Pages

Showing posts with label Haji. Show all posts
Showing posts with label Haji. Show all posts

Tuesday, 8 October 2013

Haji yang Mabrur



Tazkirah hari ini 8 Oktober 2013 ialah berkaitan haji yang mabrur
Haji ini adalah dalam keadaan yang susah dan banyak masalah

Sebelum haji perkemaskan ilmu solat dan ibadah yang lain iaitu solat, bacaan al quran dan lain-lain.

Ibadat dengan kualiti bukan dengan kuantiti adalah lebih baik.

Korban:menghabiskan @menyembelih binatang satu cara mendekatkan diri dengan Allah
Berkorban tanda syukur masih dipanjangkan umur oleh Allah SWT

Warna binatang korban yang afdal ialah
PERTAMA :putih
KEDUA : merah
KETIGA :kuning
KEEMPAT :bertompok
KELIMA:hitam


Disunatkan orang yang berkorban agar tidak bercukur dan mengerat kuku. Ini bertujuan agar bulu dan kuku tersebut menjadi saksi semasa melihat korban. Disunatkan melihat binatang korban.
Orang yang tidak melakukan ibadah korban sunat melihat binatang dikorbankan.

Perkemaskan niat agar diizinkan Allah SWT untuk segera ke tanah suci.
Buka akaun tabung haji : Sudah dilaksana tahun tahun 1991 semasa tingkatan 1
Menabung untuk daftar haji  RM1300 : sudah pada tahun  20XX
Potongan bulanan : potongan Haji  sudah pada tahun 20XX ( 4 potongan) ayah, diri sendiri mulai tahun 2003
dan dua anak mulai tahun 2010(1st son) 2012(2nd son)

Syukur tahun ni 1434H ayah kini berada di MADINAH dengan ma


Wednesday, 2 October 2013

HAJI 1 :Syukur 6 beradik bersatu akhirnya


Syukur akhirnya ma dan ayah menjadi tetamu ALLAH ke tanah Suci Mekah dan Madinah pada 1434H untuk mengerjakan Haji
Anak Menantu kecuali abg ipar no 3 dan kakak ipar no4 tiada
Rasa baru sahaja menghantar ayah UMRAH dengan abang no 2 pada 9 April 2013 yang lalu
Airport Kuala Terengganu 9 April 2013
Bersama abang no 2 yang memegang amanah menjaga ayah sepanjang umrah
Betapa gembira ayah dapat ke tanah suci akhirnya dengan Umrah. Gambar di bawah sudah mengambarkan perasaan ayah
Kegembiraan tergambar pada wajah ayah


Akhirnya kami 6 beradik dapat berkumpul pada 26 September 2013
Belakang dari Kiri: No6 M Hasbu, No2  Bisharuddin, No 5 Bishanani, No7 Hasmiza
Depan dari Kiri : No4 Bisharuzi, Omar Embong(ayah), Habsah Long(ma), No1 Khamisah Omar
Tiada dalam gambar : No3 Arwah Anikasmiah
Semoga sentiasa bersama hingga ke Syurga. Amin