Pesanan & nasihat daripada Dr Shaikh Mohd Saifuddeen, IKIM
Kepada yang berhasrat menyambung pengajian ke peringkat *pascasiswazah*, beberapa perkara perlu diberikan perhatian:
1. Betulkan niat:
Niat menyambung pengajian adalah untuk memperoleh ilmu pengetahuan kerana Allah SWT. Bukannya sebab hendak dapatkan gelaran "Dr.", atau memperoleh kelulusan atas kertas, atau terpaksa buat sebab hendak naik pangkat, atau kerana mahu naik pentas semasa konvokesyen.
2. Asah kemahiran menjalankan penyelidikan:
Peringkat pascasiswazah bukan seperti zaman mahasiswa sarjana muda. Perlu dalami metodologi dalam menjalankan kajian, baik kualitatif atau kuantitatif atau kombinasi kedua-duanya. Perlu tahu perbezaan metodologi dengan metode. Jangan sampai ada yang berkata penyelidikan kualitatif tidak ada metodologi, misalnya.
3. Asah kemahiran menyampaikan idea dalam bentuk lisan dan tulisan:
Perlu ada usaha untuk meningkatkan kemahiran dan kemampuan menyampaikan idea hasil daripada pemikiran dan penyelidikan yang kita lakukan dalam bentuk lisan dan tulisan. Jika penyampaian lisan dan tulisan kita baik dan lancar, ia satu tanda ketajaman fikiran kita dalam menggarap idea untuk disampaikan kepada orang lain.
4. Baca, baca dan baca:
Jika ada sesiapa yang menyambung ke peringkat pengajian pascasiswazah tetapi tidak mahu akrab dengan buku, maka tidaklah perlu bersusah-payah menyambung pengajian.
5. Teliti dan rapi dalam penulisan:
Setiap huruf, penanda wacana, perkataan, ayat dan perenggan yang ditulis memberi gambaran ketelitian dan kerapian yang dimiliki oleh seseorang. Tulis dengan penuh teliti dan rapi, jangan tergesa-gesa. Reputasi penyelidik dilihat pada bukan sahaja pengolahan idea, malahan kepada sejauh mana teliti dan rapinya dia dalam penulisan.
6. Urus prioriti:
Pengurusan masa dan sumber serta disiplin diri berkait rapat dengan mengatur keutamaan dalam pengajian peringkat pascasiswazah. Melengah-lengahkan sesuatu yang boleh diselesaikan atau mendahulukan perkara yang tidak penting merupakan manifestasi pengurusan prioriti yang tidak kena pada tempatnya.
7. *Adab kepada penyelia*(SV)
Hendak berbeza pandangan dengan penyelia itu dibolehkan, tetapi buatlah secara beradab, berhemah dan berhikmah. Elakkan daripada melakukan perkara di belakang pengetahuan penyelia. Ingat yang apa sahaja yang kita lakukan sebagai calon pascasiswazah juga mempengaruhi imej dan reputasi penyelia.
8. Adab kepada pemeriksa:
Pemeriksa tesis diberikan tanggungjawab untuk memberikan ulasan, pandangan dan teguran kepada kajian kita. Sentiasa berlapang dada terhadap apa yang dilontarkan oleh pemeriksa. Jangan lihat mereka sebagai musuh. Pemeriksa adalah "peer reviewers" yang merupakan sebahagian proses dalam perkembangan ilmu pengetahuan. Jangan tolak ke tepi pandangan yang mereka berikan bulat-bulat. Jika baik pandangan mereka, terimalah dan buatlah pembetulan. Jika tidak bersetuju dengan pandangan mereka, berilah hujah-hujah ilmiah untuk berpegang kepada pendirian kita.
Semoga lahir zuriat soleh dan solehah untuk pewaris yang membina agama. Amin....
Pages
Showing posts with label Pengajian Kedoktoran. Show all posts
Showing posts with label Pengajian Kedoktoran. Show all posts
Monday, 28 August 2017
Sunday, 20 August 2017
*Siri 1:* *10 Perkara Sebelum Tentukan Tajuk Kajian:*
Info Pasca Siswazah
*Siri 1:*
*10 Perkara Sebelum Tentukan Tajuk Kajian:*
1. Wajib membaca 20-30 artikel dariestablish leading journal seperti terbitan SAGE, ScienceDirect, Wiley dll.. bagi keluaran 3 tahun kebelakangan yang menepati bidang kajian masing-masing, katakan "risk managament".
2. Pastikan ada beberapa artikel tempatan, bagi mendapatkan konteks kajian di Malaysia.
3. Cuba dapatkan beberapa tesis dalam bidang yang sama.
4. Baca dan teliti research gap, theory, methodology, sampling frame yg digunakan supaya sesuai dgn kajian kita.
5. Bagi novice researcher, kita perlukan artikel yg paling relevan yg dinamakan oleh Dr OT sebagai pilot article supaya dgn artikel tersebut menjadi asas dalam LR dan yg plg penting utk kita snowball rujukan lain.
6. Setelah membaca artikel-artikel dan tesis tersebut, kita dpt mengenalpasti research gap yg diperolehi dari cadangan isufuture research yg ditulis oleh previous researcher.
7. Setelah mendapat research gap, kita akan bina Research Framework menggunakan templat RFOT dan cuba bincangkan dgn SV kita.
8. Cadangkan tajuk kajian kepada SV
9. Bincang dan jelaskan keseluruhan kajiankita berdasarkan RFOT kerana Research is about filling the gap.. NOT about finding the title..
10. Pastu baru kita mahirkan dgn kemahiran penulisan pantas document map,1File1Thesis, Write and Cite While U Read dgn menulis proposal 3 chapters dgn SERENTAK..
Dr. OT
*Siri 1:*
*10 Perkara Sebelum Tentukan Tajuk Kajian:*
1. Wajib membaca 20-30 artikel dariestablish leading journal seperti terbitan SAGE, ScienceDirect, Wiley dll.. bagi keluaran 3 tahun kebelakangan yang menepati bidang kajian masing-masing, katakan "risk managament".
2. Pastikan ada beberapa artikel tempatan, bagi mendapatkan konteks kajian di Malaysia.
3. Cuba dapatkan beberapa tesis dalam bidang yang sama.
4. Baca dan teliti research gap, theory, methodology, sampling frame yg digunakan supaya sesuai dgn kajian kita.
5. Bagi novice researcher, kita perlukan artikel yg paling relevan yg dinamakan oleh Dr OT sebagai pilot article supaya dgn artikel tersebut menjadi asas dalam LR dan yg plg penting utk kita snowball rujukan lain.
