Pages

Wednesday 2 October 2013

TAWARAN HAJI 2010 DITANGGUHKAN DAHULU

Pengorbanan yang berbaloi untuk insan tersayang.
Semoga di sana ganjaran menanti. Amin

Entah bila ALLAH akan izinkan hamba kerdil ini untuk menjadi tetamu ALLAH sebagai jemaah haji.
Semoga Allah permudahkan dan dapat hamba ini bersama suami sampai ke bumi Mekah dan Madinah pada usia muda.
Semua orang tertanya bila giliran mereka naik NAMA di Tabung Haji. 
Lambatnya lagi TAHUN mereka untuk ke Tanah suci.....
Ada yang bernasib baik dapat DUA(2) kali menunaikan HAJI.Mungkin ada yang lebih lagi untuk HAJI.

Diri ini berserah pada Allah. Ada rezeki ada masa yang sesuai ada diberikan kesihatan masa akan dipermudahkan ke sana.

FOKUS diri sekarang pada situasi semasa yang berterusan selepas mula bekerja tahun 2002 yang perlukan amanah  KELUARGA yang perlu diselesaikan.
Andai ada rezeki akan Allah permudahkan suatu SAAT dan KETIKA. in Sha Allah. Amin