Pages

Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Monday, 2 April 2018

KENTUT : Menutup AIB seseorang dengan semua bekerjasama

MEMBUKA AIB UNTUK DITERTAWAKAN.

Saya terbaca dua kisah nabi berkaitan kentut,dan satu kisah ulamak,saya tidak pasti sahihnya cerita ini, tetapi kita ambil sebagai iktibar.Mohon tidak dikomen hal sahih tidaknya,ambil iktibar cerita ini.

Kisah pertama, seorang sahabat mengundang Rasulullah beserta jamaah untuk menikmati hidangan daging unta di rumahnya. Ketika sedang makan, ada tercium bau tidak sedap. Rupanya diantara yang hadir ada yang buang angin. Para sahabat saling menoleh. Wajah Rasulullah sedikit berubah tanda tidak senang. Maka tatkala waktu nak solat maghrib hampir masuk, Rasulullah berkata: "Barangsiapa yang makan daging unta, hendaklah ia berwuduk!". Mendengar perintah Rasulullah tersebut maka seluruh jamaah mengambil wuduk. Dan terhindarlah aib orang yang buang angin tadi,kerana mereka akan tahu siapa yg kentut jika dia seorang yg berwuduk.

Kisah kedua, suatu hari para sahabat sedang berkumpul di masjid. Lalu terciumlah bau kentut diantara mereka, para sahabat tidak tahan dengan bau tersebut, salah seorang dari mereka berdiri dan berkata,
"Barangsiapa yang kentut, silakan bangun”. Tak seorang pun berdiri.

Ketika masuk waktu Isyak mereka berkata "Orang yang kentut pasti akan berwuduk setelah ini. Orang itulah yang kentut."

Setelah itu, para sahabat menoleh ke belakang untuk melihat siapa yang keluar. Tak seorang pun yang beranjak dari tempat duduknya, mungkin malu. Lalu Bilal bangun untuk melaungkan azan. Kemudian Nabi berkata "Tunggu dulu, saya belum batal, tapi saya hendak berwuduk lagi."

Lalu para sahabat pun ikut berwuduk dan lalu tidaklah diketahui siapa yang kentut waktu itu kerana semua berwuduk.

Dua kisah di atas menceritakan bagaimana seharusnya seorang muslim untuk menjaga kehormatan saudaranya.Jika hanya hal kentut pun nabi cuba menutup aib pelakunya,bayang aib yb lebih besar,bukan menertawakannya atau menyebarkan aibnya.Abu Hurairah berkata, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
“... dan siapa yang menutupi (aib) seorang muslim Allah akan tutupi aibnya di dunia dan akhirat. Allah selalu menolong hamba-Nya selama hamba-Nya menolong saudaranya.” (Muttafaq Alain)

Kita mungkin pernah terjerembab dg keadaan seperti diatas terkentut dlm majlis,lebih teruk dlm bilik air condt atau kereta, kawan yg terbuka zip seluar tanpa disedari,ada yg tak elok terbocor pd wanita,terpakai baju beralih,kasut berlainan,baju dikancing senget sebelah macam pak uda dsbnya,jangan disebar aibnya,dijd bahan lawak sebaliknya cepatlah menutupnya.Jika nabi dlm kisah diatas lebih cenderong untuk berpihak kpd mereka yg terkentut,yg malang,kebanyakan kita mungkin berusaha mencari siapa dia untuk didedah,ditertawakan,dijdkan bahan bercerita.Jika kisah kemalangan pun kebanyakan kita sibuk mengambil tahu untuk bercerita,kisah aib yg jika dicerita membawa ketawa berderai pasti lagi seronok di cerita terapi kita tidak sedar sedang membuka aib.

Perhatikan kisah penumpang teksi yg kentut dlm teksi yg siapapun tak mahu mengaku tetapi akhirnya bila sampai tempat dituju, pemandu teksi itu berjaya juga menemui penumpang yg kentut bila semasa membuat bayaran tambang, dia berkata,"Itu kentut punya orang belum bayar,"Lalu seorang penumpang berkata,"Saya sudah bayar."Terdedahlah siapa yg kentut dlm teksi.Gelak berderai,berdekah. Pemandu teksi nampak bijak tetapi ideanya mungkin dari syaitan yg tetap ingin mendedahkan aib orang.

Pernah terjadi pd satu majlis kahwin vvip berpangkat dato,jamuan pengantinnya yg saya turut serta di temui berenga lalat dlm lauk utama.Saya minta didiamkan shj kerana ini akan memalukan tuan rumah dan menyebabkan mencacat kegembiraan mereka.Lebih bimbang caterer hari itu akan dihamput habis-habisan.

Jom kita berubah,bercakap perkara baik sahaja,tidak mendedah aib,mentertawakan orang lain.Jika cerita kemalangan pun,cukup setakat kemalangan,tak perlu gambar dedah aurat,mayat yg hancur,putus sana sini,yg meluluhkan hati mereka yg ditinggal.Jika rakan terjadi perkara aib,tutuplah segera,kunci rapat mulut,jangan cerita kpd siapa pun.
Contohilah Syeikh Abdurrahman Hatim bin Alwan ulama besar di Khurasan dikenali dengan Hatim Al A’sham, yang suatu hari seorang wanita masuk menemuinya tetapi wanita itu terkentut agak kuat bunyinya ketika ia masuk.Hatim Al A'Sham segera berpura pekak seperti tidak mendengar bunyi kentut wanita itu dan bercakap dg kuat.Wanita itu dg itu tidak merasa malu kerana menyangka Hatim tak mendengar bunyi kentutnya,dan terus berbicara dgnya.Hatim berpura pekak hingga wanita meninggal 15 tahun kemudian,hanya utk menutup aib orang.Bandingkanlah dengan kita.Muhasabahlah diri.

Wednesday, 8 November 2017

FOKUS DEMI KEBAIKAN BUKAN MENCARI SILAP ORANG LAIN

SEGELAS AIR

Seorang lelaki muda memberitahu seorang ustaz :

_"Ustaz, saya tidak mahu ikut kelas pengajian ini lagi"_

_"Apa alasannya?"_, tanya ustaz.

_"Saya lihat di kelas pengajian ini

 perempuannya suka bergosip,
laki2 nya munafik, menguruskan cara hidupnya tak betul,
 jemaahnya pula sibuk dg henfon, dll.."_

Kata ustaz;

_"Baiklah. Tapi sebelum kau pergi,__tolong lakukan sesuatu untukku._

 _Ambil segelas penuh air dan berjalanlah keliling dalam masjid ini tanpa  menumpahkan walaupun setitis air  ke lantai._

 _Setelah itu engkau boleh meninggalkan masjid dan majls ini."_

_"Itu senang sangat!"_

Diapun melakukan apa yg diminta oleh ustaz,

 Sementara pengajian sedang berlangsung.

Setelah selesai, dia berkata kepada ustaz,

bahawa dia sedia utk pergi.

_"Sebelum kamu pergi,
ada 1 soalan.

Ketika kamu berjalan keliling dalam masjid,

ada engkau mendengar orang bergosip,
melihat orang munafik, melihat orang sibuk dgn henfonnya?"_

Jawab pemuda  itu ;

_"Tidak."

_"kamu tahu mengapa?"_

_"Tidak."_

_"Kerana kamu fokus pada gelasmu,

Untuk memastikan tidak terlanggar sesuatu dan tidak ada air yg tumpah."_

Begitulah dgn kehidupan kita.

apabila kita mengarahkan pandangan, aktiviti & tujuan kita hanya kepada Allah ﷻ, maka :

• Kita tidak akan ada waktu untuk melihat dan mencari kesalahan orang lain

• Kita tidak akan ada waktu untuk menilai dan mengkritik orang lain.

