Semoga lahir zuriat soleh dan solehah untuk pewaris yang membina agama. Amin....
Pages
Sunday, 6 March 2016
PengHambaan Diri kepada pemilik ILMU
PhD ialah PengHambaan Diri kepada Pemilik Ilmu. Lagi jauh kita cuba teroka ilmuNya, lagi kerdil kita rasa. Jika itu yg kita rasa, di akhir penerokaan nnt kita bukan hanya akan memiliki segulung ijazah, ttp yg lbh penting ialah sekeping hati yang sentiasa rasa Allah lebih besar dari segalanya. Dalam hidup ini, saat pertama sekali saya rasa saya betul2 mendambakan bantuan Allah ialah semasa saya bergelumang dgn PhD saya. Saat itu pertama kali saya rasa sujud saya paling hampir dgn Allah. Rupanya bila kita betul2 mendambakan bantuanNya, pada waktu itulah konsep kehambaan kita benar2 rasai.
Kini, saya merindui saat saya mengharapkan bantuan Allah sebegitu dan saya sentiasa berdoa agar merasakan diri tidak punya apa2 kecuali semuanya milik Allah swt. Mudah2an Allah sentiasa menjadikan dunia ini kecil shj bagi kita kerana akhirat yg lebih utama. Oleh itu, niat mendapatkan segulung PhD perlu sentiasa diperbetulkan. 'Sesungguhnya aku berjihad mencari ilmuMu ini untuk agamaMu dan ummah keranaMu Allah taala'.
DrNorliza K
Labels:
Pengajian Kedoktoran,
Tazkirah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment