Pages

Tuesday 26 February 2013

IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013


IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013

Sementara dalam bilik guru melihat Le Tour De Langkawi lalu
Jom Sertai.........
IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013..
(",) Moga IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013 mendapat sambutan... (^_^)



Syarat-syarat @ Cara Penyertaan :-

1) Blogger yang menetap di Malaysia / mempunyai alamat di Malaysia
2) Buat Entry bertajuk "IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013"
3) Letak banner IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013 dalam entry
4) Letak link sponsor dalam entry
 5) Hantar link entry u all ke kotak komen entry ini
 6) Nak lagi senang, copy je entry ni.. hihii

TARIKH TUTUP : 28 FEBRUARI 2013
KLIK SINI JIKA NAK TENGOK HADIAH 
PEMENANG DIPILIH SECARA CABUTAN BERTUAH.. ALISHA YANG AKAN CABUT UNDI (",)

P/s : Terima Kasih sebab sudi join IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013 (",)

Sunday 17 February 2013

SUSU IBU YANG BERMAKNA

18 JANUARI 2013

Susu Ibu yang bermakna

Dengan izin ALLAH dan SPECTRA 3 umi berjaya hari ini mendapat hasil yang bermakna untuk anak umi. Pada jam 1030 pagi tadi

Saturday 9 February 2013

MEMOTONG KUKU

Hari Sabtu: keluar dari tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
Hari Ahad: Keluar kekayaan masuk kemiskinan
Hari Isnin: keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari selasa: keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Hari Rabu: keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan
Hari Khamis: keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit
Hari Jumaat: keluar daripadanya dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala

jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. walaupun hanya kuku tapi adalah sebahagian daripada badan kita yang perlu kita hormati. misalnya kerat kuku ada adabnya selain mengikut hari, kita juga perlu buang kuku itu pada tempat yang tidak kotor, sebagaimana yang diajar..seeloknya kita membuang ke tanah kerana kita juga berunsur tanah. bukannya tong sampah sekali pun tong sampah itu bersih


Sumber:
Mufakkiratul Mukmin 2009

Friday 8 February 2013

ANAK SUSU IBU SIRI 1

Ini gambar Zikry Mustaqim suatu ketika dahulu

Ketika ini kami berada dalam KANCIL  pemberian abi kepada umi. 
KANCIL yang amat berjasa sepanjang umi KULIAH di UKM Bangi.


KEKELUARGAAN


Tadabbur Ayat Surah at-Tahrim



Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum.

Dimaklumkan bahawa ANA ingin berkongsi satu kuliyah iaitu
 seperti yang dicatat dibawah :
http://www.youtube.com/watch?v=3-3xX9SvSgg


 Di bawah ini catatan lama:
Dikongsikan di sini kuliyah ustaz Dr Abdul Basit.. 
Kuliah Subuh di Masjid Al-Mukhlisin, Alam Damai, Jalan Damai Bakti, KL. 

Tajuk: Tadabbur Beberapa Ayat daripada Surah At-Tahrim yang menyentuh tentang kekeluargaan... dan diikuti dengan Persiapan Menyambut Ramadhan..

Selamat beramal dan mentadabbur.

***********

Di bawah ini saya hanya catat tentang tadabbur ayat daripada surah at-Tahrim.  diharapkan anda pembaca dapat  penerangan (tadabbur) . 

Apa yang menyentuh perasaan ustaz ni ialah ayat yang dibaca sebelum ini iaitu ayat 6 hingga ayat 11 surah At-Tahriim. Surah ini  membincangkan hal kekeluargaan.

Menceritakan kepada kita tentang keluarga Nabi Muhammad saw kemudian diikuti dengan hal 2 kumpulan manusia, iaitu kisah 2 isteri nabi ( isteri nabi Nuh dan isteri nabi Lut) dan diakhiri dengan kisah isteri Firaun.

Elok tadabbur untuk memotivasikan diri kita.. rujuklah tafsir.

Allah ulang ya ayyuhalazina 4 kali bertururt2 kemudian diikuti dengan daraballahu mathalan..
  
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. (At-Tahriim 66:6)

Ayat ini ditujukan kepada kita dan keluarga kita. Ini menunjukkan merangkumi satu keluarga. Satu peringatan besar buat kita.. ada terdapat orang yang selalu ke masjid, isterinya juga ke masjid dan kuliyah tapi ahli (anak-anak) tidak diperhatikan. 