• Kita tidak akan ada waktu untuk bergosip atau mendengar gosip dari orang lain.

• Kita akan menolong orang lain dan fokus pada langkah kita untuk mencari redha Allah

Manusia bila direndahkan
 tidak mungkin sampai menjadi sampah,

Manusia bila disanjung Juga tidak mungkin jadi rembulan.

Maka jangan risaukan kata-kata orang,

Sebab setiap orang melihatmu dengan pemahaman
dan pengalaman yang berbeza.

Teruslah melangkah selama mana engkau di jalan yang benar,
meskipun terkadang kebaikan tidak selalu dihargai, bahkan mungkin dibenci.

Tidak perlu sibuk menjelaskan perihal dirimu,

 sebab orang yang sukakan kamu tidak perlu itu semua.

 dan orang yang membencimu pula tidak percaya itu semua.

Hidup bukan tentang siapa yang terbaik,
tapi tentang siapa yang nak berbuat baik.

Jika dizalimi orang jangan berpikir untuk membalas dendam,

tapi berpikirlah cara membalas dengan kebaikan untuk dia berubah.

Jangan mengeluh,

 teruslah berdoa dan ikhtiar.

 Sibukkan diri dengan kebaikan hingga keburukan penat mengikutimu.

Hargailah persahabatan dan persaudaraan
Wassalam.

Bacalah al Quraan

Baca lah Alquran. ..utk dpt syafaat
Org yg bca alquran shj yg akn mndpt syafaat nbi saw. Org yg x bca  alquran tk blh keluar dr api neraka walaupun semua org layak dpt syafaat nbi saw.

Arrahman... allamal quran. 

Alquran adalah sebaik2 zikir utk kt ingat Allah. Krn setiap 1 pktaan ada gnjrn pahala. Dhn gmjran2 itu terpadam karat2 dlm hati...dan terhapus dosa2 kecil. Kmudian baru la terbuka jln2 taqwa utk kt jd org yg lebih baik dan mncintai pkra yg baik. 

Siapa nk bjya d dunia dan akhirat bcalah alquran. Krn dlm quran sarat dgn ilmu dunia. Ia mukjizat terbesar nnbi saw dan ia mukjizat terbesar dlm kalangan nbi2. Mukjizat nbi2 lain hilang slps kewafatan nbi2 tersebut. 

1. (Khatam baca) Bca dan khatam (pahala yg besar, tingkat darjat) - org yg sentiasa/berterusan mmbca alquran mrk adalah org yg mengharapkn perniagaan yg tk akn rugi. Allah akn bls, kesucian hati & tmbh tgkt drjat) - setiap kli qatam dpt 1 doa mustajab (10x katam 10x doa mustajab) 

2. (Khatam tadabur) Ambik Faham _ Tadabur alquran. (Byk ilmu/
Bacalah alquran utk kau daki tingkat2 syurga. 

3. (Khatam amal) Baca dan amal - siapa yg bca dan beramal dgn apa yg dia bca maka Allah akn pki kn mahkota dan pakaian2 indah permata dan berlian kpd ibu bapanya. Apatah lg org yg melakukannya. 

10 ayat terakhir al imran bca bila terjaga dr tidur. Utk tahajud. 

Sebelum hafal ayat almulk. 
Aku bca sbb syg pd nabi..nk sempurnakan hajat nabi yg inginkn ummatnya ada surah almulk di hati. 

Kunci utk mndpt k.syg Allah...adalah syg pd nbi saw.... selalu berselawat. Mka Allah akn syg pd ht yg syg pd nbi...kmudian ditunjukkan jln utk mnuju Allah.

3 golongan org yg bca quran

1. Bacaannya betul dan mndpt gnjran. Bersama para rasul dan malaikat

2. Bacaannya ada kesalahan tetapi di maafkn dan ttp mndpt 2 gnjaran pahala. (Golongan tekun dlm belajar alquran). 

3. Baca salah dan salahnya berdosa.. sbb tk terus belajar dan tak baca2 dlm tempoh yg lama. Cth hnya bca waktu sek rendah dn tk diteruskn mnjadi amalan dan tidak lg belajar2 quran.

TERBANGUN MALAM BERDOALAH

~Pendek do'a tapi Mustajab

Bangun malam sebab nak ke bilik air; sesak nak buang air kecil. Ruginya Jika tidak ber'amal begini.

Dari ‘Ubadah bin Ash-Samit radhiALlahu ‘anhu dari Nabi sallaLlahu ‘alaihi wa sallam; Baginda s.a.w bersabda, 
“Barang siapa yang terbangun dari tidurnya pada malam hari, kemudian dia mengucapkan;

لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير الحمد لله وسبحان الله ولا إله إلا الله والله أكبر ولا حول ولا قوة إلا بالله 

kemudian dia berdo'a : 
#اللهم_اغفر_لي

‘Ya ALlāh, ampunilah aku’ atau dia memanjatkan satu do'a khusus, hal tersebut (istighfar mahupun do'a itu)akan dikabulkan jua. Kemudian jika dia berwudhu lalu mendirikan solat, maka solatnya itu akan diterima.

Sunday, 8 October 2017

GIGI DAN MEMBACA AL QURAN

"Alaa..  gigi je pun, bukan mati"

Ini antara dialog orang yang padang remeh tentang penjagaan gigi. Percayalah, tanpa struktur gigi yang baik kita tidak akan dapat membaca Al-Quran dengan sebutan yang paling sempurna dan tepat.

Sebab utama yang membuatkan kita gagal menyebut huruf al-Quran dengan baik adalah kerana struktur gigi kita tidak elok dan sempurna.

Oleh yang demikian, MENJAGA GIGI boleh dikatakan satu perkara yang dituntut bagi setiap individu muslim sebagaimana saranan Rasulullah saw kerana secara tidak langsung ianya boleh membantu kita menyebut huruf al-Quran dengan ssmpurna, tepat, betul dan fasih.

Ibubapa WAJIB memantau dan menjaga gigi anak-anak bermula dari kecil agar gigi anak-anak kita sentiasa terjaga dengan baik.

Sekalipun mereka menangis takut dan malas nak gosok gigi atau pergi klinik, PAKSA mereka. Besar nanti baru mereka sedar akan kesannya.

Anak-anak kita mungkin akan menyalahkan kita (ibu bapa) di hadapan Allah kerana mereka tidak dapat mengaji al-Quran dengan baik. Ini berpunca kerana kita ibu bapa tidak menjaga gigi mereka dengan baik sedari kecil lagi.

Mereka yang dikurniakan struktur gigi yang baik dan sempurna belajarlah menghargai nikmat tersebut iaitu dengan cara mempelajari al-Quran sebaiknya dan penuh kesungguhan.

Pilihlah doktor yang mahir dan sahih terutama dalam urusan penjagaan gigi. Pahala besar bagi doktor yang merawat gigi. Kerana dengan gigilah pesakit tersebut dapat membaca al-Quran dengan baik dan pastinya ada saham akhirat buat si doktor.