6. Setelah membaca artikel-artikel dan tesis tersebut, kita dpt mengenalpasti research gap yg diperolehi dari cadangan isufuture research yg ditulis oleh previous researcher.
7. Setelah mendapat research gap, kita akan bina Research Framework menggunakan templat RFOT dan cuba bincangkan dgn SV kita.
8. Cadangkan tajuk kajian kepada SV
9. Bincang dan jelaskan keseluruhan kajiankita berdasarkan RFOT kerana Research is about filling the gap.. NOT about finding the title..
10. Pastu baru kita mahirkan dgn kemahiran penulisan pantas document map,1File1Thesis, Write and Cite While U Read dgn menulis proposal 3 chapters dgn SERENTAK..
Dr. OT
Tuesday, 4 April 2017
MISI DAN REZEKI
1. Visi manusia diturunkan didunia ialah utk berjalan menuju akhirat.
2. PhD ialah sebahagian misi misi kecil yg penuh dgn ujian. Ujian utk melihat bagaimana kita hadapinya supaya kita sentiasa berada di jalan yg lurus.
Tak perlu banding siapa yg susah siapa senang siapa pandai siapa kalah. It is indeed an individual test. Sebab tulah terasa lonesome.
Just focus on how we perform before, during and after PhD?
Kita diberi ujian PhD bukan kerana kita lebih pandai. Kita lulus PhD juga bukan kerana kita yg intelligent. Tapi itu semua ujian, rezeki yg ditentukan.
Sunday, 20 November 2016
TIPS MEMBUAT LITERATURE REVIEWS
Monday, 8 August 2016
PERSIDANGAN KURIKULUM MASA DEPAN 2016
Seiring dengan era globalisasi dan dunia tanpa sempadan, pendidikan merupakan penyumbang utama dalam pembangunan modal insan dan ekonomi sesebuah negara. Pembangunan kurikulum perlu diselaraskan dengan perkembangan teknologi masa kini. Ini bagi memastikan kualiti pendidikan yang ditawarkan dapat melengkapkan generasi muda masa kini dengan kemahiran yang diperlukan untuk bersaing dalam pasaran kerja dan menjadi pengupaya perkembangan ekonomi keseluruhannya (Pelan Transformasi Pendidikan 2013-2025). Sehubungan itu, pembentukan kurikulum pada masa depan perlu seiring dengan usaha mentransformasikan sistem pendidikan negara. Ini diperlukan bagi memperlengkapkan setiap murid dengan segala kemahiran baharu dalam merebut peluang dan menangani cabaran abad ke-21. Kurikulum yang direncanakan seharusnya berupaya melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, mampu berfikir secara kritis dan kreatif, mempunyai kemahiran kepimpinan yang mantap serta berupaya berkomunikasi dengan berkesan diperingkat global.
TEMA
Tema persidangan ialah ”Kurikulum Masa Depan: Merealisasikan Pendidikan Berkualiti”
SUBTEMA
Skop persidangan ini memberi fokus kepada usaha memperkasakan Kurikulum Standard Masa Kini ke arah keberhasilan Kurikulum Masa Depan. Berdasarkan skop persidangan ini, topik - topik perbincangan bagi Persidangan KMaD2016 adalah termasuk dalam bidang kurikulum Masa Depann yang berikut:-
- Pendidikan Seni
- Pendidikan Sepanjang Hayat
- Kurikulum, Penyelidikan dan Perkembangan
- Pendidikan Awal Kanak-Kanak
- Pendidikan Orang Dewasa
- Pendidikan Kaunselor
- Pendidikan Jarak Jauh
- Pendidikan Khas
- Asas Pendidikan dan Falsafah
- Psikologi Pendidikan
- Pendidikan Teknologi
- Polisi dan Kepimpinan dalam Pendidikan
- Pengurusan Pendidikan
- Bimbingan Akademik dan Kaunseling
- Pendidikan Bahasa
- Pendidikan Sains Sosial
- Pendidikan Matematik
- Pendidikan Sains
- Pendidikan Guru
- Pendidikan Moral dan Nilai
- E-Leaning
- E-Society
- ESL/TESL
- Pendidikan Geografi
- Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
- Pendidikan Tinggi
- Pendidikan Sejarah
- Home Education
- Human-Computer Interaction
- Multi-Virtual Environment
- Mobile Application
- Virtual Reality
- Wireless Application
- Pendidikan ICT
- Perkembangan Sumber Manusia
- Pendidikan Orang Asli
- Teknologi Maklumat
- Pendidikan Imaginatif
- Pendidikan Neurosains
- Pendidikan Perubatan
- Pendidikan Musik
- Pedagogi
- Pendidikan Agama dan Spiritual
- Penilaian dan Pengukuran dalam Pendidikan
- Metodologi Penyelidikan
- Hal Ehwal Pelajar
- Pendidikan Merentas Bidang
Saya menyertai sebagai ahli jawatankuasa dan perbentang.
http://perkum.com/wp/senarai-peserta/
![]() |
| Abstrak artikel saya |
![]() |
| Jadual perbentangan 31 Mei 2016 |
Wednesday, 8 June 2016
ALAT UKUR YANG BETUL
![]() |
| Siapkan tugasan bab 1 dI library lingkungan 2 UKM Bangi |
Kajian yang baik bermula dengan pengukuran yang baik.Alat ukur bukanlah sewenangnya boleh dibina hanya kerana ingin memenuhi kehendak pengkaji. Dalam keadaan tertentu, alat ukur yang sedia ada tidak sesuai digunakan dalam konteks kajian kita. Maka, kita perlu menghasilkan satu alat ukur yang tepat dengan kajian yang kita jalankan. Namun, sejauh mana kita mampu membina satu alat ukur yang mampu dikatakan valid dan reliable.Ibaratnya kita cuba membuat skala KERETA tetapi kita membina item yang merujuk pada MOTOSIKAL. “saya diperbuat daripada besi” dan “saya mempunyai roda” tidak sesuai digunakan untuk mengukur KERETA sahaja tapi merupakan antara item umum yang juga dipunyai oleh LORI dan BAS. Apa yang lebih sukar, istilah yang pengkaji gunakan biasanya sesuai dengan laras pemikiran pengkaji namun tidak sesuai digunakan untuk responden. Sebagai contoh pengkaji dalam bidang Pendidikan Islam mungkin merasakan istilah “saya membaca al-Quran dengan TARTIL” itu mudah difahami. Namun, sekiranya ia digunakan kepada responden pelajar sekolah rendah, maksud TARTIL sukar untuk difahami.Bagaimanakah pembinaan alat ukur yang sebenar??Setiap alat ukur yang dibina hendaklah berlandaskan landasan teori yang mantap (DEDUKTIF). Andainya alat ukur dibina tidak mempunyai teori yang jitu, pengkaji boleh menggunakan LR & pendapat pakar (INDUKTIF). Siapakah pakar merupakan satu persoalan yang hanya boleh ditentukan berdasarkan skop kajian kita. PAKAR KANSER pastinya bukanlah pakar dalam kajian pembinaan alat ukur bidang mekanikal. Seorang JURUTEKNIK biasa adakalanya pakar yang lebih valid dalam bidang teknikal. Di sinilah kesahan kandungan dibina dengan merujuk item pada sekumpulan pakar.Bagaimana pula untuk analisis kesahan konstruk??Analisis statiskal seperti EFA dan CFA merupakan antara analisis yang boleh digunakan. Analisis korelasi setiap item boleh menggunakan perisian seperti SPSS dan AMOS. Apabila alat ukur diedarkan kepada kumpulan sasaran, mungkin didapati item mengukur KERETA tadi difahami untuk mengukur LORI. Maka, di sinilah perlu kepada justifikasi LR, teori yang kukuh serta kembali kepada maklum balas pakar.Jadi, apakah alat ukur yang baik?Konsep dan statistik perlu seiring betul. Konsep yang betul perlu diikuti dengan analisis statistik yang mantap untuk dibuktikan secara empirikal. Sekiranya anda perlu membina satu alat ukur tersendiri, baca dan fahami isu psikometrik. Kenali istilah kesahan kandungan, kesahan konstruk, kesahan muka, kesahan kiriteria, kesahan konvergen dan kesahan diskriminan.. Begitu juga isu kebolehpercayaan jangan diabaikan.
