In sha Allah tahun 2015 akan dihiasi dengan kebaikan , kerahmatan dan kebahagian kepada seluruh ummah islam di dunia...
Ya ALLAH engkau panjangkan umur ayah dan ibuku supaya anak-anak dapat menyumbang bakti kepada mereka. Amin......
Ada orang bangga.
" saya pergi kerja suami hantar dan ambil"
" saya anak-anak sekolah suami hantar".
"saya tak pakai car seat sebab saya riba anak dan suami hantar kami"
"saya perlu kebahagiaan keluarga saya sendiri buat apa nak susah ambil kisah hal lain yang penting kami bahagia" ego betul percakapan..
Kadang kala kita tak sedar kebahagian kononnya keluarga kecil kita itu menyebabkan kesusahan pada orang lain yang teraniaya. Doa orang teraniaya makbul.......
Kita kena sedar ada insan yang tak seperti anda,,,,, banyak ruang masa menguruskan anak-anak kerana berseorangan dengan anak-anak dan tinggal berasingan jauh dari suami. Ada yang merentasi laut China Selatan nun jauh di Sabah dan Sarawak......
Subhanallah.
RUTIN saya hari bekerja....
Apapun cerita saya rutin seperti biasa. Seawal jam 5pagi dah bangun.menguruskan anak seorang diri.
Turutan rutin sepanjang hari bekerja yang telah dilakukan sejak tahun 2012....
1. 5.00 pagi : Umi Bangun Tidur
2. mengepam susu BF(susu segar) : kadang2 tak sempat maka di pam di surau sekolah tempat bekerja
3. ke peti ais ambil susu beku untuk dicairkan.(rendam di dalam bekas berisi air)
4 buatkan 2 botol susu tepung untuk anak pertama dan kedua
5.Umi mandi
6.Umi solat subuh
7. kalau sempat minum air masak(tapi selalu lupa biasanya)
8. mandi anak ketiga BABY Marwa dan pakaikan baju
9. mandikan anak pertama Mustaqim dan pakaikan baju
10.mandikan anak kedua Mursyid dan pakaikan baju
rutin ke 9 dan 10 : adakala mandikan mereka berdua serentak jika MOOD mereka ok.
11. jika sempat telefon suami (anak-anak nak bercakap dengan abi dia)
12. sambil tu umi pakai baju kerja (anak2 minum susu botol)
13. ke dapur menyiapkan susu kepada 6 botol yang telah cair untuk ke nursery Marwa
14.mengangkat beg ke dalam kereta
15. mengangkat 3 orang anak ke kereta
pastikan bergerak sebelum jam 7pagi untuk mengelak trafic walau masuk kerja jam 8pagi
16. menghantar anak 3rd Marwa ke nursery TASKA AULAD
17. menghantar anak 2nd Mursyid ke PERMATA
18. Pada tahun 2014 Mustaqim telah belajar di Taska PERMATA TPK batu 48 jalan Melati.
Manakala pada tahun 2015 anak 1st Mustaqim akan naik van di kantin sekolah umi untuk ke Tadika al Najmi
BALIK
ambil anak2 di nursery
Tahun 2015 anak-anak dah pandai ucapkan pada abi " Abi selamat hari jadi".........................