- Muhd Bazli Zakaria

* * *

Untuk Info HUFFAZ yang lebih menarik jemput join channel ini : https://t.me/infoHUFFAZ

#MBZ #UBAZ
#infoHUFFAZ

Monday, 18 September 2017

DOSA IBUBAPA

TANYALAH USTAZ TV9
17.9.2017
(Ustaz Muhammad Azman Mohd Husin)

Ibubapa tidak maksum dan mungkin ada dosa² dari ibubapa.
Allah berfirman wahai org² yg beriman jgn mengkhianti Allah dan jgn mengkhianati Rasul dan jgn mengkhianti amanah²(amanah sebagai seorang anak,ibubapa,pemimpin dll)ketahuilah harta dan anak pinak adalah dugaan.
Allah perintahkan supaya kita tidak khianat pada Allah dan Rasul.
Dan segala amanah yg Allah berikan pada kita,hendaklah ditunaikan amanah itu.
Harta² dan anak² pinak adalah satu cubaan dan dugaan.
Allah cipta manusia utk beribadah dan menguji siapa yg terbaik amalannya.
Harta adalah amanah dan belanjakanlah harta pada jalan yg diredhai.
Syukurilah adanya anak² dgn mentarbiahkannya.
Jika ibubapa berjaya mendidik anak² kepada mengingati Allah,ibubapa mendapat pahala yg besar.
Ibubapa perlu menunjukkan contoh yg terbaik pada anak².
Jika ibubapa mahu anak² bersolat dan berpuasa,ibubapa perlu bersolat dan berpuasa.

APAKAH YG DIMAKSUDKAN DGN DOSA IBUBAPA DAN APAKAH YG DILAKUKAN ANAK² HARI INI KERANA DOSA KERANA DOSA IBUBAPA MASA DULU?
Dosa ibubapa ialah membiarkan anak² tidak diberikan pendidikan.
Tidak memberi nafkah juga adalah satu dosa.
Tidak menasihati anak² kearah kebenaran dan tidak menegur anak² juga satu dosa.
Boleh jadi jika anak tidak solat,mungkin kerana ibubapanya juga tidak solat dan inilah balasan yg Allah berikan pada anak² kerana ibubapa dulu yg tidak solat.

SEKIRANYA IBUBAPA SUDAH MENYURUH ANAK² BERSOLAT DAN MENUTUP AURAT APAKAH MASIH BERDOSA JIKA NAK MASIH TAK MAHU SOLAT DAN MENUTUP AURAT?
Allah maha adil dan Allah tidak menzalimi hamba²Nya.
Sekiranya ibubapa sudah menegur anaknya tapi anaknya tetap berdegil,dosa itu ditanggung oleh anak².
Kerana cuma si pelaku  sahaja yg menanggug dosa.
Tidaklah dosa itu diberikan pada org lain kecuali jika ibubapa yg membiarkannya.
IBUBAPA BERDOSA JIKA MEMBIARKAN ANAK² TIDAK SOLAT DAN TIDAK MENUTUP AURAT.
3 golongan yg tidak masuk syurga adalah:
1)Dayus iaitu bapa yg membiarkan/tidak mempeduli anak tidak solat,tidak menutup aurat,membiarkan anak² keluar malam dll.
2)Lelaki yg menyerupai perempuan.
3)Org yg sentiasa ketagih arak(tak bertaubat)

ADAKAH IBUBAPA YG TELAH MENINGGAL DUNIA TETAP DAPAT DOSA JIKA ANAK² MASIH MELAKUKAN DOSA?
Kewajiban mendidik anak adalah kewajiban ibubapa.
Guru sebagai pembantu mendidik anak².
Mendidik anak tentang agama adalah tugas ibubapa.
Ada seorang mengadu pada Rasulullah dia nak menghantar anak pada org yg mengaji Al~Quran dan guru itu minta bayaran dan Nabi kata jika engkau mampu mengajar lebih baik engkau mengajar jika tak mampu berilah bayaran pada guru yg mengajarkan anak mengaji Al~Quran.
Ada org yg mengadu pada Sadina Umar bahawa anaknya anak derhaka.
Sadina Umar kata sudahkah engkau beri hak kepada anakmu?
HAK PADA ANAK:
Memberi nama yg baik.
Mencari isteri yg baik.
Mengajarkan Al~Quran.
Sahabat itu kata aku tak beri ketiga~tiga hak ini dan Sadina Umar kata redhalah dan ajarkan Al~Quran pada anak kerna masih belum terlewat.
NASIHAT KEMBALI PADA ANAK² DAN SURUHLAH ANAK² SOLAT DAN MENUTUP AURAT KERANA PINTU TAUBAT MASIH TERBUKA DAN ALLAH MAHA PENGAMPUN.

SEMUA IBUBAPA NAK ANAK² JADI BAIK DAN APABILA SUDAH BELAJAR KE IPT, PENGARUH RAKAN² MENJADI PERANGAI ANAK² BERUBAH,APAKAH INI KESILAPAN DIDIKAN IBUBAPA ATAU PENGARUH KAWAN²?
Bila ibubapa dah berpisah dgn anak² walaupun mereka jauh dari mata kita,tetaplah telefon mereka dan sentiasa beri nasihat berterusan dan jgn lupa banyakkan berdoa.
Ini adalah usaha ibubapa.
Jika sebelum ini ibubapa sudah didik anak² dan anak² masih melakukan dosa,ini adalah dosa yg ditanggung sendiri oleh anak² bukan lagi dosa ibubapa.

BAGAIMANA IBUBAPA YG TIDAK ADIL ATAU PILIH KASIH PADA ANAK²?
Nabi suruh kita berlaku adil pada semua anak².
Jika seorang anak dapat satu pemberian dari seorang ayah,anak² lain juga mesti dapat juga.
Supaya anak tidak terasa hati.
Kewajiban seorang ketua keluarga juga ialah memastikan ahli keluarganya selamat dari api neraka.
Dan sebagai anak jgn menjadi sebab ibubapa masuk neraka dan banyakkanlah mendoakan ibubapa.

APAKAH DALAM ISLAM ADA MENYURUH MENASIHATI ANAK DGN HIKMAH?
Ya ...Ada.
Ajaklah ke jalan TuhanMu dgn nasihat yg baik dan berhikmah.
Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian kecuali mereka yg beriman dan beramal soleh dan berpesan~pesan dgn kebenaran dan berpesan~pesan dgn kesabaran.
Meninggalkan maksiat juga adalah amalan soleh.
Menasihati dan berpesan~pesan dgn kebenaran dan berpesan~pesan dgn kesabaran juga adalah amalan soleh.

BERDOSAKAH SEORANG ANAK YG  MENEGUR SEORANG IBU YG SUKA MEMBUKA AIB ANAK²?
Membuka aib adalah berdosa.
Sepatutnya tidak berlaku ibubapa yg membuka aib anak² pada jiran atau pada org lain.
Ibubapa tidak boleh membuka aib anak dan anak juga tak boleh buka aib ibubapa.
Tidak menjadi kesalahan jika anak menegur ibubapa yg suka membuka aib anak².
Tegurlah dgn berhikmah.

SEKIRANNYA IBUBAPA MELAKUKAN DOSA TERHADAP ANAKNYA,BOLEHKAH ANAK²  BOLEH PUTUSKAN SILATURAHIM?
Walaupun ibubapa buat dosa...Seorang anak tak ada hak utk memutuskan silaturahim dan juga jgn putuskan silaturahim dgn adik beradik dan sahabat² juga.

Zaman TEKNOLOGI WHATSAPP apabila ditegur dalam group maka LEFT group lepas tu muka tak malu nak masuk group

dalam FB unfriend dan block lepas tu bila unblock semula
konon boleh hidup tanpa nasihat kamu tu bila ditegur
Jika 3 hari sahaja tidak bertegur sapa,tidak boleh masuk syurga.

NABI MENEGUR SEORANG ANAK YG MENGAMBIL MAKANAN DGN TANGAN KIRI DAN TAK BACA بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
NABI KATA AMBILLAH DGN TANGAN KANAN DAN SEBUTLAH NAMA ALLAH بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم SERTA AMBILLAH YG PALING DEKAT.
NABI AJARKAN PADA KITA SUPAYA AJAR ANAK² MAKAN SEJAK DARI KECIL.

