Pages

Showing posts with label Muhammad Zikry Mustaqim. Show all posts
Showing posts with label Muhammad Zikry Mustaqim. Show all posts

Sunday, 15 July 2018

DOA UNTUK ANAK-ANAK

SEKELUMIT DO'A..
~Ya ALlah Ya Rahman Ya Rahim
MUHAMMAD ZIKRY MUSTAQIM BIN MOHD FAIZAL, MUHAMMAD ZIHNI MURSYID BIN MOHD FAIZAL, NUR ZAHRA MARWA BINTI MOHD FAIZAL
بسم الله الرحمن الرحيم
الْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ 
Anak2 kami Ya ALlah,
Jadikanlah mereka yg tetap dan menjaga soLat mereka. Sesungguhnya Kau memaqbulkan segala do'a.
(Ibrahim :40)
Jadikanlah mereka anak yg soleh dan solehah, musleh dan muslehah, elokkanlah mereka dgn keta'atan dan 'aqidah Ahlus Sunnah yg benar dengan syariat fiqih yg muktabar diamalkan semuanya, dengan akhlak yang mulia demi menjaga maruah agama, bangsa, dan keluarga.
Ya ALlah, sudikanlah mereka memandikan kami di saat kami tidak mampu lagi menggosok tubuh badan kami. Ya ALlah, sudikanlah mereka memakaikan pakaian kapan kpd kami nanti... 😭
Ya ALlah, sudikanlah mereka utk menjadi imam solat jenazah kami.. 😢
Ya ALlah, sudikanlah mereka turun ke liang lahad untuk mengebumikan kami, ya ALlah, mereka membaringkan kami dgn penuh sopan dan lemah lembut sepertimana dahulu kami meletakkan mereka di dalam buaian. Itu lah anak2 kami buah hati kami ya ALlah. 
Kami jaga mereka dengan kasih sayangMu ya ALlah. 😭
Ya ALlah Kau perintahkan kami berdo'a; sekarang di Ramadhan yg mulia kami meminta; sesungguhnya Kau tidak memungkiri janji.
Maqbulkan jua do'a kami ini.
آمين.. آمين... يا رب.. يا رب

Wednesday, 20 December 2017

Alhamdulillah Allah kurniakan sesuatu yang Indah untuk perkembangan anak2

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=1616565858382548&id=710033135702496

Sibuk tak pernah nampak pun baca al quran
https://www.facebook.com/tadikahaluaninsan/videos/1534544329967401/

https://www.facebook.com/tadikahaluaninsan/videos/1527173474037820/

Saturday, 11 February 2017

TIDAK SAMA ANAK LELAKI dan ANAK PEREMPUAN

SIAPA ADA ANAK LELAKI KENA BACA SAMPAI HABIS 🙋👦



Anak lelaki banyak energy.
Anak lelaki suka berlari.
Anak lelaki suka bergusti.
Anak lelaki perlu keluar kena matahari, nanti dapat tidur berquality.
Anak lelaki perlu keluar kena matahari supaya mood jadi happy, kurang depresi, tingkatkan memory.
Semua ni ada scientific study.
.
Anak lelaki perlu terapi alami.
Ada penyembuhan pada alam semulajadi.
Biar main parit. Panjat pokok sana sini.
Ini untuk tabung emosi.
Buka kasut, sentuh tanah, jalan tanpa alas dikaki.
Badan dapat create sistem immunity.
Dapat neutralize cas negative.
Kita nak restore humanity.
.
Jangan asyik pegang controller Dan main psp.
Terpekap dalam rumah, dinding kanan kiri.
Dihadapkan pasif skrin entertainment dari phone sampai tv.
.
Beri anak lelaki haiwan peliharaan.
Tak kisahlah walaupun ikan guppy.
Supaya belajar rasa empathy.
Moga besar jadi suami mithali.
Tak da la ego meninggi. (Kannnn)
.
Anak lelaki perlu ayah disisi.
Untuk jadi idola diri.
Spend lah time ke masjid. Suggestion saja ni.
Kalau buat Allah sukai.
Anak lelaki perlu ibu, sentiasa dengar Dan mengasihi.
Memang macam-macam perangai dia buat, kadang-kadang sakit hati.
Jiwa kena kental, sabar tidak bertepi.
Cakap sekali belum tentu bergerak.
Kenalah ingatkan beberapa kali.
Bukan semberono ya.
Ada cara dan seni.
Otaknya tak boleh proses banyak benda, satu arahan satu situasi.
.
Rasa-Rasa nak mengamuk, cakap pada diri,
Ini amanah Illahi
Tugas kita bukan menghakimi
Tapi mendidik
Beri kasih sayang, tanpa belah bahagi.
.
Ini soalan yang last sekali
Dah peluk anak lelaki hari ini?
Sekejap saja mereka membesar
Peluklah selagi berdenyut nadi..