Andai kata anda perlu melakukan analisis CTT lakukan, namun anda juga boleh cuba untuk explore IRT seperti RASCH MODEL yang banyak digunakan dalam kajian terkini.
![]() |
| 3 KAD STUDENT digunakan sepanjang pengajian Kedoktoran 2016-2019 |
Monday, 6 June 2016
3 Amanah WAJIB ditunaikan mulai 22 Feb 2016
![]() |
| Keluarga Mohd Faizal & Bishanani |
![]() |
| Rawatan ayah sebagai ikhtiar. Kesembuhan dari Allah |
![]() |
| Amanah Tajaan KPM untuk pengajian Kedoktoran |
![]() |
| 22.02.2016 :Bawa ayah bersama mendaftar sebagai pelajar PHD di IPS Universiti Malaya Kuala Lumpur Malaysia |
![]() |
| Menghadiri bengkel Mendeley 20 Februari 2016 di fakulti pendidikan UKM Bangi |
![]() |
| Tugas sebagai pensyarah KV Dungun ditinggalkan seketika selama 3 tahun |
![]() |
| 2nd Penyelia : Prof Madya Dr Norlidah Alias |
![]() |
| 1st Penyelia : Prof Madya Datin Dr Sharifah Norul Akmar Syed Zamri |
![]() |
| Raya Cina 2016 ayah kena serangan jantung yang kuat. Terus dapatkan follow up ayah pakar di HUKM |
![]() |
| Jadual ubat ayah |
![]() |
| Mendaftar sebagai pelajar PHD di Universiti Malaya |
Thursday, 31 March 2016
VALIDITY DAN RELIABILITY (KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN)
KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMEN KAJIAN
Kamaruzaman Moidunny, PhD
Jabatan Pembangunan Pengurus, Pemimpin dan Eksekutif Pendidikan
Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands
Pengenalan
Kertas penulisan ini akan membincangkan konsep kesahan dan kebolehpercayaan sebagaimana yang dialami oleh penulis dalam menyiapkan kajian dengan judul Keberkesanan Program Kelayakan Profesional Kepengetuaan Kebangsaan (NPQH) (Kamaruzaman, 2009) yang melibatkan soal selidik, ujian pencapaian, Program Sandaran dan temu bual. Definisi kesahan dan kebolehpercayaan sebagaimana yang dikemukakan oleh pakar-pakar penyelidikan diutarakan oleh penulis dengan memberikan contoh yang relevan, agar mudah difahami oleh pembaca. Adalah diharapkan dengan penulisan ini, dapat memberikan gambaran yang lebih jelas kepada pembaca tentang bagaimana usaha dijalankan untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan sesuatu instrumen.
Kesahan Soal Selidik
Kesahan sesuatu instrumen merujuk kepada sejauh manakah sesuatu instrumen mengukur apa yang sepatutnya diukur (Alias 1992; Creswell 2002, 2005, 2010; Pallant 2001; Siti Rahayah 2003; Tuckman 1999). Sesuatu instrumen tersebut dikatakan mempunyai kesahan yang tinggi jika darjah kebolehannya mengukur apa yang sepatutnya diukur adalah tinggi (Mohd Majid 1990).
Soal selidik dan soalan temu bual yang dibina oleh seseorang pengkaji perlu diuji kesahan muka dan kesahan kandungannya. Sebagai contoh, seramai lima orang pensyarah kanan Institut Aminuddin Baki (IAB) dirujuk untuk mendapatkan pengesahan tentang kesahan muka dan kesahan kandungan bagi soal selidik dan temu bual. Soal selidik dan temu bual ini terdapat dalam kajian dengan judul, Keberkesanan Program Kelayakan Profesional Kepengetuaan Kebangsaan (NPQH) (Kamaruzaman, 2009).
Kesahan konstruk sesuatu soal selidik pula boleh diukur dengan menggunakan nilai korelasi antara skor setiap item dengan jumlah skor berkenaan. Hal ini dapat dilakukan dengan menggunakan analisis korelasi Pearson antara skor setiap item dengan jumlah skor mengikut konstruk yang berkenaan. Kaedah ini adalah bersesuaian dengan teori yang dikemukakan oleh Abu Bakar (1987) dan Nunnally (1967). Menurut Abu Bakar (1995) pula, nilai pekali korelasi yang minimum dan boleh diterima pakai adalah 0.30. Manakala Nunally (1967, 1978) serta Nunally dan Bernstein (1994) menyatakan bahawa nilai korelasi antara item dengan jumlah skor yang melebihi 0.25 adalah dianggap tinggi.
Bagi Cohen (1988), nilai pekali korelasi antara 0.10 hingga 0.29 dianggap kecil, nilai pekali korelasi antara 0.30 hingga 0.49 dianggap sederhana dan nilai pekali korelasi antara 0.50 hingga 1.00 dianggap sebagai tinggi. Bagi Norusis (1977) pula, kesahan sesuatu instrumen boleh dilihat pada nilai korelasi item yang diperbetulkan dengan jumlah skor (Corrected Item-Total Correlation) iaitu pekali korelasi Pearson antara skor setiap item dengan jumlah skor tanpa item berkenaan.
Dalam konteks kajian tersebut, penulis telah menggunakan dua kaedah untuk menentukan kesahan konstruk soal selidik iaitu (1) Menggunakan nilai korelasi antara skor setiap item dengan jumlah skor, dan (2) Menggunakan nilai korelasi item yang diperbetulkan dengan jumlah skor (Corrected Item-Total Correlation). Penulis juga akan merujuk kepada kurikulum Program Latihan NPQH untuk menentukan kesahan konstruk.
Bagi item-item ujian pencapaian dan skima permarkahan Program Sandaran penulis menggunakan khidmat tiga orang pakar dalam bidang pengurusan dan kepimpinan. Komen dan teguran yang diterima daripada pakar-pakar ini diambil kira dan diguna pakai bagi memantapkan lagi maksud, bahasa dan kandungan soal selidik dan soalan temu bual yang akan digunakan. Di samping itu, komen dan teguran digunakan dalam menilai item-item yang digunakan dalam ujian dan skima permarkahan Program Sandaran.
Kebolehpercayaan Soal Selidik
Kebolehpercayaan pula seringkali dirujuk untuk menggambarkan kestabilan dan ketekalan dalaman (Creswell 2002, 2005, 2010; Pallant 2001; Sekaran 1992). Nilai Cronbach Alpha pula seringkali dirujuk semasa pengukuran ketekalan dalaman sesuatu konstruk (Cronbach 1946; Norusis 1977). Nilai Cronbach Alpha yang melebihi 0.60 sering kali diguna pakai sebagai indeks kebolehpercayaan sesuatu instrumen (Mohd Majid 1990; Pallant 2001; Siti Rahayah 2003). Bagi Sekaran (1992) pula, nilai kebolehpercayaan yang kurang daripada 0.60 adalah dianggap rendah dan tidak boleh diterima, nilai Alfa antara 0.60 hingga 0.80 adalah diterima manakala nilai Alfa yang melebihi 0.80 adalah dianggap baik. Berdasarkan penerangan di atas, penulis telah menggunakan nilai Cronbach Alpha bagi menentukan kebolehpercayaan soal selidik.
Kesahan dan Kebolehpercayaan Ujian
Bagi kes di IAB, ujian pencapaian (Ujian Akhir Kursus – UAK) yang berbentuk item berbentuk objektif seringkali digunakan. Item-item ini berbentuk aneka pilihan atau aneka penlengkap dengan empat pilihan jawapan iaitu A, B C atau D. Manakala dalam Program Sandaran, memfokuskan kepada (1) Pengenalpastian masalah, (2) Perancangan strategik, (3) Pelaksanaan dan penilaian strategik, serta (4) Kualiti peribadi. Skor-skor diberikan oleh pensyarah-pensyarah apabila mereka menyemak hasil kerja peserta Program Sandaran. Kesahan item-item yang digunakan dalam ujian pencapaian dan Program Sandaran ditentukan dengan membuat analisis item. Analisis item akan dilakukan untuk membezakan item yang baik dengan item yang lemah. Dalam konteks kajian tersebut, semua item ujian pencapaian dan Program Sandaran telahpun dibina oleh IAB.
Analisis item bagi setiap ujian dan Program Sandaran dilaksanakan dengan menentukan Indeks Kesukaran (Facility Index, F) dan Indeks Pembezaan (Discrimination Index, D) seperti yang disarankan oleh Macintosh dan Morrison (1969). Wood (1961) menyatakan bahawa kesukaran item merujuk kepada pecahan yang mendapat jawapan yang betul. Semakin besar indeks kesukaran, item itu semakin senang. Bagi aras kesukaran yang baik, nilai F berada di antara 40 peratus hingga 60 peratus iaitu 0.4 hingga 0.6. Nilai F yang tinggi menunjukkan item mempunyai aras kesukaran yang rendah iaitu soalan-soalan adalah senang. Nilai F yang rendah menunjukkan item mempunyai aras kesukaran yang tinggi iaitu soalan-soalan yang dikemukakan kepada peserta adalah sukar. Macintosh dan Morrisson (1969), menyatakan bahawa item dengan nilai F yang rendah boleh dibaiki. Jadual 1 di bawah ini menjelaskan aras kesukaran (F) dan indeks pembezaan (D) sebagaimana yang dikemukakan oleh Macintosh dan Morrisson (1969).
Jadual 1: Aras Kesukaran dan Indeks Pembezaan
Aras Kesukaran (F)
| |||
Indeks Pembezaan (D)
|
Kurang
daripada
40 %
|
40 %
hingga
60 %
|
Lebih daripada
60 %
|
Lebih daripada 0.40
|
Sukar
|
Diterima
|
Senang
|
0.30 – 0.39
|
Sukar
|
Perlu dibaiki
|
Senang
|
0.20 – 0.29
|
Sukar
|
Marginal
|
Senang
|
Kurang daripada 0.20
|
Dibuang
|
Dibuang
|
Dibuang
|
Sumber: Macintosh dan Morrisson (1969): 67
Indeks Pembezaan, D, pula digunakan untuk membezakan antara kumpulan peserta yang memperolehi skor tinggi dengan kumpulan peserta yang memperolehi skor rendah. Indeks Pembezaan, D, mempunyai nilai antara – 1.00 hingga + 1.00. Nilai D yang negatif menunjukkan item tersebut gagal membezakan kumpulan peserta yang memperolehi skor tinggi dengan yang memperolehi skor rendah. Jika nilai D bersamaan dengan 1.00, ini menunjukkan bahawa 27 peratus daripada kumpulan yang memperolehi skor tinggi berjaya memberi jawapan betul dan 27 peratus daripada kumpulan yang memperolehi skor rendah memberi jawapan salah. Manakala jika nilai D bersamaan dengan sifar, menunjukkan kedua-dua kumpulan peserta memberi jawapan yang serupa bagi item berkenaan. Ini bermaksud bahawa item tersebut gagal membezakan antara kumpulan peserta yang memperolehi skor tinggi dengan memperolehi skor rendah. Bagi Sax dan Newton (1997), nilai D antara 0.10 hingga 1.00 menggambarkan bahawa item tersebut boleh diguna pakai. Sementara Ebel (1979) pula menyatakan bahawa nilai D yang bersamaan atau lebih besar daripada 0.20 adalah sesuai bagi item ujian.
