Pages

Wednesday 8 November 2017

FOKUS DEMI KEBAIKAN BUKAN MENCARI SILAP ORANG LAIN

SEGELAS AIR

Seorang lelaki muda memberitahu seorang ustaz :

_"Ustaz, saya tidak mahu ikut kelas pengajian ini lagi"_

_"Apa alasannya?"_, tanya ustaz.

_"Saya lihat di kelas pengajian ini

 perempuannya suka bergosip,
laki2 nya munafik, menguruskan cara hidupnya tak betul,
 jemaahnya pula sibuk dg henfon, dll.."_

Kata ustaz;

_"Baiklah. Tapi sebelum kau pergi,__tolong lakukan sesuatu untukku._

 _Ambil segelas penuh air dan berjalanlah keliling dalam masjid ini tanpa  menumpahkan walaupun setitis air  ke lantai._

 _Setelah itu engkau boleh meninggalkan masjid dan majls ini."_

_"Itu senang sangat!"_

Diapun melakukan apa yg diminta oleh ustaz,

 Sementara pengajian sedang berlangsung.

Setelah selesai, dia berkata kepada ustaz,

bahawa dia sedia utk pergi.

_"Sebelum kamu pergi,
ada 1 soalan.

Ketika kamu berjalan keliling dalam masjid,

ada engkau mendengar orang bergosip,
melihat orang munafik, melihat orang sibuk dgn henfonnya?"_

Jawab pemuda  itu ;

_"Tidak."

_"kamu tahu mengapa?"_

_"Tidak."_

_"Kerana kamu fokus pada gelasmu,

Untuk memastikan tidak terlanggar sesuatu dan tidak ada air yg tumpah."_

Begitulah dgn kehidupan kita.

apabila kita mengarahkan pandangan, aktiviti & tujuan kita hanya kepada Allah ﷻ, maka :

• Kita tidak akan ada waktu untuk melihat dan mencari kesalahan orang lain

• Kita tidak akan ada waktu untuk menilai dan mengkritik orang lain.

• Kita tidak akan ada waktu untuk bergosip atau mendengar gosip dari orang lain.

• Kita akan menolong orang lain dan fokus pada langkah kita untuk mencari redha Allah

Manusia bila direndahkan
 tidak mungkin sampai menjadi sampah,

Manusia bila disanjung Juga tidak mungkin jadi rembulan.

Maka jangan risaukan kata-kata orang,

Sebab setiap orang melihatmu dengan pemahaman
dan pengalaman yang berbeza.

Teruslah melangkah selama mana engkau di jalan yang benar,
meskipun terkadang kebaikan tidak selalu dihargai, bahkan mungkin dibenci.

Tidak perlu sibuk menjelaskan perihal dirimu,

 sebab orang yang sukakan kamu tidak perlu itu semua.

 dan orang yang membencimu pula tidak percaya itu semua.

Hidup bukan tentang siapa yang terbaik,
tapi tentang siapa yang nak berbuat baik.

Jika dizalimi orang jangan berpikir untuk membalas dendam,

tapi berpikirlah cara membalas dengan kebaikan untuk dia berubah.

Jangan mengeluh,

 teruslah berdoa dan ikhtiar.

 Sibukkan diri dengan kebaikan hingga keburukan penat mengikutimu.

Hargailah persahabatan dan persaudaraan
Wassalam.

Bacalah al Quraan

Baca lah Alquran. ..utk dpt syafaat
Org yg bca alquran shj yg akn mndpt syafaat nbi saw. Org yg x bca  alquran tk blh keluar dr api neraka walaupun semua org layak dpt syafaat nbi saw.

Arrahman... allamal quran. 

Alquran adalah sebaik2 zikir utk kt ingat Allah. Krn setiap 1 pktaan ada gnjrn pahala. Dhn gmjran2 itu terpadam karat2 dlm hati...dan terhapus dosa2 kecil. Kmudian baru la terbuka jln2 taqwa utk kt jd org yg lebih baik dan mncintai pkra yg baik. 

Siapa nk bjya d dunia dan akhirat bcalah alquran. Krn dlm quran sarat dgn ilmu dunia. Ia mukjizat terbesar nnbi saw dan ia mukjizat terbesar dlm kalangan nbi2. Mukjizat nbi2 lain hilang slps kewafatan nbi2 tersebut. 

1. (Khatam baca) Bca dan khatam (pahala yg besar, tingkat darjat) - org yg sentiasa/berterusan mmbca alquran mrk adalah org yg mengharapkn perniagaan yg tk akn rugi. Allah akn bls, kesucian hati & tmbh tgkt drjat) - setiap kli qatam dpt 1 doa mustajab (10x katam 10x doa mustajab) 

2. (Khatam tadabur) Ambik Faham _ Tadabur alquran. (Byk ilmu/
Bacalah alquran utk kau daki tingkat2 syurga. 

3. (Khatam amal) Baca dan amal - siapa yg bca dan beramal dgn apa yg dia bca maka Allah akn pki kn mahkota dan pakaian2 indah permata dan berlian kpd ibu bapanya. Apatah lg org yg melakukannya. 

10 ayat terakhir al imran bca bila terjaga dr tidur. Utk tahajud. 

Sebelum hafal ayat almulk. 
Aku bca sbb syg pd nabi..nk sempurnakan hajat nabi yg inginkn ummatnya ada surah almulk di hati. 

Kunci utk mndpt k.syg Allah...adalah syg pd nbi saw.... selalu berselawat. Mka Allah akn syg pd ht yg syg pd nbi...kmudian ditunjukkan jln utk mnuju Allah.

3 golongan org yg bca quran

1. Bacaannya betul dan mndpt gnjran. Bersama para rasul dan malaikat

2. Bacaannya ada kesalahan tetapi di maafkn dan ttp mndpt 2 gnjaran pahala. (Golongan tekun dlm belajar alquran). 

3. Baca salah dan salahnya berdosa.. sbb tk terus belajar dan tak baca2 dlm tempoh yg lama. Cth hnya bca waktu sek rendah dn tk diteruskn mnjadi amalan dan tidak lg belajar2 quran.

TERBANGUN MALAM BERDOALAH

~Pendek do'a tapi Mustajab

Bangun malam sebab nak ke bilik air; sesak nak buang air kecil. Ruginya Jika tidak ber'amal begini.

Dari ‘Ubadah bin Ash-Samit radhiALlahu ‘anhu dari Nabi sallaLlahu ‘alaihi wa sallam; Baginda s.a.w bersabda, 
“Barang siapa yang terbangun dari tidurnya pada malam hari, kemudian dia mengucapkan;

لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير الحمد لله وسبحان الله ولا إله إلا الله والله أكبر ولا حول ولا قوة إلا بالله 

kemudian dia berdo'a : 
#اللهم_اغفر_لي

‘Ya ALlāh, ampunilah aku’ atau dia memanjatkan satu do'a khusus, hal tersebut (istighfar mahupun do'a itu)akan dikabulkan jua. Kemudian jika dia berwudhu lalu mendirikan solat, maka solatnya itu akan diterima.