BAGAIMANA IBUBAPA YG TIDAK BIMBING ATAU MEMBERI HAK TERHADAP ANAK² ITU DIKIRA IBUBAPA DERHAKA?
Ya ..jika ibubapa tidak menunaikan hak pada anak² juga boleh disebut ibubapa derhaka dan dan berdosa.
Mendidik anak² bukan sahaja pada solat tapi juga pada akhlak.

BERDOSAKAH IBUBAPA YG MENGHALANG ANAK² BERKAHWIN AWAL?
Itu adalah hak seorang wali(ayah)

Jika seorang ayah memberi sebab yg munasabah kenapa tidak boleh kahwin awal dan anak tetap melakukan zina,ini menjadi dosa kepada anak bukan lagi dosa ibubapa.

Dan janganlah menolak jika yg datang meminang itu seorang lelaki yg soleh supaya tidak berlaku zina.

#InShaaAllah_Aamiin
#BiarTahuJanganKeliru

Wednesday, 13 September 2017

DOA KETIKA MENGAMBIL WUDUK



Berikut adalah bacaan Doa yang teman selalu amalkan ketika berwuduk




Monday, 28 August 2017

NIAT MESTI BETUL

Pesanan & nasihat daripada Dr Shaikh Mohd Saifuddeen, IKIM

Kepada yang berhasrat menyambung pengajian ke peringkat *pascasiswazah*, beberapa perkara perlu diberikan perhatian:

1. Betulkan niat:
Niat menyambung pengajian adalah untuk memperoleh ilmu pengetahuan kerana Allah SWT. Bukannya sebab hendak dapatkan gelaran "Dr.", atau memperoleh kelulusan atas kertas, atau terpaksa buat sebab hendak naik pangkat, atau kerana mahu naik pentas semasa konvokesyen.

2. Asah kemahiran menjalankan penyelidikan:
Peringkat pascasiswazah bukan seperti zaman mahasiswa sarjana muda. Perlu dalami metodologi dalam menjalankan kajian, baik kualitatif atau kuantitatif atau kombinasi kedua-duanya. Perlu tahu perbezaan metodologi dengan metode. Jangan sampai ada yang berkata penyelidikan kualitatif tidak ada metodologi, misalnya.

3. Asah kemahiran menyampaikan idea dalam bentuk lisan dan tulisan:
Perlu ada usaha untuk meningkatkan kemahiran dan kemampuan menyampaikan idea hasil daripada pemikiran dan penyelidikan yang kita lakukan dalam bentuk lisan dan tulisan. Jika penyampaian lisan dan tulisan kita baik dan lancar, ia satu tanda ketajaman fikiran kita dalam menggarap idea untuk disampaikan kepada orang lain.

4. Baca, baca dan baca:
Jika ada sesiapa yang menyambung ke peringkat pengajian pascasiswazah tetapi tidak mahu akrab dengan buku, maka tidaklah perlu bersusah-payah menyambung pengajian.

5. Teliti dan rapi dalam penulisan:
Setiap huruf, penanda wacana, perkataan, ayat dan perenggan yang ditulis memberi gambaran ketelitian dan kerapian yang dimiliki oleh seseorang. Tulis dengan penuh teliti dan rapi, jangan tergesa-gesa. Reputasi penyelidik dilihat pada bukan sahaja pengolahan idea, malahan kepada sejauh mana teliti dan rapinya dia dalam penulisan.

6. Urus prioriti:
Pengurusan masa dan sumber serta disiplin diri berkait rapat dengan mengatur keutamaan dalam pengajian peringkat pascasiswazah. Melengah-lengahkan sesuatu yang boleh diselesaikan atau mendahulukan perkara yang tidak penting merupakan manifestasi pengurusan prioriti yang tidak kena pada tempatnya.

7. *Adab kepada penyelia*(SV)
Hendak berbeza pandangan dengan penyelia itu dibolehkan, tetapi buatlah secara beradab, berhemah dan berhikmah. Elakkan daripada melakukan perkara di belakang pengetahuan penyelia. Ingat yang apa sahaja yang kita lakukan sebagai calon pascasiswazah juga mempengaruhi imej dan reputasi penyelia.

8. Adab kepada pemeriksa:
Pemeriksa tesis diberikan tanggungjawab untuk memberikan ulasan, pandangan dan teguran kepada kajian kita. Sentiasa berlapang dada terhadap apa yang dilontarkan oleh pemeriksa. Jangan lihat mereka sebagai musuh. Pemeriksa adalah "peer reviewers" yang merupakan sebahagian proses dalam perkembangan ilmu pengetahuan. Jangan tolak ke tepi pandangan yang mereka berikan bulat-bulat. Jika baik pandangan mereka, terimalah dan buatlah pembetulan. Jika tidak bersetuju dengan pandangan mereka, berilah hujah-hujah ilmiah untuk berpegang kepada pendirian kita.

Sunday, 16 April 2017

JANGAN MELEPASKAN 3 PERKARA

Luqman Al-hakim memesan kepada anaknya
wahai anakku jangan sesekali melepaskan tiga perkara ini :

1- Makan makanan yang paling sedap
2- Tidur di tempat yang paling selesa
3- Dan tinggal di tempat yang paling baik

Anaknya pon menjawab: " kita kan orang fakir, bagaimana dapat aku lakukan semua ini?  "

Lukman pon menjawab:

- Bila engkau makan hanya bila engkau lapar, maka makanan itu akan menjadi makanan yang paling sedap,

- Jika engkau kerja keras tanpa mengharap belas kasihan orang lain dan tidak berdendam dengan sesiapa, maka engkau akan merasa tidur di tempat yang paling selesa,

- Dan jika engkau telah tunaikan hak tuhanmu dan hak manusia, dan melayan manusia dengan baik, engkau akan diingati dalam hati mereka, maka dengan ini engkau telah tinggal di tempat yang paling baik.

Subhanallah..

Patut dinamakan Luqman Al-hakim
Sangat hikmah beliau berpesan kepada anaknya..

