aku makbulkan.
        Jika engkau meminta,
                 Aku berikan.
       Jika engkau bertaubat,
 Aku bawa engkau kepadaKu

Sungguh ajaib, engkau wahai anak adam .. Ketika dilahirkan kau di Azankan, dan di Iqamat kan tanpa di sertai solat.. Dan bila kau mati engkau disolat kan tanpa didahulukan azan.

Sungguh ajaib bagi mu wahai
                Anak adam..
Ketika lahir tidak kau ketahui
siapa yang mengeluarkan mu
          dari tubuh ibumu,
        dan ketika kau mati
   tidak juga engkau ketahui
    siapa yang memasukkan
        engkau ke kubur mu.

    Sungguh ajaib perihalmu
                 Anak adam..
         Ketika kau dilahirkan
    ada yang menggosok dan
           membersihkan mu,
      dan setelah engkau mati
    ada juga yang menggosok
       dan membersihkan mu.

    Sungguh ajaib perihalmu
               Anak adam..
   Ketika lahir tidak kau tahu
    siapa yang gembira dan
tersenyum atas kelahiranmu,
         dan setelah ajalmu
     masih engkau tidak tahu
        siapa yang menangisi
     dan bersedih ke Atas mu.

    Ajaib sungguh perihalmu
                Anak adam..
Ketika engkau di perut ibumu
         Aku jadikan engkau,
 didalam tempat yang sempit
  lagi gelap, dan apabila mati
  dijadikan bagi engkau kubur
       yang sempit lagi gelap.

     Ajaib sungguh perihalmu
                 Anak adam..
 Lahirmu terus engkau dibalut
          dengan kain putih
         untok menutupi mu,
        mati mu juga engkau
dikafankan dengan kain putih
         untok menutupi mu.

    Ajaib sungguh perihalmu
                 Anak adam ..
        Apabila engkau lahir
        ditanyakan manusia  
                   mengenai
     syahadah dan perihalmu.

     Dan setelah engkau mati
  engkau ditanyakan malaikat
               tentang amal2
 engkau yang sholeh dan apa
      bekalmu untok akhirat?

 Paksakan untuk sebut di hati
       Dua kalimah Syahadah.
  Asyha' du an Lailahaillallah
     Muhammadar Rasulullah.

Bacakan Juga Surah Al Ikhlas
                  Bismillah.
      Qul hu'wallah hu' Ahad.
           Allah hu'ssomad.
     Lam yalid wa lam yuulad.
   Wa lam yaqullahu kufuwan
                      Ahad

Engkau sebarkan maka setiap orang yg membacanya sperti membaca sepertiga Al-Quran.ُ
 آمين يا الله * آمين يا رحمن * آمين يا رحيم..
               أَمِيْن يَا  رَبَّ العَالَمِينْ.
                                      َ
ِ       ஜ¤═══¤ ۩۞۩ ¤═══¤ஜ
 ٍِSemuga kita dapat menyibar
       luaskan kata kata yang
              bemanafaat ini.
   Agar ia akan jadi ilmu Amal
        Jariaah Bagi jawapan
       Di hadapan Allah Nanti..ْ

BERSYUKUR DENGAN APA KITA ADA

Sepasang pengantin baru yang sangat miskin tinggal di ladang yang kecil. Mereka ini masih muda.
Pada suatu hari si suami membuat cadangan berikut kepada isterinya.
“Sayang, saya akan meninggalkan rumah ini. Saya akan mengembara jauh, untuk mencari pekerjaan dan bekerja keras supaya dapat memberikan kamu kehidupan yang selesa yang selayaknya kamu dapat.  Saya tidak tahu berapa lama saya tinggal jauh dari kamu, cuma satu yang saya pinta, tunggu kepulangan saya, dan sepanjang kepergian saya, kamu harus setia kepada  saya, kerana saya akan setia kepada kamu.
Isterinya bersetuju, jadi pemuda itupun pergi. Dia jalan berhari-hari sehingga akhirnya dia bertemu dengan seorang peladang yang memerlukan pekerja. Pemuda itu menawarkan khidmatnya. Dia diterima. Oleh itu dia membincangkan syarat-syarat dengan majikannya.
“Saya akan bekerja selama mana yang saya mau dan apabila saya ingin pulang, tolong lepaskan saya daripada pekerjaan saya. Saya tidak mau menerima gaji saya. saya mau kamu simpankan itu untuk saya, sehingga pada hari saya akan pergi. Pada hari saya memutuskan untuk pulang, tolong berikan wang saya.”
Mereka sama-sama bersetuju. Jadi, pemuda itu bekerja selama dua puluh tahun tanpa  cuti dan tanpa rehat. Selepas dua puluh tahun, dia mendatangi majikannya dan berkata, “Tuan, saya mahukan wang saya, kerana saya ingin pulang.”
Majikan itu menjawab, “Baiklah, lagipun saya telah membuat perjanjian dengan kamu dan saya mematuhinya. Bagaimanapun, sebelum kamu pergi saya ingin menawarkan kepadamu sesuatu yang baru. Saya akan berikan semua wang kamu dan benarkan kamu pergi; atau saya berikan kamu tiga nasihat, tetapi kau tidak akan dapat wang itu. Sekarang, pergilah ke bilikmu dan fikirkan keputusanmu.”

Dia berfikir selama dua hari. Kemudian dia pergi berjumpa dengan majikannya dan berkata, “Saya mahukan tiga nasihat itu.”
Majikan itu menekankan semula, “Jika saya berikan kepadamu tiga nasihat, kamu kehilangan wangmu itu.”
Pemuda itu menjawab, “Saya mahu tiga nasihat itu.”

