Pages

Thursday 15 December 2016

SEDEKAH DAN KESIHATAN

Ada seorang hamba Allah membuka perniagaan ZOO HAIWAN.

Di pintu masuknya, tertera RM10.00 seorang tetap tidak ada seorang pun yg masuk.

Oleh kerana sekian lama tidak ada pengunjung maka harga tiket pun diturunkan menjadi RM7.00. Tetapi masih tidak seorang pun yg masuk.

Begitu masih tidak tidak ada juga pengunjung akhirnya harga tiket diturunkan menjadi RM3.00 dan tetap tidak ada pengunjung yg masuk.

Akhirnya diumumkan *"MASUK PERCUMA"*. Setelah itu ramai pengunjung yg berebut masuk.

Ketika pengunjung penuh berada di dlm zoo, si pemilik membuka semua pintu kandang binatang buas singa, harimau, serigala, ular dan mengunci pintu keluar.

Lalu ditampal kenyataan di pintu keluar,

*"KELUAR BAYAR RM100.00"*

Ramai pengunjung berebut utk membayar asalkan selamat drp binatang-binatang buas tersebut.

Inilah ironi kehidupan. Ketika ditawarkan utk hidup sihat, komsumsi nutrisi penunjang kesihatan (bersenam, minum air kosong, amalkan nutrisi kesihatan dlm upaya pencegahan penyakit) ramai orang tidak mempedulikannya.

Tetapi kalau sudah masuk HOSPITAL, semahal manapun,  pasti akan dibayar asalkan sembuh, sekalipun harus menjual aset, berhutang dan mencari sumbangan.

Sihat lebih baik drp sembuh0 kerana sihat itu murah.

Begitu juga seperti bab sedekah. Masa hidup RM100 tersangat berat hendak dikeluarkan. Tetapi apabila berada di alam barzakh, agaknya jika diberi kesempatan hidup semula, infak RM beribu-ribu pun tidak kisah.

No comments:

Post a Comment