Pages

Sunday 6 March 2016

SEMAKIN BERILMU SEMAKIN DIAM

Motivasi Dr Awang
🍭🍭🍭🍭
Apabila anda bertemunya, diam dan abaikanlah.





Ujian besar orang yang kaya ialah kesombongannya. Begitu jugalah untuk mereka yang berilmu. Banyak orang berilmu binasa kerana angkuh dengan ilmunya. Mereka menganggap orang lain sebagai kerdil, dan tidak sehebat mereka. Mereka anggap hanya merekalah yang benar, pintar dan tahu semuanya. Mereka membesarkan mengenai hasil mereka yang sedikit, sedang ia tidaklah lebih dari setitik air di tengah laut. Mereka berjalan dengan cara yang angkuh dan tidak memandang ke bawah.

Ingatlah, jika itu orang yang dikatakan berilmu, pasti dia tak berilmu. Orang berilmu itu seperti lebah yang membina manfaatnya tanpa disedari oleh yang lain. Orang berilmu itu semakin pandai ilmunya, semakin tidak dia mengetahui bijaknya melainkan dia memandang dirinya kian bodoh.

Jika anda diminta berdebat dengan orang seperti ini, abaikanlah. Jangan melakukan hal yang sama seperti mereka, kerana orang yang berilmu itu lebih banyak memerhatikan, bukan menunjuk-menunjuk akan ilmunya. Jika anda terus berdebat dan menunjuk yang anda terlebih baik, maka anda juga akan binasa dengan ilmu tadi dan hilang segala keberkatannya.

Ilmu itu pada akhirnya menjadikan kita hamba. Bukan seorang yang angkuh dan merasa tahu semua.

No comments:

Post a Comment