Kemudian majikan itu memberikan tiga nasihat:
1. Jangan mengambil jalan pintas dalam kehidupanmu, jalan pintas dan tidak diketahui boleh membahayakan nyawamu.
2. Jangan sekali-kali terlalu ingin tahu, kerana keingintahuan terhadap kejahatan boleh membunuh.
3. Jangan membuat keputusan ketika dalam kemarahan atau kesakitan, kerana  apabila kamu menyesal, itu sudah telambat.
Selepas memberikan tiga nasihat ini, majikan itu berkata kepadanya, “Di sini   ada tiga buku roti untukmu, dua untuk kau makan semasa dalam perjalanan dan yang terakhir adalah untuk kau makan bersama isterimu setelah kau sampai di rumah nanti.”
Jadi, pemuda itupun pergi, selepas dua puluh tahun jauh dari rumah dan isterinya  yang dia sangat cintai.
Selepas lima hari perjalanan, dia bertemu dengan seorang lelaki yang menyapa dia dan bertanya, “Ke mana kau pergi?”
Pemuda itu menjawab, “Ke suatu tempat kira-kira 20 hari perjalanan jika saya terus berjalan.
Orang itu berkata kepadanya, “Wahai pemuda, jalan itu sangat panjang! Saya tahu jalan pintas yang sangat selamat dan kau akan sampai dalam masa 5 hari sahaja.”
Pemuda itu mula ikut jalan yang dicadangkan, tetapi kemudian  dia teringat nasihat yang pertama. Lalu dia kembali mengikut jalan yang panjang. Beberapa hari kemudian dia ketahui bahawa jalan pintas itu membawa kepada serangan hendap.
Selepas beberapa hari perjalanan lagi, dia dapati rumah tumpangan di tepi jalan, di mana dia boleh berehat. Dia membayar sewa bilik dan setelah mandi dia baring untuk tidur. Pada malam itu dia terbangun kerana dia mendengar  jeritan yang menakutkan. Dia bangun dan pergi ke pintu untuk melihat apa yang berlaku. Ketika dia hendak membuka pintu, dia ingat nasihat yang kedua. Oleh itu dia kembali, baring dan tidur semula.
Esoknya, selepas sarapan, pemilik rumah tumpangan itu bertanya kepadanya sama ada dia tidak mendengar jeritan malam itu. Pemuda itu mengesahkan bahawa dia telah mendengar.
Kemudian tuan rumah itu berkata, “Kamu tidak ingin tahukah apa yang berlaku?”
Pemuda itu menjawab, “Tidak.”
Tuan rumah itu berkata, “Kamulah tetamu pertama yang meninggalkan rumah ini hidup-hidup. Jiran saya benar-benar gila. Dia biasanya menjerit pada waktu malam untuk menarik perhatian orang. Apabila tetamu keluar, dia membunuh mereka dan menguburkan mayat mereka di belakang rumah.”
Pemuda itu meneruskan perjalanannya, tak sabar-sabar sampai lebih awal.
Selepas beberapa hari dan malam berjalan, pemuda itu sangat penat, tetapi akhirnya dia nampak rumahnya  dari jauh. Waktu itu sudah malam. Ada cahaya dari tingkap dan dia nampak bayang-bayang isterinya. Tetapi dia lihat isterinya tidak bersendirian. Pemuda itu datang lebih dekat dan melihat ada seorang lelaki bersama isterinya. Dia memutuskan untuk menyerbu dan membunuh mereka berdua tanpa belas kasihan. Bagaimanapun, dia menarik nafas panjang dan mengingati nasihat yang ketiga. Lalu dia berhenti, dia memutuskan untuk tidur di luar pada malam itu. Dia tidur di semak, memutuskan untuk membuat keputusan esoknya.
Setelah pagi, dia lebih tenang dan dia berkata dalam hati,  “Saya tidak akan bunuh isteri saya dan kekasihnya. Saya akan kembali kepada majikan saya untuk meminta dia terima saya semula. Tetapi sepelum saya pergi, saya mau katakan kepada isteri saya bahawa  selama ini saya tetap setia kepadanya.”
Dia ke pintu dan mengetuk. Apabila isterinya membuka pintu dan mengenali dia, si isteri menangis dan memeluknya dengan perasaan yang gembira sekali. Suami itu cuba menolak isterinya tetapi tidak berdaya. Kemudian, dengan linangan air mata dia berkata kepada isterinya, “Saya tetap setia padamu tetapi   kamu menghianati  aku.
Isterinya terkejut, lalu dia menjawab, “Bagaiama saya menghianati kamu? Saya tidak pernah menghianati. Saya dengan sabat menanti  kamu selama dua puluh tahun.”

Kemudian si suami bertanya, “Bagaimana dengan lelaki yang kau usap-usapi semalam?”
Isterinya menjawab, “Lelaki itu adalah anakmu. Ketika kamu pergi, saya dapati saya sudah mengandung. Hari ini genaplah umurnya yang kedua puluh tahun.”
Setelah mendengarnya, si suami memohon ampun dari isterinya. Dia berjumpa dan memeluk anaknya. Kemudian dia menceritakan semua yang dia alami selama pemergiannya. Sementara itu, isterinya menyediakan minuman untuk mereka makan besama roti terakhir yang diberikan oleh majikan si suami. Selepas doa kesyukuran, dia  mematahkan roti itu. Di dalam roti itu dia melihat wangnya, semuanya. Bahkan, wang itu lebih daripada gaji yang sepatutnya dia terima bagi kerjanya yang dedikasi selama dua puluh tahun.
Kawan-kawan, begitula umpama Allah mengajar kita. Apabila dia meminta kita buat pengorbanan, dia ingin memberikan kita lebih banyak daripada apa yang kita berikan kepadaNya. Dia mau kita memiliki hikmatNya yang unik dan juga berkat ..


 "RENUNGAN BUAT KITA YG SEMAKIN TUA"

1. Sisα hίdυρ semakin pendek:
» yg boleh kita makan, makanlah;
» yg boleh kita pakai, pakailah;
» yg Ingin kita beli, belilah;
» kalau masih mampu memberi, berilah;
» masih mampu berbagi, berbagilah.

Kerana semua yg ada tidak boleh kita bawa ke kubur. Jangan khuatir dgn ahli waris, Allah yg akan mengatur rezeki selagi mereka berusaha.
Nikmatilah hίdυρ ini dgn pasangan kita selagi masih ada.

2. Sehari berlalu, umur berkurang sehari. Bila kita lewati hari ini dgn berbahagia, kita sangat beruntung, berbuat baiklah & selalu mengucap syukur, kerana kita tdk tahu bila kita akan dipanggil 'pergi'.

3. Waktu cepat berlalu, hidup itu sangat singkat dan susah. Dalam sekejap kita memasuki masa tua, itu PASTI !

4. Bila membandingkan ke atas, kita akan selalu merasa kurang; membandingkan ke bawah, kita merasa lebih; bila kita mampu merasa cukup dan mensyukuri apa yang kita punya, kita pasti bahagia.
Bersyukurlah dengan apa yg kita ada. Manfaatkan ia sebaiknya.