*peringatan utk diri sendiri*



Tuesday, 22 November 2016

APA ITU SOLEH @ SOLEHAH?

Definisi 

Disebutkan di dalam hadits shahih dari Abi Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahwasanya Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

"Apabila manusia meninggal dunia, terputuslah segala amalannya, kecuali dari tiga perkara: shadaqah jariyah, ilmu yang bermanfaat atau anak shaleh yang mendoakannya". [HR. Muslim, Abu Dawud dan Nasa’i]



Anak yang soleh bukan saja anak yang bersopan-santun dan taat kepada orang tuanya sebagaimana yang dipahami oleh kebanyakan dari kita, akan tetapi yang lebih utama dari itu, ialah anak yang menjaga agamanya. Mengaja agama ini suatu yang sukar dilaksanakan hari ini. Menjaga agama bukan sekadar menjaga shalat, tetapi lebih berat dari itu. Anak yang soleh yang menjaga agamanya ialah anak yang ta’at kepada Allah SWT, ialah mereka yang tahu kewajibannya sebagai hamba Allah dan tahu tanggungjawabnya kepada agamanya. Menjaga agama meliputi memastikan seseorang itu menjaga akhlaknya, syariatnya, ibadahnya dan segala amalannya setiap saat. Menjaga akhlak di dalam berpakaian, di dalam pergaulan dan  tutur kata.





Maka dari itu, anak soleh adalah anak yang berbakti kepada orang tuanya serta anak yang dapat menjaga agamanya, mengetahuinya secara menyeluruh dan mengaplikasikannya di dunia fana ini.


Wallahu a'lam bissawaab.

semoga kelak kita dapat berkumpul bersama keluarga di syurga-Nya. Amin.

Thursday, 26 February 2015

PERBUALAN 2 ORANG CUCU SOLEH WAN

24 FEBRUARI 2015(SELASA)

biasanya Mustaqim dan Mursyid akan mandi bersama dan selesai mandi dilap badan oleh umi di luar tandas sebelah bilik wan dan toki,

Mustaqim : Umi wan balik bila?
Umi          : Wan tak balik doh
Mustaqim : Wan gi mana?
Mursyid    : Wan dalam kubur
Mustaqim : Wan mati ke umi?
Umi           :  ehm... Wan mati... Wan dok hidup doh...
Mustaqim : Kenapa wan dok hidup....
Umi          : Wan  mati,, dok hidup doh....
Mustaqim : Cikgu sekolah Mursyid Cg Erah kata.... orang mati akan hidup semula dan masuk syurga.... bukan neraka

Umi sebak mengalir air mata............Semoga kata-kata Mustaqim adalah satu doa untuk arwah ma................Amin......................


Sunday, 4 January 2015

RUTIN 2015 BERMULA

Tahun 2014 diakhiri dengan musibah dan hikmah banjir seluruh pelusuk negeri di  Malaysia.
In sha Allah tahun 2015 akan dihiasi dengan kebaikan , kerahmatan dan kebahagian kepada seluruh ummah islam di dunia...


Ya ALLAH engkau panjangkan umur ayah dan ibuku supaya anak-anak dapat menyumbang bakti kepada mereka. Amin......



