Pages

Monday 18 September 2017

DOSA IBUBAPA

TANYALAH USTAZ TV9
17.9.2017
(Ustaz Muhammad Azman Mohd Husin)

Ibubapa tidak maksum dan mungkin ada dosa² dari ibubapa.
Allah berfirman wahai org² yg beriman jgn mengkhianti Allah dan jgn mengkhianati Rasul dan jgn mengkhianti amanah²(amanah sebagai seorang anak,ibubapa,pemimpin dll)ketahuilah harta dan anak pinak adalah dugaan.
Allah perintahkan supaya kita tidak khianat pada Allah dan Rasul.
Dan segala amanah yg Allah berikan pada kita,hendaklah ditunaikan amanah itu.
Harta² dan anak² pinak adalah satu cubaan dan dugaan.
Allah cipta manusia utk beribadah dan menguji siapa yg terbaik amalannya.
Harta adalah amanah dan belanjakanlah harta pada jalan yg diredhai.
Syukurilah adanya anak² dgn mentarbiahkannya.
Jika ibubapa berjaya mendidik anak² kepada mengingati Allah,ibubapa mendapat pahala yg besar.
Ibubapa perlu menunjukkan contoh yg terbaik pada anak².
Jika ibubapa mahu anak² bersolat dan berpuasa,ibubapa perlu bersolat dan berpuasa.

APAKAH YG DIMAKSUDKAN DGN DOSA IBUBAPA DAN APAKAH YG DILAKUKAN ANAK² HARI INI KERANA DOSA KERANA DOSA IBUBAPA MASA DULU?
Dosa ibubapa ialah membiarkan anak² tidak diberikan pendidikan.
Tidak memberi nafkah juga adalah satu dosa.
Tidak menasihati anak² kearah kebenaran dan tidak menegur anak² juga satu dosa.
Boleh jadi jika anak tidak solat,mungkin kerana ibubapanya juga tidak solat dan inilah balasan yg Allah berikan pada anak² kerana ibubapa dulu yg tidak solat.

SEKIRANYA IBUBAPA SUDAH MENYURUH ANAK² BERSOLAT DAN MENUTUP AURAT APAKAH MASIH BERDOSA JIKA NAK MASIH TAK MAHU SOLAT DAN MENUTUP AURAT?
Allah maha adil dan Allah tidak menzalimi hamba²Nya.
Sekiranya ibubapa sudah menegur anaknya tapi anaknya tetap berdegil,dosa itu ditanggung oleh anak².
Kerana cuma si pelaku  sahaja yg menanggug dosa.
Tidaklah dosa itu diberikan pada org lain kecuali jika ibubapa yg membiarkannya.
IBUBAPA BERDOSA JIKA MEMBIARKAN ANAK² TIDAK SOLAT DAN TIDAK MENUTUP AURAT.
3 golongan yg tidak masuk syurga adalah:
1)Dayus iaitu bapa yg membiarkan/tidak mempeduli anak tidak solat,tidak menutup aurat,membiarkan anak² keluar malam dll.
2)Lelaki yg menyerupai perempuan.
3)Org yg sentiasa ketagih arak(tak bertaubat)

ADAKAH IBUBAPA YG TELAH MENINGGAL DUNIA TETAP DAPAT DOSA JIKA ANAK² MASIH MELAKUKAN DOSA?
Kewajiban mendidik anak adalah kewajiban ibubapa.
Guru sebagai pembantu mendidik anak².
Mendidik anak tentang agama adalah tugas ibubapa.
Ada seorang mengadu pada Rasulullah dia nak menghantar anak pada org yg mengaji Al~Quran dan guru itu minta bayaran dan Nabi kata jika engkau mampu mengajar lebih baik engkau mengajar jika tak mampu berilah bayaran pada guru yg mengajarkan anak mengaji Al~Quran.
Ada org yg mengadu pada Sadina Umar bahawa anaknya anak derhaka.
Sadina Umar kata sudahkah engkau beri hak kepada anakmu?
HAK PADA ANAK:
Memberi nama yg baik.
Mencari isteri yg baik.
Mengajarkan Al~Quran.
Sahabat itu kata aku tak beri ketiga~tiga hak ini dan Sadina Umar kata redhalah dan ajarkan Al~Quran pada anak kerna masih belum terlewat.
NASIHAT KEMBALI PADA ANAK² DAN SURUHLAH ANAK² SOLAT DAN MENUTUP AURAT KERANA PINTU TAUBAT MASIH TERBUKA DAN ALLAH MAHA PENGAMPUN.

SEMUA IBUBAPA NAK ANAK² JADI BAIK DAN APABILA SUDAH BELAJAR KE IPT, PENGARUH RAKAN² MENJADI PERANGAI ANAK² BERUBAH,APAKAH INI KESILAPAN DIDIKAN IBUBAPA ATAU PENGARUH KAWAN²?
Bila ibubapa dah berpisah dgn anak² walaupun mereka jauh dari mata kita,tetaplah telefon mereka dan sentiasa beri nasihat berterusan dan jgn lupa banyakkan berdoa.
Ini adalah usaha ibubapa.
Jika sebelum ini ibubapa sudah didik anak² dan anak² masih melakukan dosa,ini adalah dosa yg ditanggung sendiri oleh anak² bukan lagi dosa ibubapa.

BAGAIMANA IBUBAPA YG TIDAK ADIL ATAU PILIH KASIH PADA ANAK²?
Nabi suruh kita berlaku adil pada semua anak².
Jika seorang anak dapat satu pemberian dari seorang ayah,anak² lain juga mesti dapat juga.
Supaya anak tidak terasa hati.
Kewajiban seorang ketua keluarga juga ialah memastikan ahli keluarganya selamat dari api neraka.
Dan sebagai anak jgn menjadi sebab ibubapa masuk neraka dan banyakkanlah mendoakan ibubapa.

APAKAH DALAM ISLAM ADA MENYURUH MENASIHATI ANAK DGN HIKMAH?
Ya ...Ada.
Ajaklah ke jalan TuhanMu dgn nasihat yg baik dan berhikmah.
Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian kecuali mereka yg beriman dan beramal soleh dan berpesan~pesan dgn kebenaran dan berpesan~pesan dgn kesabaran.
Meninggalkan maksiat juga adalah amalan soleh.
Menasihati dan berpesan~pesan dgn kebenaran dan berpesan~pesan dgn kesabaran juga adalah amalan soleh.

BERDOSAKAH SEORANG ANAK YG  MENEGUR SEORANG IBU YG SUKA MEMBUKA AIB ANAK²?
Membuka aib adalah berdosa.
Sepatutnya tidak berlaku ibubapa yg membuka aib anak² pada jiran atau pada org lain.
Ibubapa tidak boleh membuka aib anak dan anak juga tak boleh buka aib ibubapa.
Tidak menjadi kesalahan jika anak menegur ibubapa yg suka membuka aib anak².
Tegurlah dgn berhikmah.

SEKIRANNYA IBUBAPA MELAKUKAN DOSA TERHADAP ANAKNYA,BOLEHKAH ANAK²  BOLEH PUTUSKAN SILATURAHIM?
Walaupun ibubapa buat dosa...Seorang anak tak ada hak utk memutuskan silaturahim dan juga jgn putuskan silaturahim dgn adik beradik dan sahabat² juga.

Zaman TEKNOLOGI WHATSAPP apabila ditegur dalam group maka LEFT group lepas tu muka tak malu nak masuk group

dalam FB unfriend dan block lepas tu bila unblock semula
konon boleh hidup tanpa nasihat kamu tu bila ditegur
Jika 3 hari sahaja tidak bertegur sapa,tidak boleh masuk syurga.

NABI MENEGUR SEORANG ANAK YG MENGAMBIL MAKANAN DGN TANGAN KIRI DAN TAK BACA بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
NABI KATA AMBILLAH DGN TANGAN KANAN DAN SEBUTLAH NAMA ALLAH بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم SERTA AMBILLAH YG PALING DEKAT.
NABI AJARKAN PADA KITA SUPAYA AJAR ANAK² MAKAN SEJAK DARI KECIL.

BAGAIMANA IBUBAPA YG TIDAK BIMBING ATAU MEMBERI HAK TERHADAP ANAK² ITU DIKIRA IBUBAPA DERHAKA?
Ya ..jika ibubapa tidak menunaikan hak pada anak² juga boleh disebut ibubapa derhaka dan dan berdosa.
Mendidik anak² bukan sahaja pada solat tapi juga pada akhlak.

BERDOSAKAH IBUBAPA YG MENGHALANG ANAK² BERKAHWIN AWAL?
Itu adalah hak seorang wali(ayah)

Jika seorang ayah memberi sebab yg munasabah kenapa tidak boleh kahwin awal dan anak tetap melakukan zina,ini menjadi dosa kepada anak bukan lagi dosa ibubapa.

Dan janganlah menolak jika yg datang meminang itu seorang lelaki yg soleh supaya tidak berlaku zina.

#InShaaAllah_Aamiin
#BiarTahuJanganKeliru

Wednesday 13 September 2017

DOA KETIKA MENGAMBIL WUDUK



Berikut adalah bacaan Doa yang teman selalu amalkan ketika berwuduk