Pages

Thursday 27 December 2012

KOPIAH IKUT SUNNAH NABI


(1) KOPIAH
Menutup kepala dengan berserban dan kopiah bagi kaum lelaki adalah as-Sunnah S.A.W. sepertimana yang telah disebutkan di dalam pelbagai riwayat. Di antara kitab yang elok dijadikan rujukan mengenai peribadi baginda S.A.W. (samada cara pemakaian S.A.W. atau lain-lain) adalah kitab Syamail Muhammadiyyah karangan Imam Tarmizi. Di antara hadis-hadis yang boleh dijadikan panduan berkenaan pemakaian serban ini antaranya: Hendaklah kamu memakai serban dan labuhkan (hujungnya) ke belakang kamu kerana sesungguhnya ia tanda para malaikat. (Riwayat at-Tabarani dan al-Baihaqi). Berserbanlah kerana para malaikat itu berserban. (Riwayat at-Tabarani). Berserbanlah nescaya bertambah kesabaran kamu. (Riwayat al-Bazzar dan at-Tabarani). Sebahagian ulama berpendapat bahawa ayat al-Quran al-Karim pada surah al-Araf ayat 31 menunjukkan pemakaian yang elok dan cantik ketika solat (termasuklah memakai serban dan kopiah) adalah digalakkan. Bahkan ada yang berpendapat digalakkan juga dipakai di luar solat (bukan ketika solat sahaja). Imam Nawawi berpendapat memakai serban bewarna putih adalah lebih diutamakan berbanding warna-warna yang lain. Selain itu, jika tidak salah saya, Imam Sayuti pernah memperakui bahawa pemakaian serban dan kopiah (dibawah serban) adalah as-Sunnah S.A.W. Adapun memakai songkok juga diharuskan memandangkan tiada dalil yang melarang memakai songkok. Bahkan ia juga sebagai pemakaian penutup kepala. Songkok adalah pemakaian adat Melayu yang tidak bercanggah dengan Islam. Ini berdasarkan kaedah fiqhiyyah mengatakan: Adat juga boleh diiktiraf sebagai hukum.

 Abang Zikry Mustaqim gemar berkopiah. Kadang-kadang tidur pun berkopiah ;) 

No comments:

Post a Comment