Pages

Wednesday, 13 September 2017

DOA KETIKA MENGAMBIL WUDUK



Berikut adalah bacaan Doa yang teman selalu amalkan ketika berwuduk




Monday, 28 August 2017

NIAT MESTI BETUL

Pesanan & nasihat daripada Dr Shaikh Mohd Saifuddeen, IKIM

Kepada yang berhasrat menyambung pengajian ke peringkat *pascasiswazah*, beberapa perkara perlu diberikan perhatian:

1. Betulkan niat:
Niat menyambung pengajian adalah untuk memperoleh ilmu pengetahuan kerana Allah SWT. Bukannya sebab hendak dapatkan gelaran "Dr.", atau memperoleh kelulusan atas kertas, atau terpaksa buat sebab hendak naik pangkat, atau kerana mahu naik pentas semasa konvokesyen.

2. Asah kemahiran menjalankan penyelidikan:
Peringkat pascasiswazah bukan seperti zaman mahasiswa sarjana muda. Perlu dalami metodologi dalam menjalankan kajian, baik kualitatif atau kuantitatif atau kombinasi kedua-duanya. Perlu tahu perbezaan metodologi dengan metode. Jangan sampai ada yang berkata penyelidikan kualitatif tidak ada metodologi, misalnya.

3. Asah kemahiran menyampaikan idea dalam bentuk lisan dan tulisan:
Perlu ada usaha untuk meningkatkan kemahiran dan kemampuan menyampaikan idea hasil daripada pemikiran dan penyelidikan yang kita lakukan dalam bentuk lisan dan tulisan. Jika penyampaian lisan dan tulisan kita baik dan lancar, ia satu tanda ketajaman fikiran kita dalam menggarap idea untuk disampaikan kepada orang lain.

4. Baca, baca dan baca:
Jika ada sesiapa yang menyambung ke peringkat pengajian pascasiswazah tetapi tidak mahu akrab dengan buku, maka tidaklah perlu bersusah-payah menyambung pengajian.

5. Teliti dan rapi dalam penulisan:
Setiap huruf, penanda wacana, perkataan, ayat dan perenggan yang ditulis memberi gambaran ketelitian dan kerapian yang dimiliki oleh seseorang. Tulis dengan penuh teliti dan rapi, jangan tergesa-gesa. Reputasi penyelidik dilihat pada bukan sahaja pengolahan idea, malahan kepada sejauh mana teliti dan rapinya dia dalam penulisan.

6. Urus prioriti:
Pengurusan masa dan sumber serta disiplin diri berkait rapat dengan mengatur keutamaan dalam pengajian peringkat pascasiswazah. Melengah-lengahkan sesuatu yang boleh diselesaikan atau mendahulukan perkara yang tidak penting merupakan manifestasi pengurusan prioriti yang tidak kena pada tempatnya.

7. *Adab kepada penyelia*(SV)
Hendak berbeza pandangan dengan penyelia itu dibolehkan, tetapi buatlah secara beradab, berhemah dan berhikmah. Elakkan daripada melakukan perkara di belakang pengetahuan penyelia. Ingat yang apa sahaja yang kita lakukan sebagai calon pascasiswazah juga mempengaruhi imej dan reputasi penyelia.

8. Adab kepada pemeriksa:
Pemeriksa tesis diberikan tanggungjawab untuk memberikan ulasan, pandangan dan teguran kepada kajian kita. Sentiasa berlapang dada terhadap apa yang dilontarkan oleh pemeriksa. Jangan lihat mereka sebagai musuh. Pemeriksa adalah "peer reviewers" yang merupakan sebahagian proses dalam perkembangan ilmu pengetahuan. Jangan tolak ke tepi pandangan yang mereka berikan bulat-bulat. Jika baik pandangan mereka, terimalah dan buatlah pembetulan. Jika tidak bersetuju dengan pandangan mereka, berilah hujah-hujah ilmiah untuk berpegang kepada pendirian kita.

Sunday, 20 August 2017

*Siri 1:* *10 Perkara Sebelum Tentukan Tajuk Kajian:*

Info Pasca Siswazah
*Siri 1:*
*10 Perkara Sebelum Tentukan Tajuk Kajian:*

1. Wajib membaca 20-30 artikel dariestablish leading journal seperti terbitan SAGE, ScienceDirect, Wiley dll.. bagi keluaran 3 tahun kebelakangan yang menepati bidang kajian masing-masing, katakan "risk managament".

2. Pastikan ada beberapa artikel tempatan, bagi mendapatkan konteks kajian di Malaysia.

3. Cuba dapatkan beberapa tesis dalam bidang yang sama.

4. Baca dan teliti research gap, theory, methodology, sampling frame yg digunakan supaya sesuai dgn kajian kita.

5. Bagi novice researcher, kita perlukan artikel yg paling relevan yg dinamakan oleh Dr OT sebagai pilot article supaya dgn artikel tersebut menjadi asas dalam LR dan yg plg penting utk kita snowball rujukan lain.

6. Setelah membaca artikel-artikel dan tesis tersebut, kita dpt mengenalpasti research gap yg diperolehi dari cadangan isufuture research yg ditulis oleh previous researcher.

7. Setelah mendapat research gap, kita akan bina Research Framework menggunakan templat RFOT dan cuba bincangkan dgn SV kita.

8. Cadangkan tajuk kajian kepada SV

9. Bincang dan jelaskan keseluruhan kajiankita berdasarkan RFOT kerana Research is about filling the gap.. NOT about finding the title..