Monday, 10 April 2017

MASUK MAHKAMAH : BEREBUT NAK JAGA IBU

Di Malaysia realitinya anak kandung menuntut ibunya atau ayahnya di mahkamah hanya kerana wang/geran tanah, rumah dan harta yang lainnya
Tapi,Di Saudi, dua adik beradik ke mahkamah hanya untuk berebut hak penjagaan ibu kandungnya... masya Allah
*SENGKETA DUA BERADIK HINGGA KE MAHKAMAH*
👥 Dua Orang Adik Beradik (Di Saudi Arabia) Bergaduh dan Merebut Hak penjagaan ibu Hingga ke Mahkamah.
⚖ Di salah satu pengadilan Qasim, Kerajaan Saudi Arabia, Hizan al Fuhaidi dgn air mata yg bercucuran air mata hingga membasahi janggutnya...
🔨 Kenapa? 
Kerana ia kalah terhadap kepada saudara kandungnya di mahkamah!!! 
⚔ Tentang apakah kekalahan dgn saudaranya?? 
Tentang tanah ?? 
atau harta??? 
👋 Bukan kerana itu semua!! 
💝Ia kalah terhadap saudaranya berkenaan hak penjagaan ibunya yg sudah tua & bahkan hanya memakai sebuah cincin timah di jarinya yg telah kusam,, 
Seumur hidupnya, beliau tinggal bersama Hizan yg selama ini menjaganya,,
Tatkala beliau telah semakin tua, datanglah adiknya yg tinggal di kota lain, 
Untuk mengambil ibunya agar tinggal bersamanya, dengan alasan, kemudahan kesihatan dll di kota jauh lebih baik daripada di desa,, 
🗣 Namun Hizan menolak dgn alasan, selama ini ia mampu untuk menjaga ibunya. 
Perbalahan ini tidak berhenti sampai di situ, hingga berlarutan ke mahkamah!! 
Sidangpun bermula,, hingga sang hakim pun meminta agar sang ibu hadirkan di mahkamah.. 
👥Kedua bersaudara ini mendukung ibunya yg sudah tua yg beratnya sudah tdk sampai 40 Kg!! 
Hakim bertanya kpdnya, siapa yg lebih berhak tinggal bersamanya. 
Ibu itu memahami pertanyaan hakim, ia pun menjawab, sambil menunjuk ke Hizan,
“Ini mata kananku!”
Kemudian menunjuk ke adiknya sambil berkata,
“Ini mata kiriku!! 
🔎Hakim berpikir sejenak kemudian memutuskan hak penjagaan kepada adik Hizan,
berdasar pertimbangan kemaslahatan bagi si ibu!! 
🏅Betapa mulia air mata yg dikeluarkan oleh Hizan!!
Air mata penyesalan kerana tdk dapat memelihara ibunya tatkala beliau telah meningkat usianya semakin lanjut!! 
Dan, betapa bangga dan agungnya seorang ibu!! direbut oleh anak-anaknya hingga seperti ini,,!! 
💎Andaikata kita dapat memahami, bagaimana seorang ibu mendidik kedua anak lelakinya hingga ia menjadi ratu dan mutiara termahal bagi anak-anaknya!! 
🏆 Ini adalah pelajaran & pengajaran yang sangat mahal tentang berbakti kepada orang tua,, dizaman yg sudah hampir kiamat ini betapa banyak anak yang derhaka,, 
✅ _“Ya ALLAH, Roob kami!! Anugerahkan kepada kami keredhoan ibu kami dan berilah kami kekuatan agar selalu dapat berbakti kepadanya!!”_
Aamiiin!!! 
*Aamiin ya Rabbal'alamiin*

Tuesday, 4 April 2017

MISI DAN REZEKI


1. Visi manusia diturunkan didunia ialah utk berjalan menuju akhirat.

2. PhD ialah sebahagian misi misi kecil yg penuh dgn ujian. Ujian utk melihat bagaimana kita hadapinya supaya kita sentiasa berada di jalan yg lurus.

Tak perlu banding siapa yg susah siapa senang siapa pandai siapa kalah. It is indeed an individual test. Sebab tulah terasa lonesome.

Just focus on how we perform before, during and after PhD?
Kita diberi ujian PhD bukan kerana kita lebih pandai. Kita lulus PhD juga bukan kerana kita yg intelligent. Tapi itu semua ujian, rezeki yg ditentukan.

Sunday, 2 April 2017

UJIAN KIFARAH MANUSIA

✍🏿 *UJIAN KIFARAH DOSA ?*

Apabila kita diuji dalam bentuk apa sekalipun seperti musibah pada hartabenda, keluarga diri sendiri seperti penyakit, hilang kerja difitnah, dirompak harta, dicuri dan sebagainya...

Hati mula berbisik ini kifarat atas dosa2ku ...keluarga, sahabat handai dan orang sekeliling menasihati " bersabarlah..

_"Allah uji sebab nak hapus dosa"_

Ya betul..benar semua doiatas 👆... Tapi,

_Kita makin sedih._
_Makin kecewa._
_Malah meratapi dosa._

ALLAH jua diajukan soalan.

_Kenapa dan Mengapa._

Wahai sahabat,
Berhenti sejenak... dan tukarkan fikiran kita yang tnegatif itu.

_Allah dah janji,_

INNA MA'AL USRI YUSRO..
_(setiap kesusahan itu BERSAMA kesenangan)_

✏ Nabi Muhammad Saw juga diuji. Bahkan lebih hebat daripada kita... lalu adakah kerana DOSA ??
_(Allahumma solli a'la saiyidina Muhammad)_

✏ Nabi Zakaria dipotong badannya hingga terputus dua... adakah kerana DOSA ??

✏ Sumayyah dicampak ke dalam parit api. Hingga habis sekeluarga... adakah kerana DOSA ??

✏ Bilal bin Rabah juga terseksa di dunia. Dihenyakkan batu besar diatas dada... adakah kerana DOSA ??
Nabi Ibrahim juga diuji dibakar oleh namrud, Nabi Yusuf dicampak dalam perigi buta. Nabi Ayub di uji dengan penyakitnya yg tidak dpt diterima oleh kaum dan keluarganya, Nabi Yunus ditelan ikan, N Musa dikejar tentera firaun tepi lautan...

Kita lihat musibah bagi orang beriman... berkata pula saidina Abu bakar r.a ketika terlanggar tunggul (tidak sengaja)sehingga kakinya berdarah...
(lebih kurang maksud):

"Sudah beberapa hari aku susah hati kerana tiada musibah(sakit) yang menimpaku
seolah olah Allah murka kepadaku yang telah banyak berbuat dosa ..., tapi
Alhamdulillah hari ini, kaki ini telah luka berdarah terlanggar tunggul, semoga
Allah mengampunkan dosaku...mereka ini suka dengan musibah...

Adakah musibah  semua itu kerana dosanya...

_Bukan.. bukan..bukan.._ _Bukan kerana DOSA semata2..._

Allah uji untuk,
Menaikkan darjat.
ALLAH uji sebab DIA kasihkan kita.

Kerana ALLAH rindu airmata kita...

_Indah kan 😍_


Bila kita menangis, Malaikat tadah air mata dan simpan di Akhirah. Airmata keinsafan kita yang rindukan dan takutkan Allah mampu memadamkan api neraka.

Sahabat yang dikasihi,

Jangan prejudis pada Allah apabila diuji.
Jangan menghukum diri apabila diduga.
Sebaiknya ambil wudhu'.. solat dua rakaat.. selepas salam.. istighfar dan selawat..

Senyum memandang ke langit, biarlah airmata berlinang... bisik dalam hati sedalam dalamnya.

_"Ya Allaaaaahhhhhh.. terima kasih kerana TIDAK MELUPAKAN aku.."_

Allah itu ADIL..
Allah itu PENUH KASIH SAYANG..
Allah itu PENCIPTA kita..

Siapa lagi nak UJI kita kalau bukan Allah .
Siapa lagi nak SAYANG kita kalau bukan Allah .
Siapa lagi nak MULIAKAN kita kalau bukan Allah .

Jangan berhenti MENGGALI kasih sayang Allah.
ALLAH MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..