Ustaz ingatkan jika kita baca dan perhati ayat ini  kenangkanlah diri anak-anak kita.. cek sendiri seorang-seorang.. solat ke tidak.. tutup aurat ke tidak.. adakah terlibat dengan kes riba dsbnya. Akhir ayat Allah sebut dengan detail tentang malaikat.. Allah suruh jaga keluarga.. kena ingat siapa yang akan jadi bahan api neraka?.. Itulah manusia dan batu-batu yang disembah oleh manusia.. Tugas para malaikat pula ialah mengawal, malaikat pula bengis, kasar dan menurut saja segala perintah. Ini malaikat Zabaniyah.

Ustaz tanya.. Terasa ke tidak dengan yang ini.. adakah aku nak campakkan anak aku ke neraka?.. betapa besar tanggungjawab kita menjaga anak-anak kita daripada api neraka..  sebagaimana kita takut anak kita main api terbakar tangannya.begitulah hendaknya kita takut anak kita tercampak dalam api neraka. wal'iyazubillah. adakah kita tidak takut sekiranya kita tak dapat jaga diri dan jaga diri anak-anak  sekeluarga .. apabila cuai dalam mendidik mereka, kita juga  akan masuk ke neraka.

Kemudian ayat kedua.. malaikat akan bercakap dengan orang-orang yang kufur.

Malaikat itu akan berkata kepada orang-orang yang dimasukkan ke dalam neraka): "Hai orang-orang yang kufur ingkar! Janganlah kamu menyatakan uzur (dengan meminta ampun) pada hari ini, (kerana masanya telah terlambat). Kamu hanyalah dibalas dengan balasan apa yang kamu telah kerjakan". (At-Tahriim 66:7)

Kepada orang-orang yang ingkar kepada Allah SWT, Allah mengingatkan bahawa pada hari kiamat nanti malaikat akan berkata tiada lagi hujah kerana sudah terlambat.

Manakala kepada orang-orang yang beriman pula dikatakan kepada mereka;

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan " Taubat Nasuha", mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".(At-Tahriim 66:8)

Jadi dengan kedatangan bulan Ramadhan ini iaitu Nabi kata Allah SWT ada senarai hamba-hambaNya yang akan dibebaskan daripada api neraka. Oleh itu jangan berputus asa. Hidup ini merupakan ujian. Hendaklah sentiasa bertaubat. Sempena kedatangan Ramadhan ini carilah kesempurnaan di dalamnya.

Ayat ke 9 pula ayat menyuruh berjihad.

Wahai Nabi! Berjihadlah (menentang) orang-orang kafir dan orang-orang munafik, serta bertindak keras terhadap mereka. Dan (sebenarnya) tempat mereka ialah neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.(At-Tahriim 66:9)

Ayat ke 10 

Allah mengemukakan satu misal perbandingan (yang menyatakan tidak ada manfaatnya) bagi orang-orang kafir (berhubung rapat dengan orang-orang mukmin selagi mereka tidak beriman dengan sebenar-benarnya), iaitu: perihal isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut; mereka berdua berada di bawah jagaan dua orang hamba yang soleh dari hamba-hamba Kami (yang sewajibnya mereka berdua taati); dalam pada itu mereka berlaku khianat kepada suami masing-masing; maka kedua-dua suami mereka (yang berpangkat Nabi itu) tidak dapat memberikan sebarang pertolongan kepada mereka dari (azab) Allah, dan (sebaliknya) dikatakan kepada mereka berdua (pada hari pembalasan): "Masuklah kamu berdua ke dalam neraka bersama-sama orang-orang yang masuk (ke situ)". (At-Tahriim 66:10)

Di sini bukanlah Allah SWT hendak menghina nabi Nuh dan nabi Lut, tetapi Allah nak kita sedar bahawa kalau isteri nabi pun tak mahu ikut nabi inikan pula keluarga kita orang biasa. Jangan pula kata "isteri nabipun tak elok perangainya, (sepatutnya isteri nabi eloklah perangainya)". Jika kata begini.. namanya bukanlah tadabbur atau memahami sebagaimana yang Allah hendak kita fahami.

