Pages

Thursday 17 July 2014

Saat Kelahiran yang Indah pada 10 Ramadhan 1435H

Anak ketiga MARWA kali ni paling mudah bersalin.
Ini dinamakan bersalin semulajadi juga tanpa ubat.
Masuk air je 1 botol.
Tak sakit kelahiran yang ni sebab natural tanpa induce atau ubatan.
7 Julai 2014 Isnin keluar tanda darah masa solat zohor di sekolah. Memandu kancilku pulang. Balik rumah mandi lepas tu kakak balik hantar ke hospital.
330 ptg check 3cm. Baby tidur. Ini daripada pemerhatian doktor pada jantung baby.
Umi tak pun sakit.  Maka doktor nasihat kan umi rehat dalam bilik.
8 Julai 2014 ,Selasa selepas mandi keluar bilik mandi tak sempat solat subuh jururawat panggil nak check bukaan jalan jam 6pagi. Dah 5cm pun.
Terus dimasuk ke bilik bersalin. tak sakit pun.
630pagi dah 7cm doktor pecahkan ketuban.
Berdebar juga suami telefon tak dapat agaknya pergi solat subuh.
Akhirnya jururawat minta nombor telefon suami dan tolong telefon.
Semasa sedang meneran suami masuk jam 7pagi.
725pagi bersalin.
8 pagi dah siap masuk bilik rehat.
Alhamdulillah lahir mujahidah diberi nama Nur Zahra Marwa binti Mohd Faizal





No comments:

Post a Comment