Pages

Monday 8 August 2016

PERSIDANGAN KURIKULUM MASA DEPAN 2016

Seiring dengan era globalisasi dan dunia tanpa sempadan, pendidikan merupakan penyumbang utama dalam pembangunan modal insan dan ekonomi sesebuah negara. Pembangunan kurikulum perlu diselaraskan dengan perkembangan teknologi masa kini. Ini bagi memastikan kualiti pendidikan yang ditawarkan dapat melengkapkan generasi muda masa kini dengan kemahiran yang diperlukan untuk bersaing dalam pasaran kerja dan menjadi pengupaya perkembangan ekonomi keseluruhannya (Pelan Transformasi Pendidikan 2013-2025). Sehubungan itu, pembentukan kurikulum pada masa depan perlu seiring dengan usaha mentransformasikan sistem pendidikan negara. Ini diperlukan bagi memperlengkapkan setiap murid dengan segala kemahiran baharu dalam merebut peluang dan menangani cabaran abad ke-21. Kurikulum yang direncanakan seharusnya berupaya melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, mampu berfikir secara kritis dan kreatif, mempunyai kemahiran kepimpinan yang mantap serta berupaya berkomunikasi dengan berkesan diperingkat global. 

Perkembangan kurikulum serta teknologi dalam pelbagai bidang pendidikan di Malaysia, sewajarnya dapat menggalakkan jaringan akademik dan sosial antara pendukung kurikulum. Perkongsian ilmu serta inovasi dalam bidang kurikulum dan teknologi pengajaran adalah pemangkin kepada perhubungan yang lebih erat di antara institusi – institusi pendidikan yang terdapat di Malaysia. Jalinan yang dibina adalah dalam bentuk perkongsian kepakaran, pertukaran pengalaman serta tenaga kerja, peningkatan bilangan penerbitan serta penyelidikan yang dihasilkan, di samping pelaksanaan program bersifat akademik. Sehubungan itu, perkembangan profesionalisme turut dapat dipertingkatkan selaras dengan visi ahli - ahli akademik yang bertanggungjawab penuh untuk membentuk perwatakan masyarakat yang baik serta meningkatkan mutu serta kualiti pendidikan di institusi-institusi pendidikan masing-masing. Justeru, persidangan ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran para ilmuan dan warga pendidik terhadap keupayaan kurikulum pendidikan dalam pembentukan generasi mampan.







TEMA
Tema persidangan ialah ”Kurikulum Masa Depan: Merealisasikan Pendidikan Berkualiti”
SUBTEMA
Skop persidangan ini memberi fokus kepada usaha memperkasakan Kurikulum Standard Masa Kini ke arah keberhasilan Kurikulum Masa Depan. Berdasarkan skop persidangan ini, topik - topik perbincangan bagi Persidangan KMaD2016 adalah termasuk dalam bidang kurikulum Masa Depann yang berikut:-
  • Pendidikan Seni
  • Pendidikan Sepanjang Hayat
  • Kurikulum, Penyelidikan dan Perkembangan
  • Pendidikan Awal Kanak-Kanak
  • Pendidikan Orang Dewasa
  • Pendidikan Kaunselor
  • Pendidikan Jarak Jauh
  • Pendidikan Khas
  • Asas Pendidikan dan Falsafah
  • Psikologi Pendidikan
  • Pendidikan Teknologi
  • Polisi dan Kepimpinan dalam Pendidikan
  • Pengurusan Pendidikan
  • Bimbingan Akademik dan Kaunseling
  • Pendidikan Bahasa
  • Pendidikan Sains Sosial
  • Pendidikan Matematik
  • Pendidikan Sains
  • Pendidikan Guru
  • Pendidikan Moral dan Nilai
  • E-Leaning
  • E-Society
  • ESL/TESL
  • Pendidikan Geografi
  • Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
  • Pendidikan Tinggi
  • Pendidikan Sejarah
  • Home Education
  • Human-Computer Interaction
  • Multi-Virtual Environment
  • Mobile Application
  • Virtual Reality
  • Wireless Application
  • Pendidikan ICT
  • Perkembangan Sumber Manusia
  • Pendidikan Orang Asli
  • Teknologi Maklumat
  • Pendidikan Imaginatif
  • Pendidikan Neurosains
  • Pendidikan Perubatan
  • Pendidikan Musik
  • Pedagogi
  • Pendidikan Agama dan Spiritual
  • Penilaian dan Pengukuran dalam Pendidikan
  • Metodologi Penyelidikan
  • Hal Ehwal Pelajar
  • Pendidikan Merentas Bidang
31 Mei 2016

Saya menyertai sebagai ahli jawatankuasa dan perbentang.
http://perkum.com/wp/senarai-peserta/

Abstrak artikel saya

Jadual perbentangan 31 Mei 2016