Pages

Showing posts with label Tazkirah Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah Ramadhan. Show all posts

Tuesday, 22 November 2016

APA ITU SOLEH @ SOLEHAH?

Definisi 

Disebutkan di dalam hadits shahih dari Abi Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahwasanya Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

"Apabila manusia meninggal dunia, terputuslah segala amalannya, kecuali dari tiga perkara: shadaqah jariyah, ilmu yang bermanfaat atau anak shaleh yang mendoakannya". [HR. Muslim, Abu Dawud dan Nasa’i]



Anak yang soleh bukan saja anak yang bersopan-santun dan taat kepada orang tuanya sebagaimana yang dipahami oleh kebanyakan dari kita, akan tetapi yang lebih utama dari itu, ialah anak yang menjaga agamanya. Mengaja agama ini suatu yang sukar dilaksanakan hari ini. Menjaga agama bukan sekadar menjaga shalat, tetapi lebih berat dari itu. Anak yang soleh yang menjaga agamanya ialah anak yang ta’at kepada Allah SWT, ialah mereka yang tahu kewajibannya sebagai hamba Allah dan tahu tanggungjawabnya kepada agamanya. Menjaga agama meliputi memastikan seseorang itu menjaga akhlaknya, syariatnya, ibadahnya dan segala amalannya setiap saat. Menjaga akhlak di dalam berpakaian, di dalam pergaulan dan  tutur kata.





Maka dari itu, anak soleh adalah anak yang berbakti kepada orang tuanya serta anak yang dapat menjaga agamanya, mengetahuinya secara menyeluruh dan mengaplikasikannya di dunia fana ini.


Wallahu a'lam bissawaab.

semoga kelak kita dapat berkumpul bersama keluarga di syurga-Nya. Amin.

Sunday, 28 July 2013

Surah al-Maa'uun

28 Julai 2013 bersamaan 20 Ramadhan 1434
Tazkirah oleh Ustaz Rusmi berkenaan Surah al-Maa'uun

Surah al-Maa'uun

Ayat 1
A001
Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)?

Orang yang mendustakan agama ialah orang yang tidak percaya pada hari pembalasan.
Ciri-ciri orang yang mendustakan agama berdasarkan surah A-Ma'un ayat 1 - 7, antara lain ialah:
  1. Mengherdik anak yatim
  2. Tidak mendorong memberi makan orang miskin
  3. Orang yang lalai terhadap solatnya
  4. Orang yang berbuat riya'
  5. Orang yang enggan memberikan bantuan
Ayat 2
A002
Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim,

Anak yatim ialah mereka yang kematian ayah dan belum baligh 
Terdapat satu kisah seorang ahli maksiat yang berjumpa dengan anak yatim dan membelanya dengan baik dan ahli maksiat itu dibantu oleh anak yatim itu dari diseret ke neraka. Kisahnya boleh dilihat di sini

Ayat 3
A003
Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin.

Ayat 4
A004
(Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan agama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang -

Ayat 5
A005
(laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;

Terdapat 17 perkara untuk khusyuk dalam solat.

Ayat 6
A006
(Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya),
Ayat 7
A007
Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya).



Hayati 17 Perkara Untuk Khusyuk Dalam Solat

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Salah satu amalan yang membezakan seorang muslim dengan bukan muslim adalah dengan mendirikan solat lima waktu sehari semalam. Solat adalah tiang agama, sesiapa yang mendirikan solat bermakna dia telah mendirikan agama dan sesiapa yang meninggalkan solat bermakna dia telah meruntuhkan agama. Solat yang khusyuk yang dilaksanakan sebanyak lima kali sehari akan menghapuskan segala dosa.

Diriwayatkan daripada Hazrat Abu Hurairah r.a. katanya,
Saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Jika sebatang anak sungai mengalir di hadapan pintu rumah salah seorang daripada kamu dan dia mandi dalam sungai itu sebanyak lima kali sehari, pada pendapat kamu masih adakah lagi kekotoran (pada badannya)?”

Para sahabat r.anhum menjawab, “Tidak akan tertinggal sedikitpun kekotoran.”

Rasulullah SAW bersabda, “Maka demikianlah juga solah lima waktu, melalui solah Allah Ta'alah akan mengampunkan dosa.”