Friday 20 November 2015

MEMBINA JAMBATAN KEMAAFAN

Alkisah ada dua beradik yang hidup di sebuah desa. Entah kerana apa mereka terjerumus ke dalam suatu pertengkaran yang serius. Ini adalah pertama kali mereka bertengkar sedemikian hebat.
Padahal selama 40 tahun , mereka hidup harmoni bersama, saling meminjam peralatan pertanian dan bahu-membahu dalam usaha perdagangan tanpa sebarang masalah. Namun kerjasama yang akrab itu kini kian retak.!
Segala-galanya bermula hanya dengan silap faham yang kecil yang kemudiannya bertukar menjadi perbezaan pendapat yang besar. Akhirnya meledak dalam bentuk kata-mengata dan tuduh menuduh. Beberapa minggu sudah berlalu, mereka saling berdiam diri tidak bertegur sapa.
Suatu pagi, seseorang mengetuk rumah si abang. Di depan pintu berdiri seorang lelaki membawa kotak yang berisi perkakasan tukang kayu. “Maaf tuan, sebenarnya saya sedang mencari pekerjaan” , kata lelaki itu dengan ramah. “Barangkali tuan berkenan memberikan beberapa pekerjaan untuk saya selesaikan”.
“Oh ya! Memang ada. Kau nampak ladang pertanian di seberang sungai sana. Itu adalah rumah tetanggaku. ….Ah, sebenarnya dia adalah adikku. Minggu lalu, dia menggorek permatang dengan jentolak lalu airnya ke tengah padang rumput itu sehingga menjadi sungai yang memisahkan tanah kami.
“Hmm, barangkali ia melakukan itu untuk mempersendakanku, tapi aku akan membalasnya lebih setimpal. Di situ ada longgokan kayu. Aku ingin kau membuat pagar setinggi 10 meter untukku sehingga aku tidak perlu lagi melihat rumahnya. Pokok pangkalnya aku ingin melupakannya.
Kata tukang kayu, “ Saya faham. Belikan saya paku dan peralatan. Akan saya kerjakan sesuatu yang boleh membuat tuan berasa senang.”
Kemudian si abang pun pergilah ke kota untuk membeli keperluan tukang kayu tersebut. Setelah menyerahkan barang-barang seperti yang diperlukan kepada tukang kayu, si abang meninggalkan lelaki itu bekerja sendirian. Sepanjang hari tukang kayu bekerja keras mengukur, mengergaji dan memaku.
Pada senja harinya, ketika si abang petani itu kembali, tukang kayu baru sahaja menyelesaikan pekerjaannya. Terbelalak biji matanya melihat hasil pekerjaan tukang kayu itu. Sama sekali tidak ada pagar kayu sebagaimana yang dimintanya. Namun, yang ada adalah sebuah jambatan merentasi sungai yang menghubungkan ladang pertanian adiknya.
Jambatan itu begitu indah dengan tangga bertingkat-tingkat yang disusun rapi. Dari seberang sana, terliha si adik bergegas berjalan menaiki jambatan itu dengan kedua-dua tangannya terbuka lebar.
“Abangku, kau sungguh baik hati mahu membuatkan jambatan ini. Padahal sikap dan kata-kataku menyakitkan hatimu. Maafkan aku, abang,” kata si adik kepada abangnya.
Dua bersaudara itu pun bertemu di tengah-tengah jambatan saling berjabat tangan dan berpelukan. Melihat itu, tukang kayu pun mengemaskan peralatan bertukangnya dan bersiap-siap untuk pergi.

“ Hei, jangan pergi dulu. Tinggallah beberapa hari lagi. Kami mempunyai banyak pekerjaan untukmu,” pinta si abang. “Sesungguhnya saya ingin sekali tinggal di sini”, kata tukang kayu. “ Tetapi masih banyak jambatan lain yang harus saya selesaikan”.
"HIJRAH ke tempat lain untuk membuat KEBAIKAN dengan redha Allah". CCTV Allah sentiasa merakam segala perbuatan secara luaran atau dalaman (niat dalam hati) kita walau di mana kita berada.

Sunday 13 September 2015

Pesanan Hikmah


Sewaktu saya buat PhD dulu, saya ada amalkan beberapa surah dan doa yang sentiasa menjadi amaln saya sehingga sekarang. Saya ingin mengambil peluang di sini untuk share beberapa doa, surah dan wirid yang boleh dijadikan amalan kita sebagai seorang pelajar postgraduate. Semoga segala urusan kita diberkati dan dipermudahkan Allah swt. Insyallah! Amin.

1. Wirid untuk menjadi bijak pandai di dalam bidang kita.
Baca "Ya Rasyidu" sebanyak mungkin selepas solat
(yang bermaksud, wahai tuhan yang maha pandai)
Jika kita ingin menjadi orang yang bijak pandai, di samping kuat belajar dan menuntut ilmu pengetahuan dan mengembangkan bakat, elok lah kita bermohon kepada Allah swt dengan berulangkali berzikir kalimah di atas sebanyak mungkin.

2. Wirid untuk melihat apa yang dirahsiakan (e.g: segala kekusutan sewaktu buat PhD)
Baca "Alaa Ya'lamu Man Khalaq Wahuwal Lathiiful Khabiir"
(yang bermaksud, tidakkah dia mengetahui apa yg dia ciptakan sedangkan dia maha halus lagi maha mengetahui").
Baca lah 9 kali ketika hendak tidur dan beristiqamah dengannya, insyallah kita akan bermimpi dan melihat dalam tidur akan sesuatu yang dikehendakinya).

3.Wirid untuk mendapat ilmu dengan hikmah
Baca "Ya 'Aliimu Ilman Hikmah"

4. Doa mohon ditambah ilmu dan kefahaman
"Rabbi zidnii 'ilman warzuqni fahman"
(yang bermaksud, Ya tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu dan berilah aku kefahaman - pengertian yang baik dan fahaman).

5. Surah Al Alak (ayat 1-5) - anak kunci segala ilmu

6. Surah Al Hasyr (ayat 21 -24) - untuk melembutkan hati seseorang (mungkin boleh di baca sewaktu nak berjumpa supervisor atau nak mengahadapi examinar sewaktu viva).

7. Surah An Naml - ayat 30-31 (insyallah tak banyak soal sewaktu viva dan dipermudahkan)

8.Surah An Naml - ayat 15-19 (supaya kita dapat menguasai bidang kita dan menjadi pakar dalam bidang tersebut)

9. Surah Al Mulk - baca sebelum tidur dan berdoa apa yang kita impikan insyallah akan tercapai

10. Doa ketika kegelapan fikiral (mental block)
Bila buat PhD ni kadang2 kita selau rasa blank or blur kan, jadi amalkan doa di bawah ni, insyallah Allah akan memberi petunjuk kepada kita. Insyallah.
Baca "Ya Haadi, ihdinii"
(yang bermaksud, wahai tuhan yang memberi petunjuk, tunjuki aku...")
Sekian sahaja perkongsian saya buat hari ini. ada banyak lagi doa dan surah-surah yang boleh kita amalkan. Semoga kita semua mendapat manfaat dari setiap amalan kita. Insyallah.

Terima kasih semua.
DR.NAAR @ PhD Mosaic

Tuesday 1 September 2015

Wahai anakku

Utk para ibu2 tersyg...
Dari Prof Muhaya Salam semua..
Jom amalkan 10 tip utk yg nak jadi parent....dah jadi parent.... Yang Baru jadi parent semula.... Sama2 kite amalkan.... Terutama tip yg no 6 tu....
1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.
via : Prof. Dr. Muhaya

Monday 24 August 2015

MOUSE SCANNER LG LSM 150

https://www.youtube.com/watch?v=olEybJ-9Ok4

HUKUM SAPU ATAS STOKIN DALAM WUDHU'

Cara sapu

Hukum usap Khuuf

https://www.youtube.com/watch?v=EgjOxB6dhHQ

Soalan

Harap tuan dapat memberi penjelasan berhubung menyapu khuf mengikut sunnah dan syarat-syaratnya. Adakah stokin tebal dianggap khuf ataupun terhad kepada kasut kulit sahaja.