Ada orang bangga.
" saya pergi kerja suami hantar dan ambil"
 " saya anak-anak sekolah suami hantar".
"saya tak pakai car seat sebab saya riba anak dan suami hantar kami"
"saya perlu kebahagiaan keluarga saya sendiri buat apa nak susah ambil kisah hal lain yang penting kami bahagia" ego betul percakapan..
Kadang kala kita tak sedar kebahagian kononnya keluarga kecil kita itu menyebabkan kesusahan pada orang lain yang teraniaya. Doa orang teraniaya makbul.......
Kita kena sedar ada insan yang tak seperti anda,,,,, banyak ruang masa menguruskan anak-anak kerana berseorangan dengan anak-anak dan tinggal berasingan jauh dari suami.  Ada yang merentasi laut China Selatan  nun jauh di Sabah dan Sarawak......
Subhanallah.


RUTIN saya hari bekerja....
Apapun cerita saya rutin seperti biasa. Seawal jam 5pagi dah bangun.menguruskan anak seorang diri.
Turutan rutin sepanjang hari bekerja yang telah dilakukan sejak tahun 2012....
1. 5.00 pagi : Umi Bangun Tidur
2. mengepam susu BF(susu segar) : kadang2 tak sempat maka di pam di surau sekolah tempat bekerja
3. ke peti ais ambil susu beku untuk dicairkan.(rendam di dalam bekas berisi air)
4 buatkan 2 botol susu tepung untuk anak pertama dan kedua
5.Umi mandi
6.Umi solat subuh
7. kalau sempat minum air masak(tapi selalu lupa biasanya)
8. mandi anak ketiga BABY Marwa dan pakaikan baju



9. mandikan anak pertama Mustaqim dan pakaikan baju

10.mandikan anak kedua Mursyid dan pakaikan baju


rutin ke 9 dan 10 : adakala mandikan mereka berdua serentak jika MOOD mereka ok.



11. jika sempat telefon suami (anak-anak nak bercakap dengan abi dia)
12. sambil tu umi pakai baju kerja (anak2 minum susu botol)



13. ke dapur menyiapkan susu kepada 6 botol yang telah cair untuk ke nursery Marwa



14.mengangkat beg ke dalam kereta



15. mengangkat 3 orang anak ke kereta

pastikan bergerak sebelum jam 7pagi untuk mengelak trafic walau masuk kerja jam 8pagi

16. menghantar anak 3rd Marwa ke nursery TASKA AULAD
17. menghantar anak 2nd Mursyid ke PERMATA
18. Pada tahun 2014 Mustaqim telah belajar di Taska PERMATA TPK batu 48 jalan Melati.







Manakala pada tahun 2015  anak 1st Mustaqim akan naik van di kantin sekolah umi untuk ke Tadika al Najmi






BALIK
ambil anak2 di nursery



Tahun 2015 anak-anak dah pandai ucapkan pada abi " Abi selamat hari jadi".........................

Sunday, 24 August 2014

Anak bertuah kami... Muhammad Zikry Mustaqim Al-Hafiz

Anak bertuah kami....Muhammad Zikry MUSTAQIM....
Perancangan ALLAH hebat.. kejadian MUSTAQIM terjun dalam kolam mandi dan diselamatkan oleh Amin 15tahun adik sepupu abi semasa majlis resepsi Cahaya Naza 23 OGOS 2014 adalah HIKMAH dari Allah yang kita tak tahu.... Adakah sifat KEBERANIAN dlm diri Mustaqim atau berkait dgn masa depan KERJAYA untuk menjadi DIVER...Muhammad Zikry MUSTAQIM al Hafiz




Hero yang menyelamatkan nyawa Mustaqim daripada lemas di dalam kolam yang dalam di Bukit Antarabangsa Kuala Lumpur semasa kenduri ialah adik sepupu Abi




Kolam tempat Mustaqim terjun di Oakleaf Club Bukit Antarabangsa

Tangga yang tinggi pun Mustaqim boleh turun ke kolam

Kolam yang tenang jangan sangka Mustaqim tak terjun ke dalamnya
















22 Ogos 2014 : Malam Akad Nikah

23 Ogos 2014 : Resepsi di Oakleaf Club Bukit Antarabangsa



Wednesday, 30 July 2014

Syukur. 1 Syawal 1435H dengan Anugerah Allah.