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Solat yang dikehendaki olah Allah SWT  adalah solat yang khusyuk dan tawaduk kepada-Nya. 
Terdapat 17 perkara amalan- amalan untuk mendapat khusyuk dalam solat dan kemanisan ibadah kepada Allah SWT, perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Sentiasa melaksanakan solat berjemaah (yang paling afdhal ialah di masjid).

Sabda Nabi SAW yang bermaksud : "Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda). " (Hadis riwayat al-Bukhari dan Musliam)

Kedua : Menjaga makan minum agar terjamin halalnya (pastikan tidak di makan makanan yang haram dan syubhat kerana ianya boleh mengelapkan hati).

An-Nu'man bin Basyir berkata, "Saya mendengar Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : "Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan di antara keduanya terdapat hal-hal musyabbihat (syubhat / samar, tidak jelas halal-haramnya), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa yang menjaga hal-hal musyabbihat, maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya. Dan, barangsiapa yang terjerumus dalam syubhat, maka ia seperti penggembala di sekitar tanah larangan, hampir-hampir ia terjerumus ke dalamnya...".
(Hadis Riwayat Bukhari)

Ketiga : Membanyakkan sedekah kepada fakir dan miskin.

Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud :
“Sedekah akan memadamkan kesalahan (dosa), sebagaimana air memadamkan api.” (Hadis Riwayat al-Turmudzi)

Keempat : Jangan solat dengan menangguh untuk membuang air besar atau kecil dan perkemaskan segala urusan supaya tidak timbul kebimbangan dalam solat.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sekiranya kamu rasa hendak buang air, maka buanglah air dahulu sebelum mendirikan solat".

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang daripada kalian bimbang apa yang dirasakan di perutnya apakah keluar sesuatu daripadanya atau tidak, janganlah sekali-kali ia keluar dari masjid sampai ia yakin mendengar suara (keluarnya angin) atau mencium baunya” (Hadis Riwayat Muslim).

Kelima : Mengambil wuduk dengan sempurna supaya air mengenai semua anggota wajib serta mengingati niat atau doa apabila air melalui di tiap-tiap anggota.

Dari Umar bin Khattab r.a, dari Nabi SAW, bahawasanya baginda bersabda yang bermaksud :
"Tidaklah salah seorang di antara kamu berwuduk, maka ia sempurnakan wuduknya kemudian berkata, 'Aku bersaksi bahawa tidak ada tuhan kecuali Allah semata yang tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya,' kecuali dibukakan baginya delapan pintu syurga, ia boleh masuk dari mana sahaja yang dikehendakinya." (Hadis Riwayat Muslim )

Keenam : Memakai pakaian yang bersih dan kemas seperti akan menghadap pembesar negeri.

Perintah Allah SWT dalam al-Quran yang menghendaki kita memakai pakaian yang baik ketika mendirikan solat seperti dalam surah al-A’raaf ayat 31 bermaksud : “Hai anak Adam, pakailah perhiasan kamu (pakaian) yang indah di setiap kali kamu (memasuki) masjid, makan dan minumlah dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan.”

Ketujuh : Tempat sujud dipastikan tidak ada gambar yang menganggu fikiran atau membimbangkan hati.

Kelapan : Mengingatkan mati dan kemungkinan itulah solat kita yang terakhir dalam hidup.

Ibnu Umar berkata: “Aku bersama Rasulullah, lalu seorang lelaki Ansar datang kepada baginda mengucapkan salam lalu bertanya: 'Wahai Rasulullah. manakah antara kaum mukminin yang paling utama?'

Baginda menjawab: 'Yang paling baik akhlaknya antara mereka.'

Dia bertanya lagi: ;Manakah di antara kaum mukminin yang paling cerdik?'

“Baginda menjawab: 'Yang paling banyak mengingati kematian antara mereka dan paling bagus persiapannya selepas kematian. Mereka itu orang cerdik'."

(Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah)

Kesembilan : Menyedari bahawa kita sedang berhadapan dengan Allah Yang Maha Agung dan Maha Mengetahui segala rahsia hamba-Nya.

