Bacaan Surah Al-Kahfi 1
Telah menjadi rutin
masyarakat Melayu Islam mengamalkan surah Yassin pada malam Jumaat tetapi masih
ramai yang tidak mengetahui bahawa surah Al-Kahfi mempunyai banyak
maanfaat/fadhilat yang sangat baik dikhususkan utk bacaan pada Hari Jumaat
(bermula lepas Maghrib hari Khamis sehingga ke Solat Jumaat).
“Sesungguhnya
barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, niscaya ia akan diterangi
oleh cahaya antara dua Jum’at.” (HR Hakim 3349)
Daripada
Muaz Ibnu Anas Al-Juhari, daripada bapanya, daripada Nabi SAW baginda bersabda:
“Sesiapa membaca dari Surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.” (HR Ahmad)
“Sesiapa membaca dari Surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.” (HR Ahmad)
Daripada
Umar beliau berkata, Nabi SAW telah bersabda:
“Sesiapa membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit, untuknya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat.” (HR Ibnu Katsir)
“Sesiapa membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit, untuknya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat.” (HR Ibnu Katsir)
Rasulullah
saw bersabda:“Maukah aku tunjukkan padamu suatu surat yang diikuti oleh seribu
malaikat ketika diturunkan, dan keagungannya memenuhi antara langit dan bumi?”
Sahabat menjawab: Mau. Rasulullah saw bersabda: “Surat Ashhabul Kahfi.
Barangsiapa yang membacanya pada hari Jum’at, Allah akan mengampuni dosanya
sampai Jum’at berikutnya dan ditambah tiga hari, diberi cahaya yang mencapai ke
langit, dan akan terjaga dari fitnah Dajjal.” (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 3: 243)
Rasulullah
saw bersabda:“Barangsiapa yang menjaga sepuluh ayat dari surat Al-Kahfi, ia
akan memiliki cahaya pada hari kiamat.” Hadis ini bersumber dari Abu Darda’
dari Nabi saw. (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 3: 243)
Daripada
al-Barra ra katanya: Di kala seorang lelaki membaca surah al-Kahfi, tiba-tiba
ia melihat binatang peliharaannya berlari dan ia melihat bagaikan sekumpulan
mega atau awan, lalu ia datang menemui Rasulullah SAW dan menyebutkan
mengenainya kepada Rasulullah SAW. Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Itu adalah
as-Sakinah (ketenangan) yang turun bersama al-Quran atau turun di atas
al-Quran”. (al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi)
Dalam
surah al-Kahfi, diceritakan tentang kisah Ashaabul Kahfi (pemuda-pemuda
beriman), kisah Nabi Musa as dan Nabi Khidir as serta kisah Dzulkarnain dan
Ya’juj dan Ma’juj. Dalam beberapa hadis, Rasulullah SAW menggalakkan kita agar
membaca dan menghafal surah ini kerana dengan membacanya dapat menghindarkan
diri dari fitnah (musibah).
Menurut
Ibnu Kathir dalam tafsirnya: Hadith yang diriwayatkan dalam musnad Ahmad, Sahih
al-Bukhari dan Muslim bahawa al-Bara bin `Azib menceritakan seorang sahabat
yang bernama Usaid bin al-Khudair telah membaca surah ini di rumahnya, sehingga
akhirnya kuda di rumahnya meronta-ronta. Lalu sahabat ini telahpun meninjau
keluar rumahnya lalu didapatinya di luar rumah ada sekumpulan awan berdekatatn
kudanya, lalu ditanya kepada Nabi s.a.w maka baginda telah menjelaskan itulah
dia as-sakinah yang diturunkan Allah kepada orang yang mengamalkan membaca
surah ini.
Nabi
s.a.w amat menggalakkan umat baginda agar menghafaz surah ini. Sebagai
contohnya sesiapa yang menghafaz 10 ayat yang awal daripada Surah al-Kahfi akan
selamat dari gangguan Dajjal seperti yang diriwayatkan oleh Muslim, Abu Dawud,
al-Nasa`ei dan al-Trimizi. Dalam riwayat al-Tirmizi:”Sesiapa yang menghafaz
tiga ayat yang awal dari surrah al-Kahfi”.
Hadis
lain, diriwayatkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak dan dianggapnya sahih
isnad, maksudnya: “Sesiapa yang membaca al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya Allah
akan mengurniakan baginya nur antara Jumaat tersebut hingga ke Jumaat yang
seterusnya.” Hadis ini dinilai sebagai hasan, kata al-Albani.
Di
dalam surah al-Kahfi ini terkandung isyarat penting mengenai hari akhirat,
sepertimana yang dipelajari daripada kisah-kisah yang dipaparkan iaitu
pengalaman Ashabul Kahfi yang tinggal dalam sebuah masyarakat yang kufur kepada
Allah SWT, Nabi Musa as yang banyak belajar daripada Nabi Khidir as dan tentang
sebuah pemerintahan dalam kisah Dzulkarnain, yang kesimpulannya dapat
memberikan kita pengertian tentang nilai-nilai keimanan yang sebenar.
Kandungan
Utama Surah Al-Kahfi
1. Hikayat Sohibul Kahfi (pemuda2 beriman)
2. Kisah Nabi Musa & Nabi Khidir AS
3. Kisah Zulkarnain dan Ya’juj & Ma’juj
1. Hikayat Sohibul Kahfi (pemuda2 beriman)
2. Kisah Nabi Musa & Nabi Khidir AS
3. Kisah Zulkarnain dan Ya’juj & Ma’juj
Moga
kita dilindungi daripada Fitnah Dajjal & mendapat Nur di akhirat kelak
No comments:
Post a Comment