1 Syawal 1434H

Syukur Syawal 1435H kami sekeluarga beraya berlima.
Semoga keberkatan mengiringi kami sekeluarga abadan abada.
1 Syawal 1435H
1 Syawal 1435H.  Baru 21 hari berpantang.


Tuesday, 1 April 2014

MUSTAQIM DAH LANCAR MENGAJI SURAH PENDEK

Syukur apa yang di tanam dan disemai membuahkan hasil



Beberapa surah pendek dah dihafal. Berkat setiap malam baca dan ulang sebelum tidur.

Saturday, 21 September 2013

YA HANANA

Hari umi yang sibuk dengan urusan sekolah, urusan keluarga dan akrab dengan ALLAH.
Semoga anak umi masih di bawah lindungan ALLAH untuk perjalanan menjadi anak SOLEH.
Amin



Wednesday, 26 June 2013

JAHITAN MURSYID DAN MUSTAQIM

Tanggal 15 October 2011(1 jahitan) semasa tu umur Mustaqim(abang) 1 tahun 6 bulan.
KEMALANGAN berlaku di trafik light depan BUTIK MAMA Bangi
kemalangan sebab 2 buah motor melintas jalan lampu merah sebab kereta depan bisha U turn.

Motor cilok ar lampu merah pun. 
ANAK Muhammad Zikry Mustaqim terjatuh atas mainan Burung(sayap burung) so berlubang dan kena 1 jahitan
Luka semasa Kemalangan dengan 1 jahitan di dahi

Selesai dijahit dan mahu pulang ke rumah di Taman Universiti




Tanggal 25 Jun 2013(3 jahitan) semasa tu umur Mursyid(adik) 1 tahun 5 bulan.
Jam 415 petang umi selesai mengajar di dlam kelas 4KA2 (kelas tambahan). 
Umi memberi latihan kepada pelajar. Saat itu umi teringat abi setelah kali terakhir malam sebelum tidur menelefon abi.
Apabila membuka telefon,,, terlihat beberapa missed call dan juga mesej dari cikgu nursery. " dahi Mursyif luke jatuh longkang'
terus umi menelefon dan bergegas ke nursery. setelah melihat luka yang agak dalam umi terus ke hospital.

Bagi sesetengah ibu seperti kami yang PJJ( perkahwinan jarak jauh) dan juga weekeng husband wife.
Isteri berkorban menguruskan anak sendirian


Luka yang berdarah

Setelah dijahir

Friday, 8 February 2013

ANAK SUSU IBU SIRI 1

Ini gambar Zikry Mustaqim suatu ketika dahulu

Ketika ini kami berada dalam KANCIL  pemberian abi kepada umi. 
KANCIL yang amat berjasa sepanjang umi KULIAH di UKM Bangi.


RIADAH DI PADANG LIMAU NIPIS


Mursyid RIADAH

Memetik Manggis (Abi berada atas Pokok)

Mustaqim menunggu abi di bawah pokok manggis( Aksi digigit Nyamuk)

Abi dengan kain batik di bahu memetik manggis

Wednesday, 16 January 2013

KAMI KE NURSERY SMV DUNGUN


 16 JANUARI 2013

Anak umi hari ni hanya menukar pampers dan tidak mandi hari ni



Dalam nak cepat sampai kat pintu pagar belakang asrama masih berkunci.......Nasib umi dah punch card kat pejabat
Mursyid masih ketiduran

Pintu pagar aspuri masih terkunci

Mustaqim sempat membaca buku sementara menunggu pintu dibuka

Senyum abang Mustaqim


Menelaah sementara menunggu pagar dibuka