Rasulullah SAW juga melarang seseorang menoleh ke kanan atau ke kiri ketika sembahyang, baginda bersabda maksudnya :  “Jika kalian sembahyang, janganlah menoleh ke kanan atau ke kiri kerana Allah akan senantiasa menghadapkan wajah-Nya kepada hamba yang sedang sembahyang selama ia tidak menoleh ke kanan atau ke kiri.”  (Hadis riwayat  Termidzi dan Hakim).

Kesepuluh : Memenuhkan dada dalam perasaan takut dan rendah diri kepada Allah yang melihat segala gerak geri kita.


Firman Allah SWT yang bermaksud "Hai orang-orang yang beriman, takutlah kepada Allah dan hendaklah (tiap-tiap) orang memperhatikan apa yang di usahakannya untuk hari esok (hari kiamat), dan takutlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan" (Surah ai- Hasyr ayat 18).

Kesebelas : Memahami segala bacaan dalam solat termasuk ayat-ayat Al-Quran dan segala zikir.

Firman Allah SWT maksudnya : " Dan bacalah al-Quran itu dengan perlahan-lahan (tartil)" (Surah al-Muzzammil ayat 4)

Kedua belas : Sebelum mengangkat takbir, membaca doa perlindungan daripada Allah SWT.

Memohon perlindungan kepada Allah dengan membaca Ta’awudz (Audzubillahiminasyaitanirajim). maksudnya :  ” Aku berlindung kepadaMu ya Allah dari bisikan syaitan yang terkutuk (yang mengganggu hati dan fikiran dari belakang, depan, kiri, dan kanan)., membaca surah an-Nas, selawat kepada Nabi SAW dan beristighfar.

Ketiga belas : Memandang ketempat sujud dan tidak terlalu banyak mengerakkan anggota badan.

Pada saat mengerjakan sembahyang, Rasulullah SAW menundukkan kepalanya dan mengarahkan pandangannya ke tempat sujud. Hal ini didasarkan pada hadis yang diriwayatkan oleh Ummul Mukminin ‘Aisyah r.ha:  “Rasulullah SAW tidak mengalihkan pandangannya dari tempat sujud (di dalam solat).”  (Hadis Riwayat  Imam Baihaqi)

Keempat belas : Memusatkan seluruh ingatan kepada solat.

Rasulullah bersabda bermaksud: “Menguap ketika solat itu daripada syaitan. Kerana itu, apabila kamu ingin menguap, tahanlah.” (Hadis Riwayat Thabrani).

Kelima belas : Memanjangkan sedikit tempoh semasa rukuk dan sujud. (thuma'ninah)

Rasulullah bersabda kepadanya, “Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah daripada al-Quran yang mudah bagimu, lalu rukuklah sampai kamu benar-benar rukuk (thuma’ninah), lalu bangkitlah daripada rukuk sampai kamu tegak berdiri. Kemudian sujudlah sampai kamu benar-benar sujud (thuma’ninah) dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud : "Tidaklah seorang hamba sujud sekali kepada Allah kecuali Dia akan menulis baginya satu kebaikan dan menghapus satu keburukan daripadanya dan meninggalkan satu darjat. Oleh itu, perbanyakkan sujud." (Hadis Riwayat Ibnu Majah dengan sanat yang sahih).

Keenam belas : Memastikan tidak ada gangguan di dalam kawasan solat.

Ketujuh belas : Jangan menjeling ke kiri dan ke kanan.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Aisyah beliau berkata, “Saya bertanya kepada Rasulullah hukum melihat ketika solat”. Rasulullah menjawab, “Itu adalah curian syaitan atas solat seorang hamba.” (Hadis Riwayat Bukhari).

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita perbaiki solat kita supaya ianya menjadi khusyuk dan berkualiti dan dapat di persembahkan kepada Allah SWT sebagai persembahan yang pertama ketika berhadapan dengan Allah SWT. di hari akhirat nanti. Bila lulus solat kita maka segala amalan-amalan yang lain akan mudah melalui proses timbangan amal. Semoga kita ditempatkan oleh Allah SWT kedalam syurga yang disediakan-Nya untuk hamba-hamba-Nya yang bertakwa.