Bagi konteks kajian tersebut, penulis telah menggunakan item yang mempunyai nilai D yang bersamaan atau lebih besar daripada 0.20 seperti yang disarankan oleh Ebel (1979). Sementara bagi nilai F pula, penulis telah menggunakan semua item yang dianalisis untuk mengelakkan kekurangan item bagi setiap konstruk yang dikaji. Dengan kata lain, item yang dipilih akan melibatkan item sukar, marginal dan senang seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1. Dalam hal ini, penulis menghadapi kesukaran untuk memilih item yang mempunyai nilai F antara 0.40 dengan 0.60 (Nunally 1978). Ini adalah kerana nilai F tidak mampu dikawal oleh penulis kerana semua item dibina oleh pihak IAB dan telah ditadbirkan kepada peserta Program Latihan NPQH. Oleh itu penulis berpendapat, pemilihan semua item yang mempunyai nilai D bersamaan atau lebih besar daripada 0.20 merupakan langkah paling baik bagi kajian tersebut .
Selepas menentukan nilai-nilai F dan D, kebolehpercayaan ujian pencapaian dan Program Sandaran dihitung dengan menggunakan rumus Kuder-Richardson 20 (K-R20). Bagi Siti Rahayah (2003) dan Yap et al. (1985), rumus Kuder-Richardson digunakan untuk mengelakkan memberi ujian sebanyak dua kali dan mengelakkan masalah membahagi ujian kepada dua bahagian. Rumus ini boleh digunakan bagi ujian yang homogen iaitu setiap item ujian mengukur faktor-faktor kebolehan am atau personaliti yang sama. Bagi Yap et al. (1985), rumus Kuder-Richardson ini bergantung kepada konsistensi prestasi individu daripada satu item ke satu item iaitu berdasarkan sisihan piawai ujian.
Nilai K-R20 adalah antara sifar (0) hingga 1.00, walaupun nilai negatif adalah mungkin. Nilai K-R20 yang tinggi menunjukkan ujian mempunyai ketekalan dalaman. Bagi Carey (1994), nilai yang melebihi 0.90 menunjukkan kebolehpercayaan yang sangat tinggi. Nilai yang hampir dengan 0.80 adalah biasa didapati untuk ujian bilik darjah kepada peserta heterogen. Manakala nilai serendah 0.50 biasa didapati bagi kumpulan peserta-peserta homogen. Sementara bagi Ebel (1979), nilai K-R20 0.50 atau kurang adalah nilai yang biasa didapati bagi ujian pencapaian di sekolah rendah, menengah atau universiti. Bagi Carey (1994), nilai K-R20 bergantung kepada kehomogenan kumpulan, kehomogenan kandungan, panjang ujian dan kesukaran item. Seterusnya Ebel (1979) pula menambah bahawa untuk menjadikan kebolehpercayaan ujian meningkat daripada 0.50 ke 0.90, ujian perlu lebih panjang sebanyak sembilan kali daripada panjang asal.
Kesahan dan Kebolehpercayaan Soal Selidik
Satu contoh hasil analisis yang telah dibuat untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik dipaparkan dalam Jadual 2 seperti yang ditunjukkan di bawah ini. Kesahan item soal selidik menggunakan nilai (1) Korelasi antara skor setiap item dengan jumlah skor, dan (2) Korelasi item yang diperbetulkan dengan jumlah skor (Corrected Item-Total Correlation). Manakala nilai Cronbach Alpha digunakan bagi mendapatkan indeks kebolehpercayaan setiap aspek atau konstruk berkenaan. Jadual 2 menunjukkan bahawa konstruk penyampaian pensyarah mempunyai nilai korelasi skor item dengan jumlah skor antara 0.73 hingga 0.88. Manakala nilai korelasi item yang diperbetulkan dengan jumlah skor (Corrected Item-Total Correlation) adalah antara 0.65 hingga 0.85. Nilai Cronbach Alpha pula adalah 0.92.
Jadual 2: Nilai korelasi dan Alfa bagi konstruk Penyampaian Pensyarah
Konstruk
|
Item
|
Korelasi Skor Item dengan Jumlah Skor
|
Korelasi Item yang Diperbetulkan dengan Jumlah Skor
|
Nilai Alfa jika item digugurkan
|
Nilai Alfa Keseluruhan
|
Penyampaian Pensyarah
|
28
29
30
31
32
33
34
35
|
0.84
0.79
0.80
0.88
0.73
0.84
0.77
0.82
|
0.78
0.72
0.74
0.85
0.65
0.80
0.69
0.75
|
0.91
0.92
0.92
0.91
0.92
0.91
0.92
0.91
|
0.92
|
Jadual 2 menunjukkan (1) Nilai korelasi skor item dengan jumlah skor dan (2) Nilai korelasi item yang diperbetulkan dengan jumlah skor (Corrected Item-Total Correlation) adalah melebihi 0.30. Hal ini memberikan kesimpulan bahawa item mempunyai nilai kesahan yang tinggi sebagaimana yang disarankan oleh Abu Bakar (1987), Cohen (1988), Norusis (1977) dan Nunally (1987). Sementara itu, nilai Cronbach Alpha adalah melebihi 0.60 yang memberikan kesimpulan bahawa item mempunyai kestabilan dan ketekalan dalaman yang baik (Cresswell 2005, 2010; Pallant 2001; Sekaran 1992). Nilai Cronbach Alpha ini merumuskan bahawa item mempunyai kebolehpercayaan yang baik dan boleh diguna pakai seperti yang dinyatakan oleh Mohd Majid (1990), Pallant (2001), Sekaran (1992) dan Siti Rahayah (2003).
Kesahan dan Kebolehpercayaan Ujian Pencapaian
Sebanyak 450 item ditadbirkan oleh IAB kepada semua peserta program latihan NPQH daripada ambilan pertama hinggalah ambilan kesepuluh. Item ini ditadbirkan melalui empat fasa kursus yang mengandungi lima kertas ujian. Terdapat dua kertas ujian dalam Fasa Asas dan satu kertas ujian bagi tiga fasa kursus berikutnya. Dan bagi memilih item yang sesuai dalam kajian tersebut, penulis telah melaksanakan proses yang dinamakan sebagai analisis item.
Analisis item telah dibuat terhadap 450 item iaitu bagi ujian Fasa Asas Kertas 1 (75 item), Fasa Asas Kertas 2 (75 item), Fasa Pertengahan (100 item), Fasa Khas (100 item) dan Fasa Berterusan (100 item). Analisis item dilaksanakan untuk menentukan Indeks Kesukaran (Facility Index, F) dan Indeks Pembezaan (Discrimination Index, D) dalam usaha menentukan kesahan konstruk setiap item. Rumus yang digunakan dalam analisis ini ditunjukkan dalam Lampiran J dan K. Sehubungan dengan itu, cuma item yang mempunyai nilai D bersamaan atau melebihi 0.20 serta item yang mempunyai nilai F bersamaan atau melebihi 40 peratus sahaja dipilih oleh penulis untuk analisis seterusnya seperti yang disarankan oleh Macintosh dan Morrisson (1969). Manakala bagi menentukan kebolehpercayaan setiap item, nilai Kuder-Richardson 20 (K-R20) bagi setiap konstruk dihitung seperti yang disarankan oleh Carey (1994).
Oleh kerana semua ujian pencapaian dalam Program Latihan NPQH ini dilaksanakan secara tertutup, IAB tidak membenarkan sebarang item dipaparkan untuk tatapan umum. Oleh itu penulis telah menggunakan kod bagi setiap item yang dipilih. Sebagai contoh, Jadual 3 di bawah ini akan memaparkan hasil analisis item yang telah dilaksanakan bagi item ujian pencapaian.
Jadual 3 di bawah menunjukkan konstruk Pengurusan dan Kepimpinan Organisasi yang mempunyai nilai F antara 41 peratus hingga 79 peratus, nilai D antara 0.21 hingga 0.54 dan nilai K-R20 adalah 0.65. Bagi konstruk ini, terdapat 25 item yang terdiri daripada item yang dikemukakan dalam Fasa Asas Kertas 1 (lapan item), Fasa Berterusan (14 item) dan Fasa Pertengahan (tiga item).
Jadual 3: Nilai F, D dan K-R20 bagi konstruk Pengurusan dan Kepimpinan Organisasi
Konstruk
|
Bil
|
Kod
|
Aras
Kesukaran
(F)/%
|
Indeks Pembezaan
(D)
|
Nilai K-R20
(r)
|
Pengurusan dan Kepimpinan
|
1
|
AS04
|
76
|
0.21
|
0.65
|
Organisasi
|
2
|
AS20
|
53
|
0.33
| |
3
|
AS25
|
53
|
0.37
| ||
4
|
AS33
|
77
|
0.30
| ||
5
|
AS35
|
59
|
0.49
| ||
6
|
AS46
|
54
|
0.25
| ||
7
|
AS47
|
59
|
0.21
| ||
8
|
AS53
|
73
|
0.21
| ||
9
|
BT07
|
60
|
0.44
| ||
10
|
BT10
|
79
|
0.26
| ||
11
|
BT11
|
74
|
0.30
| ||
12
|
BT16
|
59
|
0.21
| ||
13
|
BT17
|
47
|
0.23
| ||
14
|
BT18
|
57
|
0.23
| ||
15
|
BT19
|
75
|
0.33
| ||
16
|
BT20
|
42
|
0.25
| ||
17
|
BT22
|
41
|
0.21
| ||
18
|
BT23
|
66
|
0.28
| ||
19
|
BT24
|
43
|
0.54
| ||
20
|
BT25
|
45
|
0.30
| ||
21
|
BT26
|
49
|
0.32
| ||
22
|
BT27
|
64
|
0.25
| ||
23
|
PT02
|
53
|
0.31
| ||
24
|
PT07
|
51
|
0.22
| ||
25
|
PT09
|
76
|
0.27
| ||
Jumlah item = 25
|
AS – Fasa Asas Kertas 1 BT – Fasa Berterusan PT – Fasa Pertengahan
Berdasarkan nilai yang terdapat dalam Jadual 3, nilai D adalah melebihi 0.20 serta nilai F adalah bersamaan atau melebihi 40 peratus. Hal ini adalah selaras seperti dinyatakan oleh Macintosh dan Morrisson (1969). Manakala K-R20 yang dihitung mempunyai nilai di antara 0.62 hingga 0.70. Nilai K-R20 melebihi 0.60 yang memberikan kesimpulan bahawa item mempunyai kestabilan dan ketekalan dalaman (Cresswell 2005; Sekaran 1992). Nilai K-R20 ini merumuskan bahawa item mempunyai kebolehpercayaan yang baik dan boleh diguna pakai seperti yang dinyatakan oleh Mohd Majid (1990), Pallant (2001), Sekaran (1992) dan Siti Rahayah (2003). Oleh itu, item objektif bagi ujian pencapaian yang telah dipilih oleh penulis boleh diguna pakai untuk analisis seterusnya kerana mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan seperti yang dikehendaki.
Semua item ujian pencapaian yang digunakan dalam kajian tersebut telah ditentukan dengan kesahan muka dan kesahan kandungannya oleh tiga orang pakar. Pendapat semua pakar telah diambil kira dalam menentukan pemilihan item ujian pencapaian ini. Di samping itu, kesahan konstruk pula ditentukan dengan melaksanakan analisis item. Dalam konteks kajian tersebut, nilai (1) Indeks Kesukaran (Facility Index) dan (2) Indeks Pembezaan (Discrimination Index) digunakan untuk menentukan kesahan konstruk item ujian pencapaian. Semua nilai indeks menunjukkan item mempunyai kesahan yang boleh diguna pakai. Sementara itu, nilai K-R20 pula ditentukan yang memberikan kesimpulan bahawa item mempunyai kestabilan dan ketekalan dalaman yang baik. Nilai K-R20 ini merumuskan bahawa item mempunyai kebolehpercayaan yang baik dan boleh diguna pakai dalam kajian tersebut.
Kesahan dan Kebolehpercayaan Program Sandaran
Analisis item juga dilaksanakan bagi empat item Program Sandaran iaitu (1) Pengenalpastian masalah, (2) Perancangan strategik, (3) Pelaksanaan dan penilaian strategik, serta (4) Kualiti peribadi. Rumus yang digunakan bagi tujuan analisis ditunjukkan dalam Lampiran A. Jadual 4 di bawah ini menunjukkan nilai yang diperoleh daripada analisis tersebut.
Jadual 4: Nilai F, D dan K-R20 bagi Program Sandaran
Konstruk
|
Aspek
|
Aras
Kesukaran
(F)/%
|
Indeks
Pembezaan
(D)
|
Nilai
K-R20
|
Program Sandaran
|
Pengenalpastian Masalah
|
83
|
0.22
|
0.84
|
Perancangan Strategik
|
82
|
0.25
| ||
Pelaksanaan dan Penilaian Strategik
|
81
|
0.25
| ||
Kualiti Peribadi
|
88
|
0.23
|
Daripada Jadual 4, didapati bahawa aspek Pengenalpastian Masalah mempunyai nilai F = 83 peratus dan D = 0.22, aspek Perancangan Strategik mempunyai nilai F = 82 peratus dan D = 0.25, aspek Pelaksanaan dan Penilaian Strategik mempunyai nilai F = 81 peratus dan D = 0.23, serta aspek Kualiti Peribadi mempunyai nilai F = 88 peratus dan D = 0.23. Nilai F yang tinggi menunjukkan peserta mampu melaksanakan tugasan yang diberikan dengan baik. Manakala nilai D yang melebihi 0.20 pula menunjukkan bahawa item mempunyai tahap kesahan yang boleh diguna pakai seperti yang disarankan oleh Macintosh dan Morrisson (1969). Seterusnya, nilai K-R20 adalah 0.84 yang dianggap tinggi (Cohen 1988) dan merupakan nilai biasa yang didapati bagi Ujian Rujukan Kriteria seperti yang ditegaskan oleh Ebel (1979). Nilai K-R20 yang tinggi ini dihasilkan oleh korelasi antara item yang tinggi kerana mengukur objektif atau kriteria yang sama.
Bagi menentukan kebolehpercayaan antara penilai (interrater reliability) untuk Program Sandaran, penulis menghitung nilai indeks kebolehpercayaan seperti yang disarankan oleh Black (1999). Oleh kerana Program Sandaran merupakan Ujian Rujukan Kriteria maka apa yang dipentingkan adalah markah lulus yang mempunyai nilai sebanyak 40 markah. Rumus yang terdapat dalam Lampiran A digunakan oleh penulis untuk menghitung nilai indeks ini. Berdasarkan rumus ini nilai indeks kebolehpercayaan (k2) yang didapati adalah bersamaan dengan 0.85. Nilai ini merupakan satu nilai kebolehpercayaan yang sangat baik berdasarkan pendapat Landis dan Kosh (1977) (dalam Zamri dan Noriah, 2003) seperti yang terdapat dalam Jadual 5. Dengan kata lain, item-item yang digunakan dalam menentukan skor bagi Program Sandaran mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Ini juga menunjukkan bahawa instrumen Program Sandaran adalah sesuai digunakan untuk menilai peserta Program Latihan NPQH.
Semua item ujian pencapaian Program Sandaran yang digunakan dalam kajian tersebut telah ditentukan dengan kesahan muka dan kesahan kandungannya oleh tiga orang pakar. Pendapat semua pakar telah diambil kira dalam menentukan pemilihan item ujian pencapaian Program Sandaran ini. Di samping itu, kesahan konstruk pula ditentukan dengan melaksanakan analisis item. Dalam konteks kajian tersebut, nilai (1) Indeks Kesukaran (Facility Index) dan (2) Indeks Pembezaan (Discrimination Index) digunakan untuk menentukan kesahan konstruk item ujian pencapaian. Semua nilai indeks menunjukkan item mempunyai kesahan yang boleh diguna pakai. Sementara itu, nilai K-R20 pula ditentukan yang memberikan kesimpulan bahawa item mempunyai kestabilan dan ketekalan dalaman yang baik. Nilai K-R20 ini merumuskan bahawa item mempunyai kebolehpercayaan yang baik dan boleh diguna pakai dalam kajian tersebut. Sehubungan dengan itu, nilai kebolehpercayaan antara penilai (interrater reliability) sebanyak 0.85 juga menunjukkan bahawa item dalam Program Sandaran boleh diguna pakai dalam kajian tersebut . Dan dapat disimpulkan di sini bahawa empat item ujian pencapaian Program Sandaran ini sesuai digunakan dalam usaha penulis menentukan pencapaian objektif kajian ketiga dan kelima.
Kesahan dan Kebolehpercayaan Temu Bual
Protokol temu bual dibina oleh penulis menyentuh isu-isu yang terdapat dalam penilaian reaksi, penilaian pembelajaran dan penilaian tingkah laku (Kamaruzaman, 2009). Isu seperti reaksi responden terhadap Program Latihan NPQH, pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh, pemindahan pengetahuan dan kemahiran semasa Program Sandaran, masalah yang dihadapi dan cadangan untuk meningkatkan kualiti program ini dimasukkan dalam protokol temu bual. Ini merupakan satu usaha untuk menguatkan bukti daripada data yang didapati melalui soal selidik, skor ujian pencapaian dan skor Program Sandaran. Tegasnya, temu bual ini merupakan satu triangulasi iaitu satu proses untuk menguatkan bukti daripada sumber yang berlainan.
Semua item dalam protokol temu bual yang digunakan dalam kajian tersebut telah ditentukan dengan kesahan muka dan kesahan kandungannya oleh lima orang pakar. Pendapat semua pakar telah diambil kira dalam menentukan pemilihan item temu bual ini. Bagi tujuan menentukan kebolehpercayaan temu bual, analisis Indeks Cohen Kappa digunakan bertujuan untuk menentukan darjah persetujuan unit analisis dengan tema yang dikaji (Zamri dan Noriah 2003). Penulis memadankan unit daripada data temu bual dengan tema yang dominan. Dalam hal ini, penulis telah mendapatkan khidmat tiga orang pakar analisis kualitatif untuk menentukan Indeks Cohen Kappa dengan mengedarkan borang seperti yang terdapat dalam Lampiran B.
Bagi tujuan menentukan kebolehpercayaan temu bual, analisis Indeks Cohen Kappa digunakan bertujuan untuk menentukan darjah persetujuan unit analisis dengan tema yang dikaji (Zamri dan Noriah 2003). Hal ini dilaksanakan dengan memadankan unit daripada data temu bual dengan tema yang dominan. Penulis telah mendapatkan khidmat tiga orang pakar analisis kualitatif untuk menentukan Indeks Cohen Kappa dengan mengedarkan borang seperti yang terdapat dalam Lampiran B. Seterusnya, penulis menghitung nilai persetujuan (Indeks Cohen Kappa) daripada borang yang diterima daripada pakar-pakar tersebut. Nilai persetujuan dihitung berdasarkan rumus berikut iaitu:
|
Sumber: Cohen (1968) dalam Zamri dan Noriah (2003):4
di mana K – nilai koefisien Kappa
fa – frekuensi persetujuan
fc – frekuensi bagi 50 peratus jangkaan persetujuan
N – bilangan unit yang diuji nilai persetujuan
Bagi menentukan tahap persetujuan Kappa, nilai yang disyorkan oleh Landis dan Kosh (1977) dalam Zamri dan Noriah (2003) digunakan oleh penulis, seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 5 di bawah.
Jadual 5: Nilai Kappa dan interpretasinya (tahap)
Nilai Kappa
|
Interpretasinya
|
Kurang daripada 0
|
Sangat lemah
|
0.00 – 0.20
|
Lemah
|
0.21 – 0.40
|
Sederhana lemah
|
0.41 – 0.60
|
Sederhana
|
0.61 – 0.80
|
Baik
|
0.81 – 1.00
|
Sangat baik
|
Sumber: Landis dan Kosh (1977) dalam Zamri dan Noriah (2003):3
Nilai min bagi koefisien Kappa yang dihitung adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 6 di bawah ini.