_Bersabarlah setiap kali diuji._
_Bukan Allah membenci, cuma merindui rintihan hati._

_Kita hamba yang sering lupa diri._
_Kita suka menunding jari._

#Warkah indah🌷 buat santapan rohaniku jua kupanjangkan utk kesayangan2ku semua......💞

Friday, 31 March 2017

SIJIL PADANG MAHSYAR

RENUNGAN SEKETIKA
~Sijil Padang Mahsyar

ALlāh beri peringatan sesungguhnya 'alam barzakh itu benar, Syurga dan Neraka itu benar. Dunia ini penuh tipu daya Syaitan. Bisikkan iblis amat halus jarumnya. Kembali lah ke jalan ALlāh. Di Mahsyar nanti ada dua kumpulan manusia;

a. Keputusan Cemerlang
فَأَمَّا مَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ بِيَمِينِهِ ﴿٧﴾ فَسَوْفَ يُحَاسَبُ حِسَابًا يَسِيرًا ﴿٨﴾ وَيَنقَلِبُ إِلَىٰ أَهْلِهِ مَسْرُورًا ﴿٩﴾

      Sesiapa yang diberi menerima surat amalnya dengan tangan kanannya, - (7) Maka ia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan, (8) Dan ia akan pergi kepada keluarganya (yang beriman) dengan sukacita. (9)

b. Gagal
 وَأَمَّا مَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ وَرَاءَ ظَهْرِهِ ﴿١٠﴾ فَسَوْفَ يَدْعُو ثُبُورًا ﴿١١﴾ وَيَصْلَىٰ سَعِيرًا ﴿١٢﴾ إِنَّهُ ظَنَّ أَن لَّن يَحُورَ ﴿١٤﴾
       Dan sesiapa yang diberi menerima surat amalnya (dengan tangan kiri), dari sebelah belakangnya, (10) Maka ia akan meraung menyebut-nyebut kebinasaannya, (11) Dan ia akan menderita bakaran neraka yang marak menjulang. (12) Sebenarnya ia semasa di dunia dahulu bersukaria dalam kalangan keluarganya (yang juga kufur ingkar)! (13)

(Surah al-insyiqaaq : 7 - 13)

Thursday, 30 March 2017

ISTERI PUNCA REZEKI SUAMI

KUNCI LANCARNYA REZEKI SUAMI ADA PADA ISTERI

Masyaallah! Ternyata Ini 10 Sifat Isteri Yang Membuat Rezeki Suami Mengalir Dengan Sangat Deras

Ramai suami yang mungkin tidak tahu bahwa rezekinya dengan izin Allah mengalir lancar atas peranan isteri. Memang tidak dapat dilihat secara mata kasar, tetapi dapat dijelaskan secara spiritual bahawa 10 karakter isteri ini ‘membantu’ menghadirkan rezeki untuk suaminya.

1. Isteri yang pandai bersyukur
Istri yang bersyukur atas semua karunia Allah pada hakikatnya dia sedang mengundang tambahan nikmat untuk suaminya. Termasuk juga rezeki. Miliki suami, bersyukur. Jadi ibu, bersyukur. Anak-anak dapat mengaji, bersyukur. Suami memberi nafkah, bersyukur. Suami memberikan hadiah, bersyukur. Suami mencintai setulus hati, bersyukur. Suami memberi kenikmatan sebagai suami istri, bersyukur.

“Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan : bila kalian bersyukur, tentu Kami akan menambah (nikmat) padamu apabila kamu mengingkari (nikmatKu) maka sesungguhnya adzabku sangat pedih” (QS. Ibrahim : 7).

2. Isteri yang tawakal kepada Allah
Di waktu seseorang bertawakkal pada Allah, Allah akan mencukupi rezekinya.

“Dan barangsiapa yang bertawakkal pada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. ” (QS. Ath Thalaq : 3).

Bila seseorang isteri bertawakkal pada Allah, sementara dia tidak bekerja, dari mana dia dicukupkan rezekinya. Allah akan mencukupkannya dari jalan lain, tidak selamanya harus langsung diberikan pada wanita itu. Boleh jadi Allah akan memberi rezeki yang banyak pada suaminya, lalu suami itu memberi nafkah yang cukup pada dirinya.

3. Istri yang baik agamanya
Rasulullah menjelaskan kalau wanita dinikahi kerana empat perkara. Kerana hartanya, kecantikannya, nasabnya dan agamanya.

“Pilihlah kerana agamanya, niscaya kamu beruntung” (HR. Al Bukhari dan Muslim).

Beruntung itu beruntung didunia dan di akhirat. Beruntung didunia, salah satu aspeknya yaitu dimudahkan mendapatkan rezeki yang halal.

Cuba kita perhatikan, insya Allah tidak ada satu pun keluarga yang semua anggotanya patuh pada Allah lalu mereka mati kelaparan atau kebuluran. Lalu bagaimana dengan seorang suami yang banyak bermaksiat pada Allah namun rezekinya lancar? Boleh jadi Allah akan memberi rezeki pada isteri dan anak-anaknya melalui dirinya. Jadi kerana taqwa isterinya dan bayi atau anak kecilnya yang belum berdosa, Allah lalu mempermudah rezekinya. Suami semacam itu sebenarnya berhutang pada isterinya.

4. Istri yang banyak beristighfar
Diantara keutamaan istighfar yaitu mendatangkan rezeki. Hal semacam itu dapat dilihat dalam Surah Nuh ayat 10 sampai 12. Kalau dengan memperbanyak istighfar, Allah akan mengirimkan hujan dan memperbanyak harta.

“Maka saya katakan pada mereka, ‘Mohonlah ampun pada Tuhanmu’, sesunguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan padamu dengan lebat, memperbanyak harta dan anak-anakmu, mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (juga di dalamnya) sungai-sungai untukmu” (QS. Nuh : 10-12).

*. Istri yang gemar silaturahim
Istri yang gemar menyambung silaturahim, baik pada orang tuanya, mertuanya, sanak familinya, serta saudari-saudari seaqidah, pada dasarnya dia tengah menolong suaminya membuat lancar rezeki. Sebab keutamaan silaturahim adalah dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya.

“Siapa yang suka dilapangkan rizkinya dan dipanjangkan umurnya hendaklah dia menyambung silaturrahmi. ” (HR. Al Bukhari dan Muslim).

6. Istri yang suka bersedekah
Istri yang suka bersedekah, beliau jua dalam intinya sedang melipatgandakan rezeki suaminya. Kerana keutamaan sedekah misalnya dijelaskan pada surat Al Baqarah, bakal dilipatgandakan Allah sampai 700 kali lipat. Dan ia boleh dilipatgandakan lebih dari itu menurut kehendak Allah.
Apabila istri yang mendapat  nafkah dari suaminya, lantas sebahagiannya dia pakai untuk sedekah, mungkin tidak dibalas melaluinya. Namun mungkin saja dibalas melalui suaminya. Jadilah pekerjaan suaminya lancar, rezekinya berlimpah.
“Perumpamaan orang-orang yg menafkahkan hartanya di jalan Allah sama beserta sebutir benih yg menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir ada seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) buat siapa saja yang dia kehendaki. Dan Allah Mahaluas lagi Maha tahu. ” (QS. Al Baqarah : 261).

7. Isteri yang bertaqwa
Orang yang bertaqwa bakal menerima jaminan rezeki dari Allah Subhanahu wa Ta’ala. Bahkan beliau bakal mendapatkan rezeki menurut arah yang tidak disangka-sangka. Misalnya firman Allah dalam surat Ath Talaq ayat 2 dan 3.
“Barangsiapa bertaqwa dalam Allah, nescaya beliau bakal mengadakan jalan keluar baginya serta memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka” (QS. At Thalaq : 2-3).

8. Isteri yang selalu mendoakan suaminya apabila seseorang ingin menerima suatu hal, dia perlu mengetahui siapakah yang memilikinya. Beliau tidak dapat mendapatkan sesuatu itu tetapi dari pemiliknya.
Begitulah rezeki. Rezeki sebenarnya adalah pemberian dari Allah Azza wa Jalla. Dialah yang Maha Pemberi rezeki. Jadi jangan cuma bersandar kepada usaha manusiawi namun perbanyaklah berdoa memohon kepadaNya. Doakan suami supaya selalu mendapatkan limpahan rezeki berdasarkan Allah, serta yakinlah apabila isteri berdoa dalam Allah buat suaminya tentu Allah akan mengabulkannya.
“DanTuhanmu berfirman : Berdoalah kepadaKu nescaya Saya kabulkan” (QS. Ghafir : 60).

