18 Januari
Selepas solat Subuh, umi seperti biasa mengemas rumah dan mencuci pakaian.
Menyapu dedaun di laman rumah kami yang kecil
Jam 8pagi umi kejutkan dan mandikan anak-anak. Biasanya hari persekolahan kami 3 beranak umi, Mustaqim dan Mursyid bangun seawal 530pagi. ....... Berkejaran untuk ke sekolah kerana sebelum jam 7pagi atau paling lewat 655pagi dah kena berada di dalam kereta untuk menghindari trafic
Sesudah mandikan anak, abi mengarah umi menyimpan pakain anak sehelai dua untuk ke KUANTAN....
Abi nak beli kasut bola.......
MODEN : Apa yang umi nak celotehkan ialah..... umi solat ZOHOR di masjid Sultan Ahmad Shah Kuantan Pahang....Dalam hujan yang lebat, sesudah salam umi memandang di sudut sebelah kanan umi. Ada seorang wanita sedang membaca al quran menggunakan teleponnya. Canggih betul.....
TRADISIONAL :Waktu solat asar sesudah abi membeli barang keperluan dapur di Giant Kuantan Jalan Air Putih kami solat asar di sebuah Masjid. Abi solat bergilir dengan umi kemudian umi mandikan anak-anak. di suatu sudut umi memerhatikan pengawal keselamatan masjid kemas beruniform membaca al quraan tradisi.....Semoga barakah kepada pengawal tersebut...
BARU : Baju, Kopiah dan Kereta Ben 10 ( Hadiah dari Abi) |
2 helai baju Abi beli kat FOS East Coast Mall, 2 kopiah Mustaqim dibelikan Abi kat Masjid Sultan Ahmad Shah Kuantan selepas solat Jumaat (satu warna putih dan satu warna hijau), Mursyid dapat 1 kopiah warna hitam putih sama macam abi punya pun putih. Umi belikan kopiah warna coklat untuk Mustaqim sebab Mustaqim suka pakai kopiah. Kereta BEN 10 pula abi belikan dekat Giant.
Kami makan malam di tanjung lumpur kuantan..... Menuju jalan ke PEKAN atas sedikit dari tanjung lumpur kami solat maghrib .... Masjid tersebut ada pengajaran menadah kitab moden oleh imam masjid negeri Kuantan
Download di sini
http://www.quranflash.com/en/quranflash.html
Kini al quran boleh dibaca di mana sahaja kita berada dengan telefon pintar
disebab melihat kecanggihan teknologi pintar oleh telefon pintar menyebab umi membelinya untuk kebaikan
kami sekeluarga
No comments:
Post a Comment