Pages

Tuesday 19 November 2013

AMMAR yang pergi menemui Allah di usia muda yang bermakna

Allah tidak menciptakan kita hidup sia-sia. Hidup hanya melihat keduniaan sahaja. Biarlah anak-anak kita merasa hidup susah agar tahu bila susah akan lebih hampir kepada Allah.
Ramai yang ambil jurusan sejarah belajar di Malaysia. Tetapi Ammar telah belajar sejarah di Turki. Saya sokong bahawa sesiapa yang belajar sejarah, perubatan, perbankan dan undang-undang terutamanya di luar negara, dia adalah seorang yang hebat.Cabaran amat kuat bila berada di tempat orang. Mereka yang berada di luar negara bukan sahaja belajar ilmu, tetapi dapat melihat bagaimana ilmu itu dipraktikkan. Mereka juga dapat mengetahui pelbagai sumber ilmu.
Kisah Ammar yang diiringi jenazahnya ramai orang yang bukan saudara mara tetapi saudara seagama. Berebut nak mengusung jenazah arwah. Peluh keringat di dahi jelas kematiannya yang diredhai.
Semoga arwah Ammar ditempatkan di kalangan insan yang terpilih. Amin.........

Tulisan ini ditulis bukan untuk tayangkan hebatnya saya. Tetapi hebatnya Ahmad Ammar. Anda boleh kenal sendiri siapakah arwah Ammar dalam video yang saya kongsikan ini. Serius, saya tidak kenal langsung Ammar. 
Tetapi melihat video ini yang tersebar luas di media massa ini menunjukkan siapa Ammar?

Kisahnya banyak boleh diteroka di sini dan sini

Ayah ibu Ammar yang terpilih mendapat anak yang sebegini yang diingini oleh ramai. Subhanallah




No comments:

Post a Comment