Jawapan

Dengan nama Allah yang maha pemurah dan maha penyayang, Segala puji baginya dan selawat dan salam atas junjungan besar s.a.w. wa ba'du;

Salah satu rukun wudhu' ialah membasuh kaki. Ini berdasarkan firman Allah dalam surah (al Maidah) ayat(6).

Ayat ini memberi erti bahawa orang yang mengambil wudhu' hendaklah membasuh kaki" mereka dengan air dan ia adalah hukum asal dalam masalah berwudhu'.

Menyapu khuf seperti yang bincangkan oleh ulama' adalah satu bentuk kelonggaran yang dibolehkan oleh syarak berdasarkan athar atau hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. yang menunjukkan bahawa baginda menyapu khuf menggantikan fardhu membasuh kaki.

Jumhor ulama' mengharuskan "sapu khuf" sebagai ganti kepada basuh kaki dalam wudhu', sesetengah pula mensyaratkan keadaan musafir dan ada golongan yang mengetatkan sehingga tidak mengharuskannya langsung.

Adakah Harus Sapu Atas Stokin?

Ulama' yang mengharuskan sapu pada khuf beselisih pendapat mengenai stokin. Mereka yang mengharuskan antaranya Mohd, Abu Yusuf(kedua-duanya merupakan murid kepada Abu Hanifah) dan Sufwan at Tahuri, bersandarkan kepada hadis yang di sahihkan oleh Termizi yang menyebut bahawa Nabi s.a.w menyapu atas stokin. Mereka juga menyamakan stokin dengan khuf dan mengkias hukum stokin dengan hukum khuf.

Mereka yang tidak mengharuskannya antaranya Syafe'i, Malik dan Abu Hanifah, menganggap hadis itu tidak sahih atau ia tidak sampai kepada mereka. Dan mereka juga menganggap bahawa isu sapu khuf adalah persoalan ibadah yang tidak boleh dikiaskan.

Al Qardhawi mentarjih pendapat pertama yang mengharuskan sapu pada stokin. Abu Hanifah dikatakan telah merujuk kepada pendapat muridnya dan mengharuskan sapu pada stokin dengan syarat tebal. Begitulah yang difatwakan dalam mazhab Hanafi.

Kata al Qardhawi;

" apabila sesaorang mengambil wudhu' dan memakai stokin dalam keadaan suci, kemudian terbatal wudhu'nya dan ia ingin memperbaharui wudhu'nya, ia boleh menyapu atas stokin selama 24 jam bagi muqim dan 3 hari tiga malam bagi musafir".

Cara, Tempoh Dan Syarat Menyapu Khuf

Jumhor mengatakan khuf wajib disapu dibahagian atas dengan sekurang-kurangnya tiga jari ditarik dari bawah keatas pergelangan kaki. Ulama' berselisih mengenai sapu dibahagian bawah, ada yang mengatakannya wajib dan ada yang sunat.

Malik tidak menghadkan tempoh bagi menyapu khuf. Selama sesaorang tidak memecatnya atau berjanabah ia boleh menyapu khuf. Abu Hanifah dan Syafe'i menetapkan tempoh tiga hari bagi musafir dan satu hari bagi muqim bersandarkan hadis Ali dan Hadis Safwan.

Tentang syarat menyapu khuf ulama' bersepakat bahawa kaki sebelum memakai khuf hendaklah dalam keadaan suci berwudhu'.

Saturday 22 August 2015

SUSU IBU vs SUSU LEMBU

SYUKUR SELALU

Alhamdulillah a’la kulli haal. Saya bersyukur kepada Allah Azza wajalla kerana berada di kalangan rakyat Malaysia yang peka dan sentiasa berusaha  memartabatkan fakta dan kebaikan. Indahnya apabila kita tetap mencintai kesatuan meskipun diterjah pelbagai pemikiran. Syukuri persamaan. Raikan perbezaan.

SEDIAKAN HATI

Berbeza pendapat itu biasa. Berpecah itu binasa. Firman Allah SWT bermaksud: “ Kalau Allah mengkehendaki, nescaya kamu dijadikan-Nya satu umat (sahaja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap kurnia yang diberikan-Nya kepadamu. Maka, berlumba-lumbalah membuat kebajikan. Hanya kepada Allah kamu semua kembali. Lalu, diberitahukan-Nya kepadamu terhadap apa yang dahulu kamu perselisihkan.” (Surah al-Maidah: 48).
Berbincang dan bertukar-tukar pandangan dengan penuh hormat adalah satu episod hidup yang indah. Tanpanya, hidup akan hambar. Pesan Nabi yang penuh akhlak bersaudara, “Barangsiapa mengkafirkan seorang atau ia panggil, “Hai, musuh Allah.” Padahal tidak ia begitu, melainkan kembalilah (panggilannya) itu kepadanya sendiri. (Hadis Riwayat Muslim). Moga Allah jauhkan kita daripada akhlak cepat melabel . Moga Allah mengurniakan rahmat-Nya untuk kita melangkah ke syurga Firdaus tertinggi bersama-sama. Aamiiin.

PENJELASAN  
              
Biasa terjadi dalam ayat sesempurna al-Quran sendiri, bila mana ayat yang sama, tapi difahami dengan maksud berbeza oleh oran g yang berbeza dengan pemikirannya yang berbeza. Apatah lagi ayat-ayat yang datang daripada manusia yang tidak sempurna seperti saya, kadangkala ia difahami dengan maksud yang tidak seperti yang saya maksudkan. Moga taaruf dan baik sangka akan menjernihkan suasana.
Berikut saya perjelaskan pendapat saya yang boleh diterima atau ditolak. Saya sedar, saya tidak maksum. Berpotensi untuk betul atau salah. Saling bermaafan, satu kesembuhan.

1     Jelas Isunya Dahulu

Susu lembu baik untuk keperluan harian kita. Kita memang sangat memerlukan susu lembu dan menghargainya. Tiada siapa nafikan ia memang ‘baik’ untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Islam memang anjurkan memilih makanan yang baik-baik seperti ini. Itu bukan isunya.
Isunya sekarang ialah susu lembu atau susu formula pada bayi. Menurut kajian yang diakui merata dunia, susu lembu bukanlah makanan yang ‘terbaik’ untuk bayi terutamanya yang berusia bawah 6 bulan dan diteruskan hingga usianya 2 tahun.

2     Susu Ibu dengan Susu Lembu, Samakah?

Ramai yang menganggap semua susu adalah sama. Menurut Rita Rahayu Omar, dalam bukunya Hebatnya Susu Ibu, (sebuah buku yang dihadiahkan oleh seorang doktor pakar, penganjur Sambutan Hari Susu Ibu Sedunia peringkat sebuah negeri), semua haiwan mamalia menghasilkan susu dan semua anak mamalia menyusu. Manusia tergolong dalam kumpulan mamalia.