9. Istri yang suka solat dhuha
Solat dhuha adalah solat sunnah yang luar biasa keutamaannya. Solat dhuha dua raka’at setara beserta 360 sedekah buat menukar hutang sedekah setiap persendian. Solat dhuha empat rakaat, Allah bakal mengklaim rejekinya sepanjang hari.
“pada pada tubuh insan ada 360 sendi, yg seluruhnya mesti dikeluarkan sedekahnya. ” Mereka (beberapa sahabat) bertanya, “Siapakah yang mampu melakukan itu wahai Nabiyullah? ” dia menjawab, “Engkau bersihkan kahak yang ada dalam masjid merupakan sedekah, engkau menyingkirkan suatu hal yang Mengganggu menurut jalan yaitu Jadi apabila engkau tidak menemukannya (sedekah sebesar itu), jadi dua raka’at Dhuha sudah mencukupimu. ” (HR. Abu Dawud)
Allah ‘Azza wa Jalla berfirman, “Wahai anak Adam, janganlah engkau luput berdasarkan empat rakaat di awal harimu, pasti Aku cukupkan untukmu pada sepanjang hari itu. ” (HR. Ahmad).

10. Isteri yang taat serta melayani suaminya
Salah  satu kewajipan isteri pada suami yaitu mentaatinya. Sepanjang perintah suami tak dalam rangka mendurhakai Allah serta RasulNya, isteri hendaklah mentaatinya.
Apa hubungannya beserta rezeki? Ketika seorang isteri taat dalam suaminya, jadi hati suaminya juga damai dan hening. Ketika hatinya damai, dia sanggup befpikir lebih jernih dan kreativitinya ada. Semangat kerjanya juga aktif. Ibadah juga lebih damai, rezeki mengalir lancar..

Saturday, 25 March 2017

HADIAH IKATAN KASIH SAYANG

RENUNGAN SEKETIKA
~Hadiah ikatan kaseh sayang

عَنْ عَطَاءِ بْنِ أَبِي مُسْلِمٍ عَبْدِ اللَّهِ الْخُرَاسَانِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَصَافَحُوا يَذْهَبْ الْغِلُّ وَتَهَادَوْا تَحَابُّوا وَتَذْهَبْ الشَّحْنَاءُ

Dari 'Atha bin Abu Muslim Abdullah Al Khurasani berkata, "RasuluLlāh s.a.w  bersabda: "Hendaklah kalian saling berjabat tangan, niscaya akan hilanglah kedengkian. Hendaklah kalian saling memberi hadiah, niscaya akan saling mencintai dan hilanglah permusuhan.

#Pengajaran:
1.  Ukhuwah dan berkasih sayang adalah dituntut sesama muslim.

2.  Sifat saling berkasih sayang akan menjauhkan perasaan dengki dan permusuhan

3.  Antara cara untuk mengikat ukhuwah dan kasih sayang sesama muslim ialah melalui;

a.  Saling berjabat tangan apabila bertemu sesama saudara Islam.

b.  Saling memberi hadiah seperti belanja makan, tolong bayarkan harga makanan dan sebagainya.

Marilah saling berjabat tangan dan memberi hadiah, insya'ALlāh kita saling mengasihi dan menjauhi permusuhan.

Saturday, 18 March 2017

INGAT ALLAH

Randy Pausch, 47 tahun, seorang Pensyarah Sains Komputer dari Mellon University. Dia meninggal dunia disebabkan oleh kanser pankreas pada 2008, tetapi dia menulis buku "The Last Lecture" pada 2007. Suatu legasi yang dia tinggalkan.

Dalam suratnya kepada isteri dan anak-anaknya, Dylan, Logan, dan Chloe, dia menulis satu panduan yang sangat baik, "Panduan Untuk Hidup Yang Lebih Baik" untuk isteri dan anak-anaknya.

Bagaimana untuk memperbaiki hidup anda.

1. Jangan bandingkan hidup anda dengan orang lain. Anda mungkin tidak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka.

2. Jangan mempunyai pemikiran negatif terhadap benda yang kamu tidak boleh kawal. Sebaliknya, tumpukan tenaga anda terhadap benda yang positif yang anda miliki pada masa ini.

3. Jangan terlebih buat apa yang anda mampu. Cukuplah setakat yang anda mampu.

4. Jangan terlalu serius terhadap diri anda. Tiada siapa yang berbuat demikian.

5. Jangan bazirkan tenaga anda terhadap gossip.

6. Berfikir lebih jauh bila anda masih terjaga.

7. Iri hati adalah sia-sia. Kamu sudah mempunyai semua yang kamu perlukan.

8. Lupakan perkara yang sudah lepas. Jangan ungkit kesilapan pasangan anda di masa lampau. Ianya akan menghancurkan kegembiraan anda di masa kini.

9. Hidup ini terlalu singkat untuk membenci sesiapa. Hindarkan daripada membenci sesiapa.

10. Berdamailah dengan masa lalu kamu supaya ia tidak akan merosakkan masa sekarang kamu.

11. Tiada siapa yang mengawal kegembiraan kamu selain dari kamu sendiri.

12. Ketahuilah bahawa hidup ini ialah seperti sekolah dan kamu di sini untuk belajar. Masalah ialah salah satu dari kurikulum yang akan muncul dan pergi seperti kelas algebra, tetapi pengajarannya akan kamu pegang seumur hidup kamu.

13. Senyum dan tertawa selalu.

14. Kamu tidak perlu menang setiap pertengkaran. Setuju untuk tidak setuju.

15. Hubungi keluarga kamu selalu.

16. Beri sesuatu yang baik untuk orang lain setiap hari.

17. Maafkan orang lain.

18. Luangkan masa untuk orang yang berumur 70 tahun ke atas dan 6 tahun ke bawah.

19. Pandangan orang lain terhadap kamu bukan urusan kamu.

21. Pekerjaan kamu tidak akan menjaga kamu bila kamu sakit tetapi keluarga kamu akan menjaga kamu. Selalu berhubung.

22. Dahulukan Tuhan dalam segala yang kamu fikir, katakan dan buat.

23. Tuhan itu penyembuhan.

24. Buat perkara yang betul.

25. Bagaimana baik atau buruk pun situasi sekarang, ia akan berubah.

26. Bagaimanapun yang kamu rasa, bangun, salin pakaian dan pergi.

27. Yang terbaik akan datang kemudian.

28. Buang apa yang tidak berguna atau yang tidak menggembirakan.

29. Bila kamu terjaga di waktu pagi, bersyukur kepada Tuhan.

30. Kalau kamu kenal Tuhan kamu akan gembira selalu. Jadi, bergembiralah selalu.

Apabila kamu mengamalkan kesemua di atas, kongsikanlah pengetahuan ini dengan orang yang kamu sayangi, orang di sekolah kamu, orang yang kamu selalu bermain bersama, orang yang kamu kerja bersama, dan orang yang tinggal bersama kamu. Bukan sahaja ianya akan memperbaiki hidup anda, tetapi juga orang di sekeliling anda.

Wednesday, 15 March 2017

REZEKI

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
صباح الخير
Tazkirah Pagi.

*LAPAN JENIS REZEKI DARI ALLAH*

*1.Rezeki Yang Telah Dijamin.*

‎وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ
"Tidak ada satu makhluk melata pun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin ALLAH rezekinya."
(Surah Hud : 6).

*2. Rezeki Kerana Usaha.*

‎وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَى
"Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya."
(Surah An-Najm : 39).

*3. Rezeki Kerana Bersyukur.*

‎لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu."
(Surah Ibrahim : 7).

*4. Rezeki Tak Terduga.*

‎وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا( ) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ
"Barangsiapa yang bertakwa kepada ALLAH nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya."
(Surah At-Thalaq : 2-3).