Ayat 11 
Dan Allah mengemukakan satu misal perbandingan (yang menyatakan tidak ada mudaratnya) kepada orang-orang mukmin (berhubung rapat dengan orang-orang kafir kalau tidak terjejas keadaan imannya), iaitu: perihal isteri Firaun, ketika ia berkata: "Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam Syurga, dan selamatkanlah daku dari Firaun dan perbuatannya (yang kufur dan buas), serta selamatkanlah daku dari kaum yang zalim"; (At-Tahriim 66:11)

Misalan isteri Firaun ini.. ajaib, sebab beliau tinggal dengan Firaun (di istana orang kafir yang mengaku pula Tuhan). Ketika hukuman dikenakan Asiyah isteri Firaun ini mohon dibina istina di syurga. Ketika hampir ajal beliau tersenyum kerana ditunjukkan kepadanya istana di syurga yang disediakan untuknya. Itulah balasan buatnya yang beriman. 

Ini adalah peringatan besar buat kita bahawa hidup kita ini merupakan belas ihsan daripada Allah 'Azzawajalla. Jadi bila kita baca ayat-ayat ini, ingat kisah nabi Nuh dan Nabi Lut jangan kita lupa kepada doa Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim mengajar kita berdoa untuk anak-anak kita; "Ya Allah jauhkanlah aku dan anak-anak aku daripada sembahan berhala". Nabi khalilullah inipun bimbang jika keturunannya terikut-ikut dengan umat-umat terdahulu.

Ustaz nasihatkan agar amalkan baca doa ini di samping satu lagi doa nabi Ibrahim; 
"Ya Allah jadikan aku orang yang mendirikan solat dan demikian juga dengan zuriat keturunanku.... "

Ambillah beberapa ayat al-Quran dan tadabbur.. ustaz galakkan tadabbur surah Qaf..

Mudah-mudahan memberi manfaat.. amiin

RIADAH DI PADANG LIMAU NIPIS


Mursyid RIADAH

Memetik Manggis (Abi berada atas Pokok)

Mustaqim menunggu abi di bawah pokok manggis( Aksi digigit Nyamuk)

Abi dengan kain batik di bahu memetik manggis

Wednesday 6 February 2013

Standard Form Nota


Nota : Bentuk Piawai


N DAN PENGURU


1.1              Significant Figures (Angka bererti)
*Angka bererti menunjukkan kejituan nombor perpuluhan
a)      Membundarkan suatu nombor positif kepada bilangan angka yang bererti :

Nota
Contoh
DIGIT BUKAN SIFAR ( digit : 1,2,3,4,5,6,7,8,9)
1.
Semua digit BUKAN SIFAR adalah angka bererti
2.93  ( 3 angka bererti)
293.5  (4 angka bererti)
DIGIT SIFAR ( digit : 0 )
Digit sifar boleh menjadi angka bererti atau bukan angka bererti bergantung pada kedudukan di dalam nombor
Digit Sifar
KEDUDUKAN SIFAR
CONTOH
* Nombor Bulat  / Nombor Perpuluhan
2.
Angka Bererti
Sifar terletak DI ANTARA DUA digit bukan sifar
803  ( 3 angka bererti)
 3.007  (4 angka bererti)
* Nombor Bulat
3.
Angka Bererti bergantung kepada tahap KEJITUAN yang dikehendaki
Sifar terletak ke KANAN digit BUKAN sifar yang terakhir
( BUKAN angka bererti)
48 000 ( 2 angka bererti)

 *apabila dibundarkan kepada RIBU yang terhampir
Sifar terletak ke KANAN digit BUKAN sifar yang terakhir
( angka bererti)
48 000 ( 3 angka bererti)

 *apabila dibundarkan kepada RATUS yang terhampir
* Nombor Perpuluhan KURANG dari 1 ( <1)
4.
BUKAN angka bererti
Terletak ke KIRI digit BUKAN SIFAR yang pertama
(digit sifar hanya menunjukkan bilangan tempat perpuluhan)
0.000 07    ( 1 angka bererti)
0.005 418  (4 angka bererti)

* Nombor Perpuluhan
5.
Angka Bererti
Digit SIFAR terletak ke KANAN digit bukan sifar yang terakhir
4.60    ( 3 angka bererti)
4.600  (4 angka bererti)


Tuesday 5 February 2013

APA HEBATNYA SOLAT DI AWAL WAKTU?


APA HEBATNYA SOLAT DI AWAL WAKTU?

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Rasanya fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?
...
WAKTU SUBUH

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.

Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.

Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

WAKTU ZOHOR
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.

Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.

Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

WAKTU ASAR

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti.

Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ini jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

WAKTU MAGHRIB

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

WAKTU ISYAK

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

QIAMULLAIL

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya