Pages

Wednesday, 8 June 2016

ALAT UKUR YANG BETUL

Siapkan tugasan bab 1 dI library lingkungan 2 UKM Bangi


Kajian yang baik bermula dengan pengukuran yang baik.Alat ukur bukanlah sewenangnya boleh dibina hanya kerana ingin memenuhi kehendak pengkaji. Dalam keadaan tertentu, alat ukur yang sedia ada tidak sesuai digunakan dalam konteks kajian kita. Maka, kita perlu menghasilkan satu alat ukur yang tepat dengan kajian yang kita jalankan. Namun, sejauh mana kita mampu membina satu alat ukur yang mampu dikatakan valid dan reliable.Ibaratnya kita cuba membuat skala KERETA tetapi kita membina item yang merujuk pada MOTOSIKAL.  “saya diperbuat daripada besi” dan “saya mempunyai roda” tidak sesuai digunakan untuk mengukur KERETA sahaja tapi merupakan antara item umum yang juga dipunyai oleh LORI dan BAS. Apa yang lebih sukar, istilah yang pengkaji gunakan biasanya sesuai dengan laras pemikiran pengkaji namun tidak sesuai digunakan untuk responden. Sebagai contoh pengkaji dalam bidang Pendidikan Islam mungkin merasakan istilah “saya membaca al-Quran dengan TARTIL” itu mudah difahami. Namun, sekiranya ia digunakan kepada responden pelajar sekolah rendah, maksud TARTIL sukar untuk difahami.Bagaimanakah pembinaan alat ukur yang sebenar??Setiap alat ukur yang dibina hendaklah berlandaskan landasan teori yang mantap (DEDUKTIF). Andainya alat ukur dibina tidak mempunyai teori yang jitu, pengkaji boleh menggunakan LR & pendapat pakar (INDUKTIF). Siapakah pakar merupakan satu persoalan yang hanya boleh ditentukan berdasarkan skop kajian kita. PAKAR KANSER pastinya bukanlah pakar dalam kajian pembinaan alat ukur bidang mekanikal. Seorang JURUTEKNIK biasa adakalanya pakar yang lebih valid dalam bidang teknikal. Di sinilah kesahan kandungan dibina dengan merujuk item pada sekumpulan pakar.Bagaimana pula untuk analisis kesahan konstruk??Analisis statiskal seperti EFA dan CFA merupakan antara analisis yang boleh digunakan. Analisis korelasi setiap item boleh menggunakan perisian seperti SPSS dan AMOS. Apabila alat ukur diedarkan kepada kumpulan sasaran, mungkin didapati item mengukur KERETA tadi difahami untuk mengukur LORI. Maka, di sinilah perlu kepada justifikasi LR, teori yang kukuh serta kembali kepada maklum balas pakar.Jadi, apakah alat ukur yang baik?Konsep dan statistik perlu seiring betul. Konsep yang betul perlu diikuti dengan analisis statistik yang mantap untuk dibuktikan secara empirikal. Sekiranya anda perlu membina satu alat ukur tersendiri, baca dan fahami isu psikometrik. Kenali istilah kesahan kandungan, kesahan konstruk, kesahan muka, kesahan kiriteria, kesahan konvergen dan kesahan diskriminan.. Begitu juga isu kebolehpercayaan jangan diabaikan.

Andai kata anda perlu melakukan analisis CTT lakukan, namun anda juga boleh cuba untuk explore IRT seperti RASCH MODEL yang banyak digunakan dalam kajian terkini.
3 KAD STUDENT digunakan sepanjang pengajian Kedoktoran 2016-2019

Monday, 6 June 2016

MAHKOTA UNTUK AYAH IBU DI SYURGA

Berapa orang yang matanya berkaca bila baca ni
video




ANAK MACAM APA,
ANAK KEBANGGAAN AYAH
〰〰〰〰〰〰〰〰〰
Seorang ayah bernama Bakri berumur penghunjung 40-an diundang sekolah anaknya untuk hadir pada 'Hari Ayah'. Sungguh dia amat tidak gemar hadir ke acara sebegini kerana dia merasakan dia sudah mempunyai empat orang anak, bahkan yang sulong sudah masuk kolej.
Jadi, dia merasa sudah tak sesuai bagi umurnya untuk bersenda gurau dengan anak pada Hari Ayah di sekolah. Namun kerana isteri dan anaknya yang ke empat memaksa, dia pun datang ke sekolah anaknya dengan hati yang berat.

Seperti diduga, acara di kelas hari itu menampilkan kebolehan setiap anak di hadapan ayah mereka. Terlihat di sana kebanyakan ayah yang berusia sekitar 30-an. Kesemua ayah itu teruja melihat buah hati mereka. Bakri hanya tersenyum, berkatalah dalam hati; "Dulu aku juga seperti mereka saat punya anak pertama. Tapi kini sudah bukan zamanku untuk hadir acara anak-anak seperti ini."

Satu per satu murid dipanggil untuk tampil ke depan dan menunjukkan kebolehannya selama 5 minit. Selepas persembahan, setiap ayah dipanggil ke depan untuk menerima "hadiah" yang telah disiapkan oleh sang anak untuk ayah mereka. Ada yang menampilkan kebolehan menyanyi. Ada yang menulis dan baca puisi. Berpidato dengan bahasa asing dan banyak lagi.

Kini giliran Umar, anak Bakri ini berusia 10 tahun telah dipanggil namanya untuk tampil ke depan. Bakri menyangka bahawa Umar pasti akan menampilkan persembahan yang serupa dengan kawan-kawannya. Bakri lalu berpura-pura tersengeh dan memberi pelukan hangat kepada Umar buah hatinya. Agar semua orang di kelas itu tahu bahawa dia adalah ayah yang layak dibanggakan. Ehemmm, itulah pikirnya!

"Kamu ingin menampilkan apa untuk ayahmu, Umar?" tanya gurunya.

"Saya akan tampil dengan Ustaz Amir di depan" jawab Umar bersemangat.

Gurunya pun mempersilakan ustaz Amir untuk ke depan dan menjelaskan kepada para ayah bahawa ustaz Amir adalah guru ekstra kurikulum yang mengajar bacaan Alquran di sekolah.

"Umar, kini giliranmu untuk memulakan penampilan..." ujar gurunya.

Umar mengucap salam. sedikit kata pembuka diucapkan. Dia berkata bahawa dia akan membaca surat Al Kahfi yang berjumlah 110 ayat. Menyedari waktu yang terbatas, dia meminta bantuan Ustaz Amir untuk memegang mushaf Alquran dan menyebutkan mana-mana ayat untuk dibacanya.

Para ayah yang hadir mulai berdecak kagum. Mereka mengerti bahawa Umar bukan hanya akan membaca Alquran, namun dia malah sudah menghafalnya!

"Baik, sekarang cuba kamu baca ta'awudz dan basmalah dan mulai dari ayat pertama....!" pinta ustaz Amir.

Dengan memejamkan mata, Umar mulai membaca. Tak disangka...., suara yang keluar dari mulut Umar terdengar begitu merdu. Rupanya Umar membaca Alquran mengikuti lantunan Qari cilik bernama Muhammad Taha Al Junaid yang terkenal itu. Dia membaca dengan hati yang tenang lalu membawa kedamaian pada setiap telinga yang mendengarnya.

Ayat 1-5 telah dibaca Umar. Ustaz Amir mengangguk-anggukan kepalanya mengikuti bacaan Umar yang merdu tanpa sekalipun beliau putus. Lalu Ustaz Amir meminta Umar untuk membaca dari ayat 60. Umar pun membaca dengan suara yang menenangkan jiwa.

Semua mata dari para ayah yang hadir mulai berkaca-kaca. Seolah-olah mereka penuh harap seandainya anak-anak mereka juga seperti Umar.

Manakala Bakri, ayah Umar. Dia yang dari tadinya tidak sepenuh hati untuk datang ke sekolah. Kini dia begitu teruja!

Lalu ustaz Amir meminta Umar untuk berpindah lagi ke ayat 107 -110 sebagai penutup persembahannya. Maka Umar pun membacanya tanpa satu pun kesalahan.

Begitulah Umar menyudahi bacaannya, lalu bangkitlah Bakri dari tempat duduknya dan terus berjalan ke depan dan memeluk Umar.

Terlihat rasa bangga yang terpancar dari wajah Bakri setelah melihat penampilan buah hatinya. Para hadirin juga menyaksikan Bakri beberapa kali menyeka air mata yang berderai di pipinya.

Seisi ruangan terpukau dengan lantunan Alquran yang dibacakan dengan suara merdu Umar. Menyudahi suasana yang haru itu, gurunya lalu bertanya kepada Umar,  "Mengapa kamu ingin membaca Alquran untuk aya
hmu sedangkan semua temanmu tak ada yang terfikir untuk melakukannya, Umar?"

Rupanya Umar pun turut terharu setelah dipeluk sedemikian hangat oleh sang ayah. Dengan mata berkaca-kaca Umar berkata, "Ustaz Amir pernah beritahu supaya saya rajin belajar Alquran. Beliau kata, orang yang hafal Alquran boleh membuatkan kedua orang tuanya mulia di akhirat. Kedua orang tua akan mendapat mahkota dari cahaya di mana cahayanya lebih indah dari sinar mentari dunia... Saya ingin, ayah dan ibu saya mendapat kemuliaan seperti itu dari Allah SWT kerana itu saya belajar menghafal Alquran bersama ustaz Amir."

"Masyaallah...." terdengar suara para ayah berkumandang di kelas itu. Semuanya inginkan anak-anak mereka seperti Umar.

"Apakah saya boleh bicara?" tanya Bakri kepada para hadirin. Semua orang mengalu-alukannya.

"Hmmm...., hari ini adalah hari yang teramat bahagia untuk saya. Anda semua para ayah tak ada bezanya saya rasa. Kita menyekolahkan anak-anak kita di sekolah terbaik seperti sekolah ini. Dengan bayaran yang tak murah, dengan segala kemudahan duniawi yang serba ada. Mungkin dibenak kita para ayah adalah, jangan sampai anak-anak kita tidak mampu mengejar kemajuan dunia....

Terus terang, saya sudah hampir 50 tahun. Saya mempunyai empat orang anak, dan Umar adalah putraku yang terakhir. Dengan cita-cita duniawiku, aku sekolahkan dia di sini dengan harapan bahawa dia akan memiliki masa depan yang gemilang.

Aku tersedar, yang berlaku adalah sebaliknya, pemikiran putraku ini telah membuat masa depanku yang gemilang. Dia mempelajari dan menghafal Kitabullah Alquran supaya kedua orang tuanya memiliki masa depan yang gemilang di akhirat! Terima kasih anakku... Maafkan ayah yang lupa untuk mendidikmu untuk mempelajari Alquran...."

Bakri terus memeluk Umar kembali. Keduanya menangis haru, dan seluruh kelas pun hening terdiam menyaksikannya.....!
=======

Ya Allah kalau kami mati hari ini,
Rasanya belum cukup pahala yang akan menghantar kami ke syurgaMU

Ya Allah kalau Engkau cabut nyawa kami detik ini,
Terlalu banyak dosa kami yang belum Engkau ampuni.

Ya Allah jadikan anak-anak kami sebagai penambah pahala bagi kami jika kami Engkau wafatkan detik ini...

Ya Allah mudahkan lisan anak kami untuk selalu mendoakan dan memintakan ampunan untuk kami...
26.05.2016 :Menanti Komuter dari TBS untuk balik ke Bangi




3 Amanah WAJIB ditunaikan mulai 22 Feb 2016

Keluarga Mohd Faizal & Bishanani

Rawatan ayah sebagai ikhtiar. Kesembuhan dari Allah

Amanah Tajaan KPM untuk pengajian Kedoktoran 

22.02.2016 :Bawa ayah bersama mendaftar sebagai pelajar PHD di IPS Universiti Malaya Kuala Lumpur Malaysia

Menghadiri bengkel Mendeley 20 Februari 2016 di fakulti pendidikan UKM Bangi

Tugas sebagai pensyarah KV Dungun ditinggalkan seketika selama 3 tahun

2nd Penyelia : Prof Madya Dr Norlidah Alias

1st Penyelia : Prof Madya Datin Dr Sharifah Norul Akmar Syed Zamri

Raya Cina 2016 ayah kena serangan jantung yang kuat. Terus dapatkan follow up ayah pakar di HUKM

Jadual ubat ayah

Mendaftar sebagai pelajar PHD di Universiti Malaya