Setiap haiwan menghasilkan susu unik sesuai keperluan anaknya. Contohnya, ikan paus menghasilkan susu berlemak tinggi kerana anak ikan paus memerlukannya di air sejuk.

Anak manusia perlukan nutrien untuk membantu perkembangan otak. Susu ibu mampu menyediakan keperluan ini.

Susu lembu pula, ia mengandungi kandungan asas nutrisi seperti lemak, protein, karbohidrat, vitamin dan mineral. Namun, ia terlalu jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan keajaiban khasiat susu ibu untuk bayi manusia. Hanya susu ibu yang lebih dekat dengan keperluan bayi manusia.

Beza yang Terlalu Ketara Bagai Bumi dengan Musytari.

Sejauh manakah perbezaan susu ibu dengan susu lembu untuk bayi ini? Allahu akbar, jauh bandingannya. Nilailah sendiri dengan jadual[1] ini. (Tolong jangan langkau membaca  jadual ini kerana ada banyak bukti kebesaran Allah di dalamnya. Jom, baca setiap poinnya sambil bertasbih, Subhanallah).

NUTRIEN
SUSU IBU
SUSU FORMULA
Lemak
  • Kaya dengan pembina otak 3 iaitu DHA dan AA.
  • Susu ini boleh automatik menyesuaikan diri dengan keperluan bayi. (Bagaimana? Lihat di bawah)
  • Dalam cuaca panas, susu ibu mengandungi banyak air. Dalam cuaca sejuk, susu ibu mengandungi lebih banyak lemak. (Subhanallah).
  • Kandungan lemak berkurangan apabila bayi meningkat usia.
  • Kaya kolestrol.
  • Hampir mudah diserap.
  • Mengandungi enzim lemak-pencernaan, lipase.

  • Mengandungi DHA yang bukan semula jadi.
  • Tidak sesuai dengan keperluan bayi.
  • Tiada kolestrol.
  • Sukar diserap.
  • Tiada lipase.
Protein
  • Lembut. Dadih susunya mudah dihadam.
  • Kandungannya lebih tinggi di kalangan ibu yang melahirkan bayi pramatang.
  • Lactoferrin untuk kesihatan usus.
  • Lysozyme, antimicrobial.
  • Kaya dengan komponen protein pembina otak dan tubuh.
  • Kaya dengan faktor pertumbuhan.
  • Mengandungi protein pencetus tidur.
  • Dadih kasien yang sukar dihadam.
  • Tidak sepenuhnya diserap. Menyebabkan pembaziran.
  • Tiada atau hanya sedikit lactoferrin.
  • Tiada lysozyme.
  • Kurang protein pembina otak dan tubuh.
  • Kurang faktor pertumbuhan.
  • Tidak mengandungi banyak protein pencetus tidur.
Karbohidrat
  • Kaya laktosa.
  • Kaya inoligosaccharides yang menggalakkan kesihatan usus.
  • Tiada laktosa di dalam sesetengah jenis susu formula.
  • Kurang oligosaccharide.
Penggalak sistem imun
  • Setitis susu ibu mengandungi lebih satu juta sel darah putih. Ia berfungsi memakan kuman.
  • Kaya dengan immunoglobulin.
  • Tiada sel darah putih atau jenis sel yang lain. Makanan ‘mati’ mempunyai kurang kebaikan immunological.
  • Sedikit immunoglobulin.
Vitamin dan Mineral
  • Lebih mudah diserap terutamanya zat besi, zink dan kalsium.
  • Zat besi mampu diserap antara 50-75%.
  • Mengandungi lebih selenium (sejenis antioksidan).
  • Tidak boleh diserap dengan mudah.
  • Zat besi diserap 5-10%.
  • Kurang selenium.
Enzim, hormon dan modulator pertumbuhan
  • Kaya dengan enzim penghadaman seperti lipase dan amylase.
  • Kaya dengan banyak hormon: tiroid, prolaktin, oksitosin dan lebih daripada 15 jenis.
  • Berbeza mengikut diet ibu.
  • Membantu pelbagai sel berkembang.
  • Rasa susu bergantung kepada apa yang ibu makan.
  • Pemprosesan susu formula membunuh enzim pencernaan.
  • Pemproesan membunuh hormon.
  • Rasanya sama.
Gula
  • Jenis gula yang mewujudkan keasidan dalam salur usus bayi agar bakteria jahat tidak membiak.
  • Separuh daripada susu ibu.
Kos
  • Sekitar RM600 setahun untuk makanan tambahan ibu.
  • Kira-kira RM50 sebulan.

  • RM1980 setahun.
  • Dianggarkan bayi memerlukan 22kg susu formula untuk enam bulan pertama.
  • RM2640 setahun untuk susu formula hypoallergenic.
  • Kos untuk botol susu dan seumpamanya.



  •  (Banyak lagi...)


  •  

Jelas, susu ibu adalah pilihan yang terbaik untuk bayi. Islam memang menggalakkan kita memilih makanan yang baik-baik. Susu lembu, kambing, unta dan seumpamanya baik untuk kita yang dewasa ni, maka minumlah. 

Susu formula 'kurang baik' untuk bayi, usahlah dipilih. Antara hikmahnya, ia akan membentuk satu keperibadian yang suka pada perkara baik-baik. Bahkan Nabi kita Muhammad SAW menyediakan minda kita dalam satu hadis sahih, jika kamu minta syurga mintalah syurga Firdaus. Nabi mahukan umatnya yang moderat ini sentiasa jadi 'the best ummah'. Sentiasa pilih yang terbaik!

Susu formula yang diberikan kepada bayi, yang unsurnya tidak sama dengan susu ibu, mungkinkah natijahnya sama atau berbeza kepada si bayi? Wujudkah kesannya  pada kesihatan? Yes, wujud! Kesannya pada karakter? Tiada kesan langsung? Benarkah? 

Apapun pandangan, kasihanilah si bayi. Dia perlukan makanan yang baik. Dia tidak mampu menyuarakan sendiri keperluannya itu. Siapakah yang sudi mewakili suara hatinya?

Prof. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi menyebut dalam bukunya Fiqh al-Siyam, “Manusia, sebagaimana sering dipersepsi banyak orang, memiliki tabiat ganda. Ada unsur tanah. Ada pula unsur ruh Ilahi yang ditiupkan Allah padanya. Satu unsur menyeret manusia ke bawah. Unsur yang lain mengangkatnya ke atas. Jika unsur tanah dominan, ia akan turun ke darjat binatang atau bahkan lebih rendah daripadanya. Sebaliknya, apabila ruh Ilahi yang menguasai, ia akan melambung tinggi ke darjat malaikat.” (Fiqh al-Siyam, Dr. Yusuf al-Qaradhawi. Terjemahan: Ma’ruf Abdul Jalil, Wahid Ahmadi, Jasimin. Penerbit: Era Intermedia).  