KISAH SEORANG AHLI MAKSIAT DAN ANAK YATIM.

Dikisahkan, seorang salaf berkata; “Dahulu aku adalah seorang yang tenggelam dalam berbagai macam perbuatan maksiat dan mabuk²an. Pada suatu hari aku menemukan seorang anak yatim yang miskin. Lalu aku ambil anak yatim itu dan aku berbuat baik kepadanya.


Aku beri ia makan, pakaian, dan aku mandikan ia sampai bersih semua kotoran yang menempel di tubuhnya, dari ujung rambut sampai ujung kaki. Aku menyayanginya seperti seorang ayah menyayangi anaknya, bahkan lebih.

Malamnya aku tidur dan bermimpi bahwa kiamat sudah tiba. Aku dipanggil menuju hisab. Kemudian aku diperintahkan untuk masuk neraka karena banyaknya dosa dan maksiat yang aku kerjakan. Malaikat Zabaniyyah menyeretku untuk memasukkanku ke dalam neraka. Saat itu aku merasa kecil dan hina di hadapan mereka.

Tiba² anak yatim itu menghadang di tengah jalan sambil berkata; ‘‘Tinggalkan ia wahai malaikat Rabb-ku...!!! Biarlah aku memintakan syafaat untuknya kepada Rabb-ku...!!! Dialah yang dulu telah berbuat baik kepadaku, dan telah memuliakanku...!!!’’

Malaikat berkata; ‘‘Tetapi aku tidak diperintahkan untuk itu...!!!’’

‘‘Sekonyong² terdengar seruan dari Allah SWT, firman-Nya; ‘‘Biarkan dia, sungguh Aku telah mengampuninya dengan syafaat anak yatim itu dan kebaikannya kepadanya...!!!’’

Lalu aku terbangun dan aku pun bertaubat kepada Allah ‘azza wa jalla, dan saya terus berusaha semaksimal mungkin untuk mencurahkan kasih sayang kepada anak² yatim...!!!”


Mustaqim dan anak yatim Aisyah Zamani



Wednesday, 24 July 2013

Surah Al-Kautsar

24 Julai  2013 bersamaan hari ke 15 Ramadhan 1434


Surah paling pendek iaitu 3 ayat. Surah ini juga dikenali sebagai surah An-Nahar.

Ayat 1
A001
Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat).

Sesungguhnya kami(ayat penegasan) yang mana menunjukkan sangat penting.

"Al-Kautsar bermaksud banyak(tiada had). Nikmat yang amat banyak iaitu merujuk kepada telaga/sungai/kolam al-Kautsar yang dianugerahkan hanya kepada nabi Muhammad S.A.W sahaja.
Telaga Al-Kauthar adalah telaga yang besar yang akan dianugerahkan Allah SWT kepada Rasulullah SAW pada hari kiamat nanti. Telaga ini beribu-ribu batu luasnya dan gelasnya adalah lebih banyak daripada bilangan bintang yang ada dilangit. Sesiapa yang sudah meminum daripadanya walaupun hanya seteguk sahaja, ia tidak akan merasakan kehausan untuk selama-lamanya
Semua umat nabi Muhammad SAW akan berpeluang meminum air telaga yang mulia ini.
Nabi ditanya " Bolehkah engkau kenal umatmu wahai Nabi Muhammad?"
Baginda menjawab bahawanya umatnya boleh dikenal dengan adanya cahaya dimuka akibat kesan wudhu'.
Bukan semua umat nabi Muhammad boleh minum di al-Kauthar.
Mereka yang dihalang minum di telaga al-Kauthar ialah ...... klik di sini

 Sedikit tambahan info yang uMMi petik dari blog Wazilia

TETAPI terdapat golongan yang tidak akan dapat minum air dari Telaga Al-Kauthar:

1st: Ahli bid’ah
suatu jalan dalam agama yang dibuat-buat (tanpa ada dalil, pen) yang menyerupai syari’at (ajaran Islam), yang dimaksudkan ketika menempuhnya adalah untuk berlebih-lebihan dalam beribadah kepada Allah Ta’ala.

2nd : Ahli Maksiat
melakukan segala yang dilarang oleh Allah.