*5. Rezeki Kerana Istighfar.*

‎فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا ( ) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا
"Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta.”
(Surah Nuh : 10-11).

*6. Rezeki Kerana Menikah.*

‎وَأَنكِحُوا الْأَيَامَىٰ مِنكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِن يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ
"Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka ALLAH akan memberikan kecukupan kepada mereka dengan kurnia-Nya."
(Surah An-Nur : 32).

*7. Rezeki Kerana Anak.*

‎وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ
"Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.”
(Surah Al-Israa' : 31).

*8. Rezeki Kerana Sedekah.*

‎مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافًا كَثِيرَةً
"Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada ALLAH, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka ALLAH akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak."
(Surah Al-Baqarah : 245).

Semoga Allah sentiasa limpahkan kita dengan rezeki zahir dan batin yang dapat membantu perjalanan kita menuju Allah. Aamiin


Tuesday, 7 February 2017

SERTAI MAJLIS PENGEBUMIAN



*Lukman Al Hakim*

Satu-satunya manusia yang bukan nabi,
bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur'an adalah Lukman Al Hakim. Kenapa? kerana hidupnya penuh hikmah. Suatu hari ia pernah menasihati anaknya tentang hakikat hidup.

"Anakku, jika makanan telah memenuhi perutmu, maka akan matilah fikiran dan kebijaksanaanmu. Semua anggota badanmu akan malas untuk melakukan ibadah, dan hilang pulalah ketulusan dan kebersihan hati. Padahal hanya dengan hati bersih manusia boleh menikmati lazatnya berzikir."

"Anakku, kalau sejak kecil engkau rajin belajar dan menuntut ilmu. Dewasa kelak engkau akan memetik buahnya dan menikmatinya."

"Anakku, ikutlah orang-orang yang sedang menyusung jenazah, jangan kau ikut orang-orang yang hendak pergi ke pesta pernikahan. Kerena jenazah akan mengingatkan engkau pada kehidupan yang akan datang. Sedangkan pesta pernikahan akan membangkitkan nafsu duniamu."

"Anakku, aku sudah pernah memikul batu-batu besar, aku juga sudah mengangkat besi-besi berat. Tapi tidak pernah kurasakan sesuatu yang lebih berat daripada tangan yang buruk perangainya."

"Anakku, aku sudah merasakan semua benda yang pahit. Tapi tidak pernah kurasakan yang lebih pahit dari kemiskinan dan kehinaan."

"Anakku, aku sudah mengalami penderitaan dan bermacam kesusahan. Tetapi aku belum pernah merasakan penderitaan yang lebih susah daripada menanggung hutang."

"Anakku, sepanjang hidupku aku berpegang pada 8 wasiat para nabi. Kalimat itu adalah:

1. Jika kau beribadah pada Allah, jagalah fikiranmu baik-baik.

2. Jika kau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandanganmu.

3. Jika kau berada di tengah-tengah majlis, jagalah lidahmu.

4. Jika kau hadir dalam jamuan makan, jagalah perangaimu.

5. Ingatlah Allah selalu.

6. Ingatlah maut yang akan menjemputmu

7. Lupakan budi baik yang kau lakuan pada orang lain.

8. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadapmu

Monday, 6 February 2017

BELUM SAMPAI MASA

Al Marhum Prof Hamka

*TERLENA*

_Waktu berlalu begitu pantas menipu kita yang terlena_

_Belum sempat berzikir di waktu pagi, hari sudah menjelang siang, Belum sempat bersedekah pagi, matahari sudah meninggi._

_Niat pukul 9.00 pagi hendak solat Dhuha, tiba-tiba azan Zuhur sudah terdengar.._

_Teringin setiap pagi membaca 1 juzuk Al-Quran, menambah hafalan satu hari satu ayat, itu pun tidak dilakukan._

_Rancangan untuk tidak akan melewatkan malam kecuali dengan tahajjud dan witir, walau pun hanya 3 rakaat, semua tinggal angan-angan._

_Beginikah berterusannya nasib hidup menghabiskan umur? Berseronok dengan usia?_

_Lalu tiba-tiba menjelmalah usia di angka 30, sebentar kemudian 40, tidak lama terasa menjadi 50 dan kemudian orang mula memanggil kita dengan panggilan "Tok Wan, Atok...Nek" menandakan kita sudah tua._

_Lalu sambil menunggu Sakaratul Maut tiba, diperlihatkan catatan amal yang kita pernah buat...._

_Astaghfirullah, ternyata tidak seberapa sedekah dan infak cuma sekadarnya, mengajarkan ilmu tidak pernah ada, silaturrahim tidak pernah buat._

_Justeru, apakah roh ini tidak akan melolong, meraung, menjerit menahan kesakitan di saat berpisah daripada tubuh ketika Sakaratul Maut?_

_Tambahkan usiaku ya Allah, aku memerlukan waktu untuk beramal sebelum Kau akhiri ajalku._

_Belum cukupkah kita menyia-nyiakan waktu selama 30, 40, 50 atau 60 tahun?_

_Perlu berapa tahun lagikah untuk mengulang pagi, siang, petang dan malam, perlu berapa minggu, bulan, dan tahun lagi agar kita BERSEDIA untuk mati?_

_Kita tidak pernah merasa kehilangan waktu dan kesempatan untuk menghasilkan pahala, maka 1000 tahun pun tidak akan pernah cukup bagi orang-orang yang terlena._

Pak Hamka.Al Marhum Prof Hamka😔😔😔

Saturday, 4 February 2017

LUASNYA REZEKi

*TENTANG REZEKI*


Allah nak ambik atau nak tarik rezeki kita dengan macam2 cara. Tayar motor pancit lh, kereta rosak, duit kena curi lah, kena tipu lah sebab join bisnes itu ini, kena tipu join skim itu ini, dan macam2 lagi. Itu lah hakikatnya.

Kekadang kita berfikir soal rezeki dengan tidak adil.. maka kita cemburukan gaji, elaun dan pendapatan tambahan kawan kita yang bekerja ditempat lain atau bekerja lebih masa dengan berniaga dan sebagainya yang dilihat lebih besar dari kita. Kita rasa resah melihat orang lain.

Ingat! *REZEKI* itu bukan sahaja di slip gaji atau pada jumlah angka duit semata-mata.

*Kekadang kita lupa..*
🔹Dapat bos ditempat kerja yang baik pun rezeki..
🔹Dapat kawan2 tempat kerja yang baik pun rezeki..
🔹Dapat masyarakat sekeliling tempat kerja yang baik pun rezeki..
🔹Kerja tak pressure pun rezeki..
🔹Sambil bekerja tapi banyak masa dengan family pun rezeki..

Banyak sangat rezeki yang Allah bagi kepada kita sebenarnya..

 *Jom fikir luasnya rezeki.*

 Jangan sempitkan hanya pendapatan yang tercatat atas kertas sahaja sebagai rezeki..

Kekadang..

🔸Ada orang direzekikan cantik & tampan, tapi tak direzekikan cinta.
🔸Ada orang direzekikan harta, tapi tak direzekikan anak-anak.
🔸Ada orang direzekikan anak-anak, tapi tak direzekikan kasih sayang.
🔸Ada orang direzekikan kekayaan, tapi tak direzekikan kebahagiaan.
🔸Ada orang direzekikan makanan yang hebat, tapi tak direzekikan selera.


Demikian Allah SWT membahagi kan rezekinya, jangan menyangka kita tidak ada rezeki. Rezeki tu ada dimana mana. Bukan terletak pada manusia, tapi Allah.

Bagus sekali info👆👆👆
kurniaan anak adalah REZEKI dari Allah