Moga unsur tanah atau binatang tidak dominan dalam diri kita apabila kita sentiasa memilih apa yang ‘baik’ di sisi Syariat bahkan yang 'terbaik'. Memilih amalan baik. Makan benda baik. Berkata-kata yang baik. Berakhlak baik. Memilih susu ibu, susu terbaik untuk anak kita. Sesuatu yang ‘baik’ di sisi Syariat selalunya tidak bercanggah dengan akal sihat. Akal atau Sains juga akan tunduk mengakui kebaikannya.

4    Apa yang dimakan ada kesan pada karakter seseorang?

Itulah yang disampaikan oleh murabbi ummah Dato’ Abu Hassan Din al-Hafiz berkenaan susu lembu ada pengaruhnya pada karakter anak. Beliau menyampaikan ilmu itu dalam satu rancangan Tafsir al-Quran bersama kanak-kanak di kaca TV. 

Begitu juga apa yang disampaikan oleh guru yang saya segani, Ustazah Asni Mansor kepada saya sendiri sebelum penggambaran Fiqh Wanita episod Susu Yang Berkat itu dijalankan. Beliau juga menyampaikan mesej ini melalui skrip peserta Adik-Adikku dalam satu rancangan terbitan JAKIM untuk RTM. 

Lalu saya membuat bacaan lanjut.  Saya mendapati, pekanya Islam untuk menjadikan kita umat terbaik, Islam selalu menganjurkan kita memilih yang baik-baik. Makanan yang baik. Hati yang baik. Akhlak yang baik. 

Firman Allah SWT, “Mereka bertanya kepadamu (Muhammad), “Apakah yang dihalalkan bagi mereka?” Katakanlah, “Yang dihalalkan bagimu (adalah makanan) yang baik-baik.” (Surah al-Maidah: 4).

Saya menyetujui pandangan guru-guru masyarakat bertauliah itu kerana antara hikmah yang saya percaya, tatkala kita memilih makanan yang baik ia memberi kesan kepada kesihatan dan keperibadian yang baik. Tidak  dinafikan, guru-guru kita mungkin betul atau salah. Kembalilah kita memohon petunjuk kepada Allah al-Alim al-Hakim.

Antara tujuan Syariah menjaga akal dan nyawa manusia. Lihat firman Allah SWT dalam Surah al-Maidah, ayat 91. “Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) arak…..” Ayat ini jelas menunjukkan minum perkara haram seperti arak memberi kesan kepada karekter. Ya, susu formula bukan haram layaknya arak. Ia halal lagi bermanfaat. Namun, jika ia boleh mendatangkan kesan kurang baik pada kesihatan bayi berbanding susu ibu, tidak kah ia ada kesan juga pada karakter?

Di Eropah, kita boleh luaskan bacaan pada buku seperti ‘You are What You Eat,’ karya Dr. Gillian McKeith. Ada pengaruhnya kepada depresi dan 'sleeping disoder.' Moga ada pandangan-pandangan membuka minda yang boleh kita sama-sama fikirkan agar sentiasa memilih makanan yang terbaik. 

Jika ada pihak menolak bahawa makanan yang baik ada kesannya kepada keperibadian yang baik, itu hak mereka. Jika ada pihak sukar menerima pendapat bahawa makanan yang kurang baik, ada kesannya kepada keperibadian, itu juga hak mereka. Saya hormati. Buat masa ini, pendapat saya berkenaan hal itu belum berubah sehinggalah saya dibentangkan hujah yang lebih meyakinkan.

Pentingnya Sokongan Suami

Isteri yang mendapat sokongan suami, proses penyusuan menjadi lebih efektif. Tanpa beban emosi dengan karenah suami, dia tentu akan lebih gembira. Lalu, lebih sihat untuk menyusui anaknya.  Pengaruh kegembiraan terhadap kesihatan ini dinyatakan oleh Norman Vincent Peale, (Arnold Fox, M.D. dan Barry Fox, Ph. D) dalam bukunya The Miracle of Positive Thinking, “The human mind and body are one and the same, different aspects of the same whole-you. Unhappy thoughts are invariably reflected as diseases of the body. But happy thoughts encourage a healthy body. That is basic law.”
Disebabkan ‘basic law’ ini, saya mengambil kesempatan mengingatkan insan yang paling dekat dalam kehidupan isteri agar memberi sokongan bukan mencari yang lain.

Salah Satu Kebarangkalian Bukan Satu-satunya

Pakar-pakar laktasi yang saya hormati ti mengakui susu ibu memberikan antiobodi dan imunisasi tambahan kepada bayi dan menyebabkan bayi tersebut kurang mendapat penyakit berjangkit, alahan dan sebagainya. Tiada fakta yang bercanggah di sini.
Saya pula tidak menyatakan ‘satu-satunya’ faktor bayi menjadi lumpuh ialah kerana tidak mendapat susu ibu. Ia cuma salah satu bukan ‘satu satunya’ kemungkinan. Kemungkinan itu meskipun kecil, kebarangkaliannya tetap ada. Ada yang bercanggah?

Saya juga tidak menafikan wujudnya pelbagai faktor lain seperti penyakit berjangkit seperti polio akibat tidak mendapatkan suntikan vaksinasi polio dan sebagainya. (Belum lagi sebut isu vaksin. Saya penyokong vaksin dan mengenali ramai ibu-ibu anti vaksin. Insya Allah, ini perbincangan di sesi lain).

Jika difahami dengan fikiran positif, saya tidak nampak ada percanggahan saya dengan pakar laktasi dalam isu nombor 6 ini. Cuma kekangan masa program yang cuma berdurasi setengah jam mengekang saya daripada memberikan maklumat terperinci. Saya terpaksa memberikan satu atau dua contoh mudah sahaja.

Lagipun, saya difahamkan program ini mesti santai, perbincangan tidak terlalu berat dan target sasaran utama adalah menarik remaja dan orang muda. Maafkan saya jika ada di kalangan pihak tertentu mahukan ia mesti diterangkan secara terperinci. Saya tidak mampu menjadikan ‘input’ dalam program setengah jam ini setanding dengan kursus laktasi yang memerlukan masa sehari suntuk.

Analogi Nasi dan Air

Saya menyebut kedua-dua belah susu ‘macam’ nasi dan air secara ‘analogi’ bukan merujuk kandungannya. Tapi telah difahami secara ‘hakikat’. Saya sedia maklum bahawa kedua dua belah payudara ibu menghasilkan kandungan air, lemak, laktosa, protein dan mineral yang mencukupi untuk keperluan bayi mengikut usia. Bukannya menghasilkan nasi. (Lucu pula).

Apa yang saya maksudkan daripada ‘analogi’ itu bahawa kedua-duanya saling melengkapi bagi memenuhi keperluan bayi. Iaitu ibu digalakkan menggunakan ‘kedua-dua’ belah payudara agar bayi mendapat keperluan secukupnya. Gunakan bukan salah satu sahaja. ‘Bagaikan’ nasi yang tidak lengkap tanpa air, mesti cuba kedua duanya dahulu. Bagi ibu yang hanya memiliki sebelah payudara sahaja, (mungkin kerana kanser dan sebagainya), jangan risau kerana khasiat kedua-dua belah payu dara sama sahaja.
           
Ada percanggahan fakta?

Bila Bayi Menggigit

Jika ibu menyusukan merasa sakit, ada banyak kemungkinan. Saya memaksudkan memerhati faktor dalaman dulu. Iaitu diri ibu itu sendiri. Seimbangkah pemakanan dan airnya? Tiada sedikitpun pernyataan yang menafikan adanya faktor luaran yang lain. 

Bayi menggigit juga banyak kemungkinan termasuk mungkin ingin meluahkan kekecewaan. Dengan masa yang singkat dan tema program yang ingin santai santai, saya menyebutkan beberapa kemungkinan sahaja. Iaitu berkenaan pemakanan ibu yang tidak teratur.

Adakah kemungkinan-kemungkinan ini bercanggag dengan fakta dan langsung tidak mempengaruhi kelancaran susu ibu? Realitinya, masalah ini biasa dialami ibu-ibu termasuk yang pernah dialami oleh Halimah as Saadiyah. Bagaimana perjalanan sukar Halimah ke Makkah yang ditemani tangisan bayinya yang kehausan susu? (Rujuk Qasasul Anbiya’, Ibnu Katsir).
      
Saya tidak sesekali menafikan ada beberapa faktor dan sebab yang lain seperti pelekapan mulut bayi tidak betul, tongu tie, jangkitan kulat candidiasis dan ia mungkin merebak ke payudara ibu dan lain lain. Ia memerlukan perbincangan yang panjang  sedangkan tetamu saya adalah pelajar belum berkahwin.
   

Penyusuan Anak Angkat

Saya sangat menyarankan mereka yang ingin menyusukan anak angkat supaya bersedia lebih awal, mengikuti program berkala, mendapatkan kumpulan sokongan, mengambil semua alat bantu seperti hormon dan ubatan. Rangsangan bayi sangat diperlukan yang boleh didapati melalui sentuhan dan hisapan payudara daripada anak itu. 

Apa yang sempat saya ceritakan ada kes istimewa melalui pengalaman kawan saya seorang pelajar Ph.D berkaitan penyusuan anak angkat. Beliau bercerita,  ada ibu angkat yang berjauhan dengan bayi angkatnya (dengan rangsangan jauh, tanpa rangsangan dekat), juga mampu memerah titisan susu untuk bayinya. Saya memaksudkan betapa berkuasanya rangsangan ibu anak, meskipun berjauhan. Saya tidak memaksudkan ibu anak tidak perlukan rangsangan dekat. Saya juga tidak pernah sesekali memaksudkan semua alat bantu itu sebagai tidak perlu.

Susu formula bukan Pengganti Susu Ibu.

Saya menganggap susu formula seperti ‘rukhsah’. Susu ibu adalah ‘azimah’. ‘Rukhsah’ tidak diambil kecuali dalam keadaan memerlukan atau terdesak.  Bila saya menyebut dengan istilah ‘rukhsah’, itu menunjukkan saya tidak memaksudkan ia menjadi pengganti kepada susu ibu.

Saya bersetuju dengan World Health Organization (WHO) (17 Julai 2013) yang mengatakan pemberian susu formula sebagai follow up formula adalah TIDAK perlu dan tidak sesuai dijadikan pengganti kepada susu ibu setelah bayi berusia 6 bulan ke atas.

Saya mengatakan selepas bayi berusia 6 bulan, ‘rukhsah’ susu formula ini mungkin boleh diambil kerana pernah mengalami dan melihat sendiri realiti ibu-ibu berkerjaya yang kadangkala sakit dan stress hingga tidak sempat memerah susunya.

Saya mengingatkan, sekali kita membeli susu formula, motivasi untuk menyusu dengan susu ibu, akan menurun. Sekali lagi, ia bukan ‘pengganti’, cuma rukhsah. Apapun, saya yakin, pilihan yang paling baik sebenarnya ialah tetap meneruskan penyusuan susu ibu, bukan susu formula, sehingga bayi berusia 2 tahun. Seterusnya pilihan yang ada ialah susu perahan, susu ibu susuan dan di tangga terakhir barulah susu formula. Pandangan saya berkenaan susu formula boleh dijadikan makanan tambahan untuk kalsium (bukan pengganti susu ibu), mungkin boleh diterima dan ditolak.


Bila ditanya, jika terpaksa juga memilih susu formula, maka saran saya pilihlah susu formula yang mengandungi DHA dan AA yang tinggi, sebagai pembina otak. Hakikatnya, DHA dan AA hanya kaya dalam susu ibu. Susu formula itu, meskipun harganya mahal, khasiatnya tetap tidak dapat menandingi susu ibu. Tiada satupun saran saya agar selepas bayi berusia 6 bulan, jadikanlah susu formula sebagai ‘pengganti’ susu ibu. Saya memaksudkannya dalam kondisi ‘rukhsah’ atau terpaksa, misalnya ketika si ibu tidak sempat menyusu (mungkin kerana berkerjaya), kehabisan stok susu perahan, tiada kenalan ibu susuan dan yang ada dalam pilihannya cumalah susu formula.

Dengan ‘rukhsah’ ini, walaupun ibu tidak dapat memberikan susu ibu sepenuhnya dan terpaksa mencampurinya dengan susu formula, ia tetap satu usaha yang patut dipuji. Sebab dia sudah berjuang awalnya.

Susu Ibu, Cecair Berharga

Islam tidak mengambil berat tentang sesuatu selain pasti mengandung hikmah. Kerana akal kita terbatas, ada hikmah yang diketahui. Ada pula yang tidak. Kita yakin, Allah tidak pernah mensyariatkan suatu hukum yang sia-sia. Susu ibu disebut dalam al-Quran sudah tentu ada hikmahnya.

Saya selalu terpegun tatkala membaca kisah hari-hari kecil Nabi Muhammad SAW. Ibu baginda berusaha mencarikan ibu susuan terbaik. Demi cecair emas itu, ibu-ibu Makkah sanggup berpisah sementara dengan si jantung hati. Allah!

Harum nama Halimah Saadiah yang rela menyusui si yatim tak berharta. Bukan senang dia menempuh perjalanan ke Makkah. Bayinya sendiri sering menangis kelaparan kerana si ibu kekurangan susu. Apabila mendapat makanan dan minuman di Makkah, susunya bengkak semula. Ditambah lagi mendapat seorang bayi barakah. Makinlah susunya bak hujan mencurah.

