Tazkirah 22 julai 2013 oleh Ustaz Abdullah
Dalam soal hukum kena teliti dan berhati-hati
Ramai manusia masa kini suka mengikut tradisi orang lama tanpa melihat hukum hakam
Kisah1:
Seorang profesor ditugaskan ke sebuah kampung yang penduduknya ramai tak berpakaian. Satu hari beliau dijemput memberi ceramahdi kampung itu. Sebelum memulakan ceramah kepada para penduduk kampung yang berada di sebalik tabir, profesor itu berfikir adakah perlu dia mengikut situasi yang seperti yang dilihatnya sehari sebelum itu di kampung. dan akhirnya profesor membuka pakaiannya. Tapi sebenarnya penduduk di belakang tabir memakai pakaian.
PENGAJARAN : Jangan mengikut budaya atau tradisi yang tak elok
Kisah 2:
Seorang pemuda yang kerja di kandang kuda. Kehidupannya sudah sebati dengan najis dan bau kuda yang busuk. Satu hari pemuda itu melalui kedai minyak wangi maka dia terus pengsan. Kawan dia cuba menyedarkan dia dengan melumur tahi kuda.Pemuda itu tersedar dari pengsan.
PENGAJARAN: bahawa bila sudah sebati dengan kejahatan maka bila berada dalam situasi kebaikan akan terkejut dah masih mahu kekal dengan kejahatan
Kisah 3:
Tukang songkok memikul songkok yang banyak di atas belakangnya untuk dijual. Dia mengantuk dan tertidur di bawah pokok yang ada ramai beruk. Beruk ambil songkok dan tukang songkok berfikir macamana nak ambil balik songkok.
IDEA: Melambung songkok dan beruk ikut melambung dapat tukang songkokmendapat kembali songkok.
PENGAJARAN : jangan meniru sembarangan kerana akan jadi seperti beruk yang meniru sahaja perbuatan tanpa berfikir akibatnya
No comments:
Post a Comment