3rd: Pemimpin Yang Zalim
 tidak meletakkan sesuatu di tempatnya seperti mengambi harta rakyat.

Semoga kita tergolong dalam golongan yang dapat minum air telaga Al-Kauthar.

Ayat 2

A002
Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).

Berdasarkan ayat ini dapat kita perhatikan bahawa suruhan melaksanakan solat hari raya dahulu sebelum sembelihan korban.

Perlu ada keikhlasan dalam berkorban apa sahaja. 
Kisah keikhlasan beribadat dapat dilihat di sini dalam kisah Muwaffaq dia tinggal di Damsyik. Dia adalah seorang tukang kasut.
Ayat 2
A003
Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).

Monday, 15 July 2013

Surat Al Masad

Surat Al Lahab 
Surah ini juga dikenali sebagai surah al Lahab ataupun surah Tabbat(binasa)
Boleh lihat animasi VCD di sini 

Hari ni 23 Julai 2013 tazkirah oleh Ustaz Azizi mengenai surah al Masad
Abu Lahab bapa saudara nabi Muhammad S.A.W yang kacak. Seorang yang amat gembira dengan kelahiran nabi Muhammad dan membebaskan seorang hamba bernama Suwaibah. Suwaubah juga pernah menjadi ibu susuan nabi.
"Wahai orang2 Mesir di sebalik bukit ini akan ada sekumpulan yang akan menyerang kota Mekah" kata Muhammad. "Kami percaya". Ini kerana nabi seorang yang amat dipercayai kata-katanya.

Rasulullah berkata " Kamu berada dalam kesiksaan dan penderitaan pada masa akan datang"
Abu Lahab amat marah dengan kata-kata nabi Muhammad itu. 
Kemudian Nabi berkata sekali lagi " Kamu berada dalam kesiksaan dan penderitaan pada masa akan datang"
Abu Lahab terlalu marah dan mengengam batu untuk dilemparkan kepada nabi Muhammad.
Maka turunlah ayat yang pertama iaitu;

Ayat Pertama: 
A001
Binasalah kedua-dua tangan Abu lahab, dan binasalah ia bersama!

Abu Lahab dengan bangga menyatakan " Sesungguhnya aku akan menebus harta dan anak aku untuk membiayai segala yang ada bagi menentang Rasulullah"
Maka turunlah ayat yang kedua;
Ayat Kedua: 
A002
Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya.

Ayat Ketiga: 
A003
Ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang.


Ayat Keempat: 
A004
Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. -


Ayat keempat ini menceritakan mengenai Ummu Jamil (isteri Abu Lahab) yang bersumpah menggunakan kalungnya yang ada simbol berhala sebagai harta untuk menentang Nabi. 
Apabila turun ayat ini Ummu Jamil bertanya pada nabi " Adakah betul-betul aku seorang pembawa kayu api?"
Isteri Abu Lahab berpakat dengan Abu Lahab untuk menentang Nabi.
Suatu hari Abu Lahab cuba membuat aib pada nabi dengan berak di depan rumah Rasulullah.
Pertama kali Abu Lahab berak nabi bertindak membersihkan najis tersebut dengan sabar.
Kali kedua Abu Lahab berak lagi dan nabi masih dengan sabar membersihkan najis tersebut.
Kali ketiga Abu Lahab berak dapat dilihat oleh Saidina Hamzah(bapa saudara Nabi). Hamzah datang mengambil najis tersebut dan terus melemparkan kembali kepada Abu Lahab dan ia jatuh atas kepala. Abu Lahab tersangat marah dan memaki nabi dan Saidina Hamzah.
Ummu Jamil berjumpa ABu Sufian dan bertanya;" Wahai abangku tidakkah engkau marah dengan adik engkau yang dihina"
Abu Sufian dengan marah dan terus ke rumah nabi. Akhirnya dia berpatah balik setelah sampai di rumah Nabi. Ummu Jamil bertanya kenapa berpatah balik. Abu Sufian memberitahu bahawa dalam perjalanan ke rumah nabi dia berjumpa dengan ular yang sangat besar. Namun kesudahannya, Abu Sufian masuk Islam setelah timbul kesedaran.

Ayat Kelima: 
A005
Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal.