๐Tadabbur juz 20 Surah al-Qasas
๐ต๐ผPara ibu perlu menjiwai hati ibu nabi Musa a.s.
๐ญmakin tua ni selalu sangat tersentuh hati ibu ini bila baca ayat ini
(َูุฃَุตْุจَุญَ ُูุคَุงุฏُ ุฃُู
ِّ ู
ُูุณَٰู َูุงุฑِุบًุง ۖ ุฅِْู َูุงุฏَุชْ َูุชُุจْุฏِู ุจِِู ََْูููุง ุฃَْู ุฑَุจَุทَْูุง ุนََٰูู َْููุจَِูุง ِูุชََُููู ู
َِู ุงْูู
ُุคْู
َِِููู)
[Surat Al-Qasas 10]
Dan (sepeninggalan nya) menjadilah hati ibu Musa kosong; sesungguhnya ia nyaris-nyaris menyatakan perihal anaknya itu dengan berterus-terang jika tidaklah Kami kuatkan hatinya (dengan perasaan sabar dan tenang tenteram), supaya tetaplah ia dari orang-orang yang percaya (akan janji Allah).
๐ญapa yang dimaksudkan dengan hatinya menjadi kosong (fuad farigha)? Mengapa Allah swt tidak menggunakan kalimah "qalbu" tetapi guna kalimah 'fuadu"...
๐Ahli tafsir pun ada pelbagai pendapat.(kena masuk kuliah tafsir)
๐ญapa yang dimaksudkan dengan hati farigha ini? sukar diungkap dengan kata-kata.
๐ญIbu-ibu yang sudah merasainya sahaja yang memahaminya
- ketika anak ketika kecil ditimpa penyakit yang mencemaskan
- ketika berpisah dengan anak pada jarak yang jauh dan masa yang lama
- ketika anak menjauhkan diri daripada ibu kerana merajuk
- ketika anak tidak mahu pulang ke pangkuan ibu sekian lama
- ketika anak ditimpa masalah tetapi ibu tidak ada kudrat membantunya
- ketika anak membelakangkan pandangan atau suruhan ibubapa yang berkaitan kewajipan syara'
- ketika anak berkongsi kesedihan dan kekecewaan dalam hidupnya
- ketika anak ditimpa musibah sehingga mendapat kecacatan anggota
- ketika anak hilang dari pandangan mata tanpa sebarang khabar
- ketika anak yang dipinjamkan oleh ALLAH diambil semula...
(Ya Allah, pada saat menulis ini, hati ibu ini bagai ditusuk sembilu)
๐Namun, hanya ALLAH swt tempat ibu mengubat jiwanya dengan mengulang-ngulangi ayat sebelumnya sebagai doa yang berterusan untuk mengisi jiwa yang farighah
َูุฃَْูุญََْููุง ุฅَِٰูู ุฃُู
ِّ ู
ُูุณَٰู ุฃَْู ุฃَุฑْุถِุนِِูู ۖ َูุฅِุฐَุง ุฎِْูุชِ ุนََِْููู َูุฃَِِْูููู ِูู ุงَْููู
ِّ ََููุง ุชَุฎَุงِูู ََููุง ุชَุญْุฒَِูู ۖ ุฅَِّูุง ุฑَุงุฏُُّูู ุฅَِِْููู َูุฌَุงุนُُِููู ู
َِู ุงْูู
ُุฑْุณََِููู)
[Surat Al-Qasas 7]
๐Ibu-ibu yang lain boleh berkongsi rasa di sini๐
๐Salam jumu'ah mubarakah, Dr UsWah, Kampus ibu kandung suluh budiman, Tanjong Mu'allim, 21 R.Akhir 1438/20 Jan 2017
No comments:
Post a Comment