Pages

Tuesday 27 September 2016

TUNTUTAN INSURANS CIDB

1. Pendahuluan
Personel Binaan yang memiliki Kad Pendaftaran Personel Binaan yang sah akan diberikan perlindungan di bawah Pelan Takaful  Personel Binaan berkelompok CIDB. Pelan ini adalah merupakan satu bentuk perlindungan berdasarkan   konsep Hibah (Pemberian/Hadiah) yang mana pembayaranya tertakluk kepada budi bicara dan pertimbangan CIDB. Ianya bertujuan untuk memberi sumbangan kepada personel binaan yang ditimpa kemalangan atau kepada keluarga (penama) jika berlaku kematian. Ianya juga adalah selaras dengan dasar kerajaan dalam mewujudkan budaya masyarakat penyayang dan prihatin.

2. Skop Perlindungan
 2.1  Perlindungan ini terhad kepada pemilik Kad Pendaftaran Personel Binaan yang mencapai umur genap 16 tahun sehingga 70 tahun.
2.2 Masa perlindungan adalah 24 jam (termasuk luar waktu bekerja) dan meliputi seluruh kawasan di dunia.
2.3 Amaun Manfaat adalah seperti berikut:
 

       Skop Manfaat                 Amaun Manfaat (RM)         
i) Kematian (akibat kemalangan) 
ii)Kematian (akibat sakit)
iii)Belanja Pengebumian
iv)Keilatan Kekal (akibat kemalangan)
v)Keilatan Kekal Seluruh Badan (akibat sakit)
vi)manfaat wad hospital (akibat kemalangan)
 21,000.00
   3,000.00
      500.00
 18,000.00 (maksima)
   3,000.00
       25.00/hari (maksima 30 hari)

3. Syarat-syarat tuntutan manfaat Perlindungan
3.1 Tuntutan dibuat oleh Pemilik/Penama yang sah menggunakan Borang UPPT-1 pin. 1/2016 dengan lengkap.
3.2 Tuntutan hendaklah dibuat selewat-lewatnya 60 hari dari tarikh kejadian.
3.3 Kejadian/ kemalangan berlaku semasa Kad Pendaftaran Personel Binaan masih sahlaku dan umur dari 16 tahun sehingga 70 tahun.
3.4 Kejadian berlaku bukan akibat dari pemilik Kad Pendaftaran Personel Binaan melanggar mana-mana peruntukan perundangan Negara atau mana-mana Negara.

Borang Tuntutan