10. Pastu baru kita mahirkan dgn kemahiran penulisan pantas document map,1File1Thesis, Write and Cite While U Read dgn menulis proposal 3 chapters dgn SERENTAK..

Dr. OT

Thursday, 10 August 2017

Kenangan JAUNDICE my baby GIRL

Sebab marwa kuning semasa dalam pantang
Lahir 10 Julai 2014

*11 Julai 2014*
( hari kedua) 150 kuning
*13 Julai 2014*
( hari keempat) 147 kuning
*15 Julai 2014*
( hari Keenam) 126 kuning
*18 Julai 2014*
( hari kesembilan) 85 kuning
OFF jaundice sebab dah kurang 100
Syukur pada Allah

*Memang menyusu badan anak tak berhenti dan pastikan dia berak banyak* ....
Untuk keluarkan kuning jaundice

Sunday, 30 July 2017

DRIVER GRAB CAR

Pada suatu hari ISNIN 31.07.2-17 hamba Allah ini berada pada 2 hospital. PPUM untuk urusan RUTIN fisioterapi setiap minggu selepas pembedahan kedua 10 Julai 2017 akibat kemalangan pada 6 September 2016. Terus bergegas ke PPUKM naik MRT ke PPUKM untuk urusan mengambil ubat ayah RUTIN membawa ayah diambil alih oleh kak long kerana hari yang sama 28 Julai 2017(JUMAAT) terpaksa menguruskan temujanji ortopedik suami di PPUM. Ubat ayah pening kepala kakak tak tahu uruskan terpaksa saya uruskan pada hari Isnin.

Sementara menunggu giliran menunggu untuk mengambil ubat ayah di Farmasi PPUKM. Sempat hamba Allah mencoret pengalaman menemubual pemandu GRAB.

Pagi ni dari Gate A MRT Phileo Damansara ke Pusat Perubatan Universiti MALAYA.
Saya dan suami naik GRAB Car yang dipandu oleh seorang lelaki yang menjaga 3 orang anak tanpa isteri di sisi setelah 3 tahun dibuang kerja kerana ekonomi meleset dan syarikat mengurangkan bilangan pekerja.
Katanya start memandu dari jam 6pagi sehingga 7 malam.
Awal bangun mencari rezeki walaupun seorang non Muslim.
Bangun awal mencari rezeki bukan bangun tengahari apabila matahari meninggi di atas kepala

Katanya kalau rezeki baik sehari dia boleh dapat RM200 sehari...
Adakala RM500 seminggu...

Dia baru setahun membeli Alza dengan bayaran assuran RM500 sebulan.
Pada permulaan mencari rezeki dia sewa kereta orang lain RM400 seminggu

Friday, 14 July 2017

10.07.2017 Syukur Allah permudahkan

09.07.2017 warded at PPUM for operation



Terima kasih tokma dan toki jagakan Mursyid dan Marwa






3 Skru dan sebahagian besi dikeluarkan

Thursday, 8 June 2017

HARGAI IBUBAPA

Menangis berbual dengan seorang  fasilitator lelaki saya juga merupakan seorang guru.

Melihat ramai fasilitator muda kahwin. Saya tanya dia dah ada calon ke belum. Dia kata insyaAllah tunggu adik-adik kahwin dulu...

Dia membantu ayahnya. Setiap kali gaji dia akan beri semua gaji buat ayah dan adik-adik. Dia kehilangan ibu masa sekolah menengah...Ayahnya tidak kahwin lain besarkannya..

Katanya hari paling sedih bila ibunya meninggal dunia setelah lahirkan adik bongsunya..

Satu hari masa hari raya, adik bongsu umur 5 tahun. Jumpa gambar maknya. Adiknya tanya ini siapa? Yang lain terangkan ini gambar ibu...

Adiknya tanya ibu tu apa? Ulang kali tanya ibu tu apa? Ayahnya dan semua adik dia yang lain menangis. Itulah hari raya paling sedih katanya..adiknya tidak tahu erti ibu walaupun sudah umur 5 tahun sedangkan anak lain itulah perkataan awal mereka.

Ayahnya kerja kampung tekun mencari nafkah buat keluarga. Saya teringatkan bagaimana sedihnya baginda saw masa 6 tahun kehilangan ibunya...

Setiap orang Allah uji berbeza-beza. Tapi satu kepastian disyurga kita akan mendapat balasan sebaiknya. Kita akan dapat bersama dengan orang yang kita sayang...

Saya sangat gembira melihat orang yang rajin berusaha buat keluarga. Saya juga sangat mencintai orang yang sibuk menyediakan keluarga menjadi hamba Allah yang baik. Supaya dapat bersama dalam syurga...

Kita yang masih ada ibu dan ayah hargailah selagi mereka hidup. Besar ertinya mengasihi dan khidmat pada orang tua. Syurga buat kita. Puluhan tahun mereka jaga kita. Mereka dah tua, ada sikit lagi baki masa dalam hidup mereka. Buat baiklah. jaga solat dan jaga aurat..Telefon mereka. Beri sedikit duit buat mereka. Doakan mereka. Senyum, minta pandangan mereka dalam hidup ini. Raikan mereka dalam Ramadhan ini. Cuba bayangkan anak yang kita peluk hari ini satu masa lupakan kita...sedihkan...

Begitulah mak ayah kita.....-ebit lew