Jadual 6: Nilai persetujuan bagi koefisien Kappa
Pakar 1
|
Pakar 2
|
Pakar 3
|
Min Koefisien Kappa
|
46 – 24.5
K1 = ------------
49 – 24.5
21.5
= ------
24.5
= 0.88
|
47 – 24.5
K2 = ----------
49 – 24.5
22.5
= ------
24.5
= 0.92
|
46 – 24.5
K3 = -----------
49 – 24.5
21.5
= ------
24.5
= 0.88
|
K1 + K2 + K3
K = -------------------
3
0.88 + 0.92 + 0.88
= ----------------------
3
= 0.89
|
Berdasarkan nilai dalam Jadual 6, Indeks Cohen Kappa (K) adalah 0.89. Nilai ini merupakan satu nilai kebolehpercayaan yang sangat baik. Dengan kata lain, unit analisis yang dibuat oleh penulis adalah selari dengan tema yang dikemukakan, berdasarkan persetujuan pakar.
Kesimpulan
Penulis telah menjelaskan bagaimana kesahan dan kebolehpercayaan setiap item yang digunakan dalam penilaian kajian ditentukan. Di samping menggunakan khidmat pakar, penulis turut menggunakan kaedah statistik dengan mengemukakan nilai seperti korelasi skor item dengan jumlah skor, korelasi item yang diperbetulkan dengan jumlah skor (Corrected Item-Total Correlation), Indek Kesukaran (F) dan Indeks Diskriminasi (D) bagi menentukan kesahan item yang digunakan. Sementara nilai Cronbach Alpha dan Kuder-Richarson 20 (K-R20) dikemukakan bagi menentukan kebolehpercayaan item yang diguna pakai.
Rujukan
Abu Bakar Nordin. 1986. Asas penilaian pendidikan. Siri Maktab Perguruan. Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn. Bhd.
| |
Alias Baba. 1992. Statistik untuk penyelidikan dalam pendidikan dan sains sosial. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
| |
Black, T. R. 1999. Doing quantitative research in the social sciences – an integrated approach to research design, measurement and statistics. London: Sage Publications.
| |
Carey, L. M. 1994. Measuring and evaluating school learning. Ed. ke-2. Boston: Allyn and Bacon.
Cohen, J. 1968. Weighted Kappa – a nominal scale aggreement with provision for scaled disagreement or partial credit. Psychological Bulletin, 70: 213-220. Dlm. Zamri Mahamod & Noriah Mohd Ishak. 2003. Analisis Cohen Kappa dalam penyelidikan bahasa – satu pengalaman. Kertas Kerja Seminar Penyelidikan Guru Peringkat Kebangsaan. Anjuran Bahagian Pendidikan Guru, KPM. Kuching, 19 – 20 Ogos.
Cohen, J. W. 1988. Statistical power analysis for the behavioral sciences Ed. Second. Hillsdale, New Jersey: Lawrence Erlbaum Associates.
| |
Creswell, J. W. 2002. Educational research - planning, conducting, and evaluating quantitative and qualitative research (2nd Ed). New Jersey: Pearson Merril Prentice Hall.
| |
Creswell, J. W. 2005. Educational research - planning, conducting, and evaluating quantitative and qualitative research (3rd Ed.). New Jersey: Pearson Merril Prentice Hall.
| |
Creswell, J. W. 2010. Educational research - planning, conducting, and evaluating quantitative and qualitative research (4th Ed.). New Jersey: Pearson Merril Prentice Hall.
| |
Cronbach, L. J. 1946. Response sets and test validity. Educational and psychological measurement 6:672-683.
| |
Ebel, R. L. 1979. Essentials of Educational Measurement Ed. ke-3. New Jersey: Prentice-Hall Inc.
Kamaruzaman Moidunny. 20039. Keberkesanan Program Kelayakan Profesional Kepengetuaan Kebangsaan (NPQH). Disertasi Doktor Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia.
| |
Landis, J. & Kosh, G.G. 1977. The measurement of observer agreement for categorical data. Biometrics, 33:159-174. Dlm. Zamri Mahamod & Noriah Mohd Ishak. 2003. Analisis Cohen Kappa dalam penyelidikan bahasa – satu pengalaman. Kertas Kerja Seminar Penyelidikan Guru Peringkat Kebangsaan. Anjuran Bahagian Pendidikan Guru, KPM. Kuching, 19 – 20 Ogos.
| |
Macintosh, H. G., & Morrisson, R. B. 1969. Objective testing. London: University of London Press Ltd.
| |
Mohd Majid Konting. 1990. Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
| |
Norusis, M. J. 1977. SPSS professional statistic 7.5. North Michigan Avenue, Chicago.
| |
Nunnally, J. C. 1967. Psychometric theory. New York: McGraw-Hill Book Company.
| |
Nunnally, J. C. 1978. Psychometric theory. Ed. ke-2. New York: McGraw-Hill Book Company.
| |
Nunnally, J. C. & Bernstein, I. R. 1994. Psychometric theory. Ed. ke-3. New York: McGraw-Hill, Inc.
| |
Pallant, J. 2001. SPSS survival manual - a step by step guide to data analysis using SPSS for windows (version 10). Buckingham Open University Press.
| |
Sekaran, U. 1992. Research methods for bussiness: a skill-building approach. New York: John Wiley & Sons, Inc.
| |
Siti Rahayah Ariffin. 2003. Teori, konsep & amalan dalam pengukuran dan penilaian. Bangi: Pusat Pembangunan Akademik UKM.
| |
| |
Tuckman, B. W. 1999. Conducting educational research. Ed. Ke-5. California: Wadsworth Thomson Learning.
| |
Wood, D. A. 1961. Test construction - development and interpretation of achievement test. Ohio: Charles E. Merril Books, Inc.
| |
Yap, Y. K., Wan, C. S. & Ismail Abu Bakar. 1985. Pengukuran dan penilaian dalam pendidikan. Edisi Baru. Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn. Bhd.
| |
Zamri Mahamod & Noriah Mohd Ishak. 2003. Analisis Cohen Kappa dalam penyelidikan bahasa – satu pengalaman. Kertas Kerja Seminar Penyelidikan Guru Peringkat Kebangsaan. Anjuran Bahagian Pendidikan Guru, KPM. Kuching, 19 – 20 Ogos.
|
Subscribe to:
Posts (Atom)