Kisah ini diangkat dalam lipatan sejarah. Nabi SAW bahkan berbangga pernah disusui di perkampungan Bani Saad. Dari situlah, baginda terlatih dengan kefasihan lidah dan kemahiran komunikasi berkesan. Ibu yang rasa kekurangan susu, jangan risau. Belajar daripada Halimah. Kembali kepada pemakanan sihat dan minum air banyak-banyak. Insya Allah, susu akan lancar semula. (Saya ulang, golongan majoriti inilah target sasaran saya).

Bukan itu sahaja, Islam banyak mengangkat kisah-kisah penyusuan insan-insan VIP. Kisah Hajar menyusui Ismail. Kisah Nabi Musa tidak mahu disusui oleh wanita-wanita lain kecuali ibunya. Kisah Maryam menyusui Isa. Apa yang kita boleh belajar?  Islam mempersiapkan insan-insan yang hebat ini dengan permulaan yang hebat. Susu ibu!

Saya mengangkat kisah-kisah ini supaya kita sentiasa meningkatkan motivasi untuk memberikan yang terbaik buat generasi kita.

BUAT DIRIKU DAN PARA IBU SEANGKATAN

Saya percaya ibu-ibu yang saya muliakan semuanya mahu memberikan yang terbaik untuk anak mereka dengan penyusuan eksklusif selama 6 bulan pertama, seterusnya sehingga anak berusia 2 tahun. Kita juga perlu menghormati kalangan 2-6% wanita di dunia yang tidak dapat menghasilkan susu ibu secara total atau mencukupi. 

Namun, realitinya prosesnya tidak semudah yang disangkakan. Sebagai anggota masyarakat kita perlu memahami. Sebagai ibu yang mengalami, Allah menilai setiap perjuangan kita yang tidak terlihat di mata manusia. Bukan penghargaan manusia yang kita damba tapi pandangan Dia yang Maha Mengetahui yang zahir dan tersembunyi.

Majoriti ibu-ibu yang memang diciptakan ‘berpotensi’ menyusukan bayinya, perlu dibangunkan motivasi dan kesedarannya untuk terus memilih ‘susu ibu’ bukan ‘susu formula’. (Bagusnya kalau saya ada kajian tentang sejauh mana larisnya susu formula untuk bayi berusia 6 bulan ke bawah di Malaysia untuk melihat sejauh mana kesedaran susu ibu ini sudah tersebar). 

Buat para ibu yang disayangi, usah cepat mengalah dan usah cepat menghukum diri sebagai tidak mampu menyusukan bayi kerana hanya sejumlah kecil sahaja wanita yang diuji Allah benar-benar tidak mampu. 2-6% sahaja. Saya penyokong susu ibu dan mengenali ramai di lapangan ibu-ibu muda yang tidak bermotivasi untuk menyusukan bayinya dan golongan inilah yang menjadi target sasaran dalam rancangan setengah jam ini. Saya sangat menyarankan mereka mengikuti kursus-kursus laktasi bahkan saya antara peminat kursus laktasi.

PENUTUP

Dengan penjelasan ini, apa kata kita menonton episod Susu yang Berkat sekali lagi dengan fikiran positif? Fikiran yang tidak menghukum dan merendahkan sesiapa. Saling menyokong dan mendoakan sentiasa. 

Dengan masa yang terbatas, dan jadual ‘shooting’ Fiqh Wanita yang padat (sehari, ada 3 episod, melibatkan komitmen awal pagi hingga lewat petang), saya akui saya tidak mampu menjelaskan semuanya secara terperinci. Ringan dan santai sahaja. Saya pernah suarakan kepada pihak penerbit ketika penggambaran supaya banyakkan lagi menjemput bukan sekadar pelajar, tapi yang pakar. Namun, saya berusaha memahami target mereka, ringan dan santai. Apakan daya saya?

Cuba duduk di tempat saya dan bayangkan anda perlu menerangkan segala maklumat panjang lebar ini dalam suasana santai berdurasi 30 minit tidak campur iklan, sms dan sebagainya. Inipun, ada banyak soalan lagi yang tidak dilampirkan di sini. Boleh dapatkan jawapan terperinci dalam buku Ustazah, Nak Tanya Sikit.

Saya juga selamanya tidak akan mampu memenuhi kepuasan semua orang. Langkah dakwah yang saya pilih ini sememangnya tidak maju dipuji, tidak mundur dek keji, tapi kan tetap melangkah memburu janji Ilahi. Mana-mana nasihat yang baik, saya terima dan hargai. Everyday is upgrading day. 

Saya mohon maaf zahir batin andai masih ada yang salah di mata sesiapa. Saya akui, saya cuma manusia biasa. Berpotensi untuk betul atau salah bila-bila masa sahaja. Ambillah mana yang baik. Ia datang dari Allah. Mana yang buruk, tapislah dan timbanglah baru dibuang. Yang buruk itu datang dari kelemahan diri saya sendiri. Hakikat kedua-duanya berlaku, semuanya dengan izin Allah jua. Saya juga seperti kalian, mencintai kefahaman yang betul. Moga Allah akan serlahkannya tidak kira di pihak manapun ia berada. 

Akhir kata, izinkan saya menemui bayi saya. Dia perlukan susuan. Dia rindukan pelukan. Saya ingin damai di sampingnya sambil menghiburkan diri dengan sabda Nabi SAW, “Seorang mukmin yang bergaul dengan masyarakat dan sabar dengan kepedihan dan kepayahan yang ditimbulkan oleh masyarakatnya, adalah lebih besar ganjarannya daripada mukmin yang tidak bergaul dengan masyarakat dan tidak sabar atas kepedihan, kepayahan, dan kejahatan masyarakatnya.” (Direkod oleh al-Bukhari, al-Tirmizi dan Ahmad, hadis sahih). (Jangan salah faham pula sabda Nabi ni ye. Tak perlu ada sesiapa yang tiba tiba terasa dilabel jika kita yakin kita tidak begitu. Allah berada dalam sangkaan hamba-Nya. Fikir positif dan senyum selalu).

Apa yang penting, semoga para ibu berjuang habis-habisan untuk pastikan anak kita mendapat susu ibu. Moga kita beramal. Insya Allah.

JOM SAMA-SAMA DOA

 “Ya Allah ampunilah kesalahanku, kebodohanku, berlebihanku dalam urusanku dan apapun yang Engkau lebih tahu dariku. Ya Allah ampunilah kesungguhanku, gurau sendaku, ketidak sengajaanku dan kesengajaanku kerana semua itu ada padaku. Ya Allah ampunilah aku tentang apa yang aku dahulukan (persembahkan) dan aku akhirkan. Tentang apa yang aku sembunyikan dan aku nampakkan dan tentang apa yang Engkau lebih mengetahuinya dariku. Engkau yang mendahulu dan yang mengakhiri. Engkau maha Kuasa atas segala sesuatu.” (Diriwayatkan di dalam Sahih Bukhari Muslim dari Abu Musa al-Asyari r.a. Doa ini dipetik oleh Imam al-Nawawi dalam al-Azkar).

              Wassalam.
Al-Faqirah ila afwi Rabbiha,