Pages

Saturday 5 March 2016

SETIAP MANUSIA PERJALANAN BERBEZA

Tazkirah: jangan bandingkan jalan orang lain.

Kita mungkin menuju ke tempat yang sama, mendapatkan PhD. Tetapi ibarat memandu kereta,  jalan kita tidak sama dan kelajuan juga berbeza. Ada yang berkereta besar, ada yang ketetanya kecil. Ada yang banyak penumpang yang perlu berhenti di merata tempat untuk menyelesaikan banyak perkara; singgah makan, ke tandas dan sebagainya. Ada yang kereta rosak di tengah jalan, ada yang kehabisan minyak. Jadi walaupun tujuannya sama, jangan cepat gelabah jika ada yang sampai dulu, sedang kita masih di belakang. Atau merasa sombong jika kita sampai cepat, sedang orang lain di belakang. Lihatlah diri dan keupayaan kita. Kita mungkin cepat kerana tidak banyak masalah, bukan sebab kepandaian kita memandu. Kita mungkin terlambat bukan sebab kita tidak tahu memandu, tetapi banyak halangan di sepanjang jalan.

Begitulah PhD.

Ada orang yang pandai, tetapi proses penyeliaan menyukarkan cerita kita. Ada yang mungkin diuji dengan masalah keluarga. Ada yang teruji dengan masalah kewangan. Jadi cepat atau lambat, adakalanya bergantung banyak faktor yang banyak daripadanya bukan di bawah kawalan kita. Kalau kita mampu mengawal semua perkara, kita bukan manusia.

Jadi bersabar dan berusaha untuk sampai. Bukan hanya gelisah membanding kita dengan orang lain. Kalau PhD ini semudah jarum jam yang bergerak mengikut waktunya, maka apa indahnya lagi PhD ini?

